Dalam melayari alam rumah tangga ada pelbagai cabaran dan dugaan. Baik dengan orang sekeliling mahupun diri kita sendiri. Sebab itu setiap pasangan kena saling menghargai dan bertolak ansur jika mahu rumah tangga aman bahagia.

Dalam masa yang sama, hargai pasangan anda. Tak kira bagaimana cara bukan hanya dengan wang ringgit atau hadiah yang mahal-mahal. Yang penting mereka tahu.

Sebut hal ini, ada antara pasangan yang suka membawa isteri dan anak-anak keluar makan di luar. Namun, cara ini jika tak kena gaya boleh mengundang perselisihan faham dan buat pasangan bermasam muka. Nak tahu kenapa, jom baca bingkisan dari Mohd Fadli Salleh.


Cara Hargai & Bahagiakan Isteri, Suruh Jer Gantung Kuali. Tapi Jangan Tanya Nak Makan Apa. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Kawan aku Mohd Farid muat naik status cara nak gembirakan isteri dengan ajak keluar makan je katanya.

Mudah je nak hargai dan bahagiakan isteri katanya. “Suruh mereka gantung kuali dan tanya nak makan apa.”

Si Farid ni tak tahu ke, teknik tu bakal makan diri? Nak suruh isteri gantung kuali tu dah betul. But it’s a big no to ask them what to eat. That is a big mistake!

“Sayang nak makan apa?”

“Apa-apa je lah bang.”

“Masakan Thai ya.”

IKLAN

“Bosan dah makanan Thai.”

“Western nak?”

“Tak nak la western. Kan minggu lepas baru makan.”

“Kita makan pizza nak?”

“Tak elok untuk kesihatan makan fast food ni bang.”

“Kalau gitu, kita makan masakan Itali lah.”

Cara Hargai & Bahagiakan Isteri, Suruh Jer Gantung Kuali. Tapi Jangan Tanya Nak Makan Apa. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

IKLAN

“Mahal la bang. Lagi pun jauh restoran tu. Jem lagi. Susah parking lagi. Nanti anak meragam.”

“Okey. Kalau gitu sayang yang tetapkan. Sayang nak makan apa?”

“Apa-apa la bang.”

Ha nampak? Nampak? Nampak tak keanehan orang perempuan?

Jangan la cari bala tanya mereka nak makan apa. Kau bawa terus la kat kedai mana-mana Farid oi!

Kau bukan tak tahu, mereka ni bukan makhluk dari bumi. Kalau dia diam pun bikin kita gundah gulana dan risau.

IKLAN

Cara Hargai & Bahagiakan Isteri, Suruh Jer Gantung Kuali. Tapi Jangan Tanya Nak Makan Apa. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Kalau kita tanya apa masalah, bila mereka jawab “Tiada apa-apa masalah pun” itu ada 1001 maksud. Paling senang minta maaf je walau kau tak tahu apa salah kau.

Bila mereka buka mulut, argue itu ini, buat-buat pengsan adalah jalan terbaik.

Jadi, jangan ajar bukan-bukan kat adik-adik kita yang baru kahwin tu.

Soalan “Sayang nak makan apa?” boleh membuatkan kaum kita kemurungan tahu tak?

#MFS

– Wanita bukan makhluk bumi –

.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI