Cara Halau Kucing Tanpa menyakiti, Ustaz Ni Kongsi Guna Mentimun Batang Je. Confirm Si Bulus Tak berani Dekat!

Share

Bela kucing bukan sekadar makan minum je, kebajikan kucing dan orang sekeliling terutama jiran anda juga patut kena jaga. Jangan sampai anda menerima aduan mengenai bau yang kurang menyenangkan atau si comel anda mengganggu ketenteraman jiran.

Sebagai jiran, kalau tak nak kucing orang lain datang ke rumah gunakan petua mudah ini. Ynag penting kucing jiran anda takkan berani dekati. Cukup mudah dan yang penting kaedah ini tidak akan menyakiti kucing tersebut. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

.
Moga dapat membantu!
KAEDAH MENGHALAU KUCING TANPA MENYAKITI
Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran.


Namun saya ingat ia ujian kesabaran.
Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga.
Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan.
Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya.

Cuba letak dimana.mana. insyaAllah kucing tidak akan datang dekat.
Sebabnya Wallahu a’lam. Saya tak tahu.
Selamat mencuba

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club