
Mencipta keserian di ruangan rumah sempena hari raya ini, apa kata kita hias dengan jambangan bunga orkid begi menyerikan ruangan. Sekurang-kurang dapat juga mencipta mood berhari raya walau tidaklah semuanya dihias dengan barangan serba baharu.
Jambangan bunga orkid ini dikatakan bila ditempatkan di sudut ruang akan nampak begitu cantik, sekali gus cantik ‘meletop’ dan cukup berseri terlihat.
Dan kalau hendak tahu, harga jambangan orkid yang siap digubah itu memang boleh tahan harganya mengikut kualiti orkid yang berbeza-beza. Jadi apa kata, dalam merias kediaman ini, kita cuba buat sendiri untuk lebih menjimatkan.
Pasti anda ingin tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menggubah bunga orkid tersebut bukan?
Dan alangkah beruntungnya kita kerana Puan Zaza Zalina sudi kongsikannya untuk manfaat bersama, jom semak.
Ni harga barang-barang yang digunakan:
Orkid sebatang RM14.00 (guna 5 batang)
Daun sebatang RM5.00
Ranting RM7.50 (pakai sebahagian)
Pasu RM 35.00 beli di bandar Muar
Yang lain-lain tu harga ada di peket dalam gambar
Kalau total semua RM150.00
Ada yang akak beli di kedai barang kahwin di perling jb
Langkah-langkahnya :
1
Pasu ni boleh tahan besar jugak la….jadi bawah tu saya sumbat surat khabar bagi mampat, pastu bubuh span atas tu. Guna span 2 setengah pcs.
2
Mula-mula saya guna gam putih tu…tapi kena tunggu kering pulak. Nak cepat saya guna hot glue untuk tepek-tepekkan lumut palsu.
3
Cucuk semua orkid dulu. Selepas itu baru cucuk buluh dan ikat dengan dawai.
4
Hiaskan ikut kreativiti.
5
Siap
sumber: Zaza Zalina via Kelab Kaki Deko
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Anak Baru Seorang, Bila Nak Tambah Lagi? Ini Faktor Yang Perlu Difikirkan Menurut Dr Harlina.

Bila nak tambah anak lagi?” Pernah tak para ibu ditanya soalan begini?
Mungkin nampak biasa namun sebenarnya memberi impak pada diri seseorang wanita.
Lebih-lebih lagi yang tengah berusaha namun belum berjaya. Ada juga dikalangan para ibu yang tidak tahu waktu bila sesuai untuk menimang cahaya mata lagi.
Bagi yang nak tambah anak atau dalam perancngan nak tambah anak, jom baca perkongsian ini dari Dr Harlina Halijah Hj. Siraj, Pakar Obstetrik & Ginekologi merangkap Penyelaras Unit Perancangan keluarga PPUKM berkenaan pendapat beliau tentang perancangan dalam memiliki anak.
Berikut merupakan perkongsian yang diberi:
Islam sangat mementingkan perancangan & strategi. Apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini.
Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dapat tahu pregnant lagi, rasa gembira nak sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa-apa.
***
– Waktu terbaik hamil:
usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi bergantung la, kalau kahwin umur 36 nak buat macam mana
– Sebaik-baiknya jarak 2 tahun macam dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat jelas dari Allah. Kalau tak penting takde la sebut dalam Quran kan. Dlm 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina cadangkan lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++
-Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden.
Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hmmm kami nak tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
– “Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?”
Rezeki anak itu ada dengaan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya.
Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah. Jika anak seperti terabai, adalah lebih baik untuk tidak menambah anak buat sementara waktu.
Kesan jika belum bersedia hamil
- Bagi yang baru berkahwin, mungkin belum sempat untuk mengenali pasangan dengan lebih dekat. Sebaiknya, dalam tempoh enam bulan adalah masa bulan madu.
- Kehamilan tak dirancang boleh beri kesan buruk terhadap fizikal dan emosi wanita.
- Ada kes isteri mula membenci suami selepas disahkan hamil.
- Apabila tidak dirancang untuk hamil, anda boleh cenderung ambil keputusan seperti menggugurkan kandungan dengan sendiri seperti makan pil gugur atau ambil makanan tajam dan sebagainya.
Dr.Harlina cadangkan juga pengantin baru untuk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak boleh undur dah. Hihi. Tapi ni bergantung la pada kehendak masing-masing.
– Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yg belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Akhirnya kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya
– Allah marah orang *membunuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membunuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena jelas niat merancang: bukan “saya taknak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kita sebagai orang luar tak seharusnya tanya bila seseorang itu ingin tambah anak atau mengkritik mereka yang belum bersedia untuk ada keluarga besar. Hanya tuan empunya badan saja yang lebih tahu dan layak membuat keputusan ke atasnya.
Walaupun anak satu saja, asalkan hidup aman dan gembira!
Kesimpulan
1. Tanya diri
2. Tanya keluarga (suami)
3. Tanya doktor
Sumber:theAsianparent Malaysia
Kes Kematian Anak Akibat Tertinggal Di Dalam Kereta, Ibu-Ibu Kena Praktis Tip Ini Jika Mahu Elakkan Perkara Ini Berlaku.

Satu lagi kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama mengundang pelbagai persepsi masyarakat. Ada yang menghulurkan simpati, tidak kurang yang mencerca dan mengutuk kelalaian ibu tersebut.
Jika si ibu sudah biasa dengan rutin menghantar anak tersebut, mungkin keterlupaan tersebut tidak berlaku. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.
Ibu mana yang sanggup membiarkan anak menemui ajal dengan cara sedemikian. Anak yang dikandung selama 9 bulan dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang, masakan mahu dibiarkan nyawa-nyawa ikan dan akhirnya menemui ajal.
Mungkin itu satu UJIAN buat sang ibu, kita pula tidak tahu lagi bagaimana akan diuji. Biarpun mungkin kelalaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku namun jika Tuhan sudah mencorakkannya begitu, siapa kita mahu menolak ketentuan tersebut.
Bagi ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak, mungkin boleh menjadikan tip dan panduan yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dilaman facebooknya. Moga bermanfaat untuk semua.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Nak Bagi Buah Kobis Besar, Pastikan Dulu Perkara Ni Dibuat. Barulah Berhasil!

Tumpang seronok bila melihat ada yang berjaya menanam pokok kobis di laman rumah. Bukan sahaja nampak begitu segar bugar malah cantik dipandang sebagai penyeri laman.
Oleh itu buat anda yang mana ada terdetik untuk mencuba menanam kobis ini, jadi bolehlah baca 2 perkongsian ini untuk info bermanfaat.
Macamana nak bagi buah kobis anda besar.
Saya baru belajar dari seorang pegawai di Jabatan Pertanian Serdang.
Jika kita nak buah kobis yang kita tanam tu berbuah BESAR pastikan kita tanam dalam pasu atau polibeg yang bersaiz besar.
Mendengar penjelasan daripada beliau saya terus pindahkan semua pokok-pokok kobis saya ke dalam bekas ais yang bersaiz besar seperti dalam gambar.
Dengan harapan nanti ia boleh berbuah dengan saiz yang besar.
Kaedah yang sama juga untuk tanaman Cauliflower dan brokoli.
Sumber : Riza Kamaruddin
Manakala melihat pada perkongsian cara menanam kobis daripada Noramira Kassim Nurul ini juga boleh dijadikan panduan untuk beginner.
Ini perkongsiannya.
Nie cara saya tanam Kobis
1. Sediakan tanah(boleh beli kat kedai,
(saya guna tanah bakar+tanah biasa)
2. Semai biji benih dalam tray semaian,1biji 1lubang (saya beli benih kat ecosave jer sebab murah)
3. Masa semai siram pagi jer untuk lembapkan tanah
4. Masa semai letak tempat separuh panas
5. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Masa ubah anak pokok letak tempat redup selama 3-4 hari tak bagi pokok layu.. Lepas tu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali. Sukatan ikut jenis baja yang digunakan (saya guna baja tahi ayam, baja kopi guna baja npk 15.15.15..(baja-baja nie saya buh 2 minggu sekali ikut giliran ye bukan letak semua sekali gus)
8. Kawalan serangga seminggu sekali (saya guna cuka kayu, 5ml untuk 1liter air)
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk tapi bergantung pada cara penjagaannya.
Sumber : Noramira Kassim Nurul
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine atau di Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi jom sertainya sekarang!