Cara Goreng Ayam Rangup Ala KFC, Guna Lima Bahan Je. Mudah & Sedap, Jimat Pula Tu!

Share

Hidangkan sesuatu yang ringkas tapi menarik selera anak-anak, mungkin Ayam Goreng Ala KFC ini sesuai untuk ibu-ibu cuba.

Dengan hanya lima bahan ringkas di dapur, anda boleh memikat selera seisi keluarga. Jom cuba resipi  yang dimuat naik oleh puan Noorastella Muhamma

. Selamat mencuba!

Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Selamat mencuba.

5 bahan di perlukan.

-sayap ayam ( kuantiti ikut suka )
-tepung gandum ( utk salutan )
-tepung jagung
-telur 3 biji
-perencah gorengan serbaguna.

Cara membuat:
  1. Gaul sebati 4 bahan KECUALI tepung gandum.

2. Setelah sebati, salut sayap ayam dgn tepung gandum dgn rata.

3. Salut rata-rata, rapi-rapi.

4. Goreng dlm minyak panas yg byk. Pastikan minyak btl-btl panas.

5. Angkat sayap ayam bila sudah kekuningan. Sedia utk di makan. Jgn lupa cicah dgn sos cili. Sedap krispy-krispy!