
Menurut ilmu keibubapaan, secara umumnya anak perempuan biasanya akan rapat dengan ayahnya. Ayah dianggap sebagai hero buat diri dan pelindung buatnya.
Walaupun masih kecil, anak perempuan telah menunjukkan tanda-tanda rapat dengan ayahnya.
Video yang dimuat naik oleh Dato Fazley melalui instagramnya telah menjelaskan keakraban anak perempuan dengan ayahnya.
Sweet sangat lihat Dato Fazley melayan anak perempuannya yang masih bayi lagi.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Malah gelagat dua beranak ni telah menarik perhatian netizen. Jelas mengambarkan sebuah keluarga bahagia. Dato Fazley tidak kekok melayan anak bongsunya sebelum pergi bekerja.
Bukti anak rapat dengan ayah ni
Comelnya!
Sumber: Instagram fazleyyaakob dan ellie_alaynaselma
Kenapa Tak Boleh Tidur Selepas Sahur? Rupanya Ini Sebab, Dah Ada Kajian!

Rasanya ramai yang akan tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk disebabkan bangun awal untuk bersahur.
Namun, sebenarnya tabiat ini tidak digalakkan untuk kesihatan badan. Malah dalam Islam juga mengalakkan kita untuk melakukan amalan ibadat pada bulan yang mulia ini.
Bukan itu sahaja, ada kajian mengenai hal ini yang dilakukan untuk menunjukkan kesan selepas makan terus tidur.
Menerusi perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang berkongsi info kesan tidur. selepas makan sahur dan kajian mengenainya.
Jom ikuti penjelasan mengenai hal ini.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

INI SEBABNYA TAK BOLEH TIDUR LEPAS SAHUR
“Letih lah bangun sahur awal. Lepas sahur dan subuh mesti terus nak tidur. Berat betul mata” kata Tijah.
“Ada kesan tak kalau tidur lepas sahur” soal Tijah lagi bersungguh.
Mungkin ramai ada soalan seperti Tijah. Saya pun semasa zaman dahulu, suka juga tidur lepas subuh dan sahur. Tetapi setelah tahu kesan, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.
3 KESAN tidur lepas sahur:
1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.
2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula
Berbunyi seawal jam 10 pagi.
3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.
Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.
Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?
INI KAJIANNYA
Saya juga pengamal tidur selepas sahur. Alasannya mengantuk. Maklumlah berpuasa sepanjang 18 jam semasa musim panas. Seawal jam 3:40 pagi sudah subuh.
.
Tahun 2010 mengubah segalanya.
.
Usai sahaja latihan di Harvard Medical School, terus terbang ke University of Pennsylvania (UPenn). Berjumpa dengan Prof David Dinges, satu nama tersohor dalam bidang penyelidikan tidur dan otak.
.
Atas nasihat Dr Stuar Miller penyelia kedua yang juga pemilik Canberra Sleep Laboratory, saya ditumpangkan di rumah Dr Mark Schutta, Medical Director Penn Rodebaugh Diabetes Center. Kedua mereka adalah rakan belajar University of Colorado.
.
Perasan segan, malu silih berganti. Maklumlah menumpang di rumah orang tersohor di Penn Medical. Dr Schutta pula sangat teruja. Anak murid rakannya datang bertandang. Akhirnya saya tinggal sahaja di rumahnya.
.
Ketika itu UPenn baharu sahaja menerima geran penyelidikan dari Agensi angkasa lepas terkenal AS (nama tidak disebut). Agensi ini beri USD$ 3 juta untuk kajian yang objektifnya utamanya pastilah RAHSIA atau classified.
Kebetulan saya di sana pada ketika itu dan dibenarkan untuk terlibat tetapi tidak sepenuhnya. Pelbagai dokumen perlu di tandatangani. Tidak boleh keluar apa-apa kenyataan mengenai kajian ini pada lima tahun pertama.
Objektif lain ialah mahu ketahui apa yang berlaku selepas makan dan tidur. Tujuannya ialah perkasakan angkasawan nanti. Angkasan mesti dalam keadaan tip top.
Tahun 2010 negara Amerika Syarikat bertarung dengan masalah ekonomi. Ramai dibuang kerja. Untuk dapatkan peserta kajian menjadi mudah. Mereka dibayar USD$1100 untuk terlibat dalam kajian selama dua minggu. 24 jam terkurung dalam makmal tidur. Makan, minum dan aktiviti harian semuanya di dalam makmal.
Di UPenn, bangunan 8 tingkat adalah makmal kajian tentang tidur dan otak . Bayangkan berapa ramai yang direkrut untuk kajian ini. Makmalnya ada yang diubah seperti bilik studio. Sekali pandang mereka ini seolah tinggal di hotel hotel mewah.
Kajian di UPenn menggunakan teknologi terkini. Analisis statistik yang kompleks serta pakar dari pelbagai bidang. Pendekatan multidisiplin.
Peserta pula bebas lakukan aktiviti. Di kepala mereka tersarung dengan penutup kepala berelektrod.
Mereka berjalan ke sana ke mari dengan wayar berselirat di kepala.
Ada pelbagai ujian dilakukan ke atas peserta. Antara kajian yang menarik ialah peserta dibangunkan seawal jam 4 pagi. Diberi makan dan minum. Dibenarkan untuk tidur selepas makan.
Keadaan ini sama seperti kita apabila usai bersahur, solat terus tidur semula. Bangun bersiap untuk ke tempat kerja.
Semasa kajian peserta perlu ambil PillCam, kamera kecil sebesar kapsul. Tujuannya untuk melihat apa yang berlaku di dalam usus ketika mereka ini tidur. Kamera kecil akan berlabuh di usus kecil. Kaedah konvensional biasanya tidak dapat melihat apa yang berlaku di usus kecil. Cuma sekadar pada usus besar sahaja.
90% makanan diproses di usus kecil. Di sini jugalah nutrisi dan mineral diserap oleh badan.
Peserta dikejutkan seawal jam 6:30 pagi atau jam 7 pagi. Jadi mereka dapat tidur sekitar 1 jam setengah atau 2 jam atau kurang sebelum dikejutkan.
Apabila bangun urin mereka diperiksa. Sampel najis juga diambil. Microbiologist pula akan lakukan ujian makmal untuk memeriksa kandungan bakteria baik dan jahat di dalam sistem peserta.
Dianggarkan ada 1 trillion bakteria dalam usus manusia seperti yang dilaporkan pada Mei 2016 di dalam prosiding National Academy of Sciences of the U.S.A. Ratio bakteria baik dan jahat ini ialah 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat.
Hasil dari pemeriksaan najis ini didapati ratio bakteria baik dan jahat berubah. Berlaku peningkatan bakteria jahat. Petunjuk sesuatu yang tidak baik sedang berlaku. Petunjuk toksin sedang meningkat.
Pemeriksaan dari PillCam pula sangat menarik. Ketika itu saya sedang membaca laporan awal kajian. Tiba-tiba dipanggil bersama yang lain oleh Prof Dinges. Kami ke terminal skrin. Gambar dari PillCam terpampang. Menakjubkan melihat gambar dalam usus kecil manusia.
Satu persatu ditunjuk.
Prof Dinges beri penerangan. Usus kecil seolah-olah bekerja separuh sahaja dari sepatutnya. Ada ketikanya seolah tiada aktiviti berlaku. Ini sebabkan pembentukan toksin.
Berbeza dengan pandangan tentang gerak kerja sistem parasimpatetik yang berkerja tanpa henti. Ramai yang tertanya-tanya. Bagaimana hal begini boleh berlaku.
Jawapannya ialah pada otak. Apabila otak mengesan toksin, ia aktifkan mode kecemasan. Toksin perlu dikeluarkan.
.
Ketika tidur fokus utama otak ialah memory consolidation serta bersihkan plak amyloid, sejenis protein yang terbentuk di otak. Plak ini sebabkan penyakit alzheimer. Fokus utama bukan proses makanan seperti di dalam sedar.
.
Pengurus kepada sistem parasimpatetik ialah bahagian otak yang bernama brain stem. Secara spesifiknya diurus oleh sub bahagiannya iaitu reticular formation. Di sini keluarnya hormon serotonin.
.
Apabila usus tidak keluarkan serotonin seperti sepatutnya, komunikasi antara serotonin di otak dan usus terganggu. Hormon melatonin yang sepatutnya keluar di perut juga terbantut.
.
Tugas melatonin untuk membersih usus, yang dilabel sebagai otak kedua juga terganggu. Ringkasnya, terdapat gangguan pada otak pertama dan kedua.
.
Ada yang bertanya. Bagaimana dengan pembuangan air kecil? Biasanya apabila otak mengesan toksin, ia akan dinyahkan melalui pembuangan air kecil. “Sebab itu peserta didapati membuang urin 40%-50% lebih banyak berbanding waktu lain”, bilang Prof Dinges.
.
Saya tekun mendengar. Angkat tangan dan tanya? Adakah otak menunjukkan tanda-tanda dehidrasi?
.
Staf teknikal terus alihkan ke gambar imbasan otak setelah mendapat isyarat dari Prof Dinges. Gambar-gambar imbasan otak secara konsisten menunjukkan tanda dehidrasi. Bahagian temporal, sub-gyral parietal, bahagian kiri dalam orbito-frontal dan juga pengecutan pada White Matter.
.
Mungkin ini jugalah apabila bangun dari tidur selepas sahur kita rasa seperti terawang-awang sekejap.
.
Tambah Prof Dinges, apabila peserta bangun, kita tanya beberapa soalan. Antaranya tentang angin dan sendawa, nafas busuk atau tidak. Sekiranya ada ia mengukuhkan dapatan data klinikal tentang fenomena Small intestine bacterial overgrowth (SIBO). SIBO sebabkan toksin dan gagalkan usus kecil menyerap nutrisi dan mineral yang dimakan.
.
Giliran Prof Dinges pula bertanya. “Berapa diperlukan untuk usus kecil proses makanan? “4 jam”, jawab salah seorang petugas.
.
Prof Dinges angguk dan terus alihkan slide gambar berikutnya. Imej PillCam setelah 4 jam di dalam usus kecil terpampang. “Lihat hanya saki baki kecil yang tinggal.”
.
Dalam laporan kepada penaja geran ditulis, digalakkan tidur hanya selepas 4 jam mengambil makanan. Sayangnya laporan ini milik agensi itu. Milik mereka bukan untuk dikongsi.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ibu Bapa Bila Rasa Nak Marah Anak, Tengok Wajah & Mata Mereka, Terus Tak Jadi

Isi Kandungan
ToggleBila kita, ibu bapa suka marah anak dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi. Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Ibu Bapa Bila Rasa Nak Marah Anak
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Tengok Wajah & Mata Mereka, Terus Tak Jadi
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
ENTAH-ENTAH YANG KITA MARAHKAN SANGAT DEKAT ANAK ITULAH TEGURAN TUHAN BUAT KITA. TUHAN NAK BAGI TAHU ITULAH KAMU. TENGOK DEKAT ANAK ITU.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Bangkit Daripada Kesedihan, Ustazah Ni Kongsi Cara Nak Segera Rawat Perasaan Hati!

Hakikatnya kita sering diuji daripada pelbagai sudut, dan ujian-ujian ini jugalah menyebabkan kita rasakan sesuatu yang menyakitkan hati. Ada yang berasa sedih, marah, benci dan pelbagai emosi negatif lainnya.
Pun begitu, dalam berdepan dengan ujian sebenarnya saat dan ketika itulah banyak menuntut kita bukan hanya untuk bersabar tetapi mendidik hati lebih terbuka berdepan dengan masalah. Andai terus diikut rasa hati, bimbang juga akhirnya badan rosak binasa.
Jadi bagaimana cara sewajarnya untuk seseorang itu segera bangkit daripada melalui saat-saat kepayahan dalam hidup agar diri dan hati tidak terus dirundung duka.
Hal ini dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun untuk panduan bersama.
Berfikir berlebihan tentang perkara yang telah berlaku sangat merugikan masa, tenaga, emosi dan akal kita. Bahkan ia boleh menjejaskan kesihatan. Kita tak boleh sesekali mengubah apa yang telah berlaku walau dengan air mata darah sekali pun. Apa yang boleh kita buat saat ini,
➡Kesat air mata tu,
➡Tarik nafas,
➡Zikir, Ya Qawiyy (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Ya Qawiyy Yang Maha Kuat, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
➡Zikir, Ya Fattah (40x atau sebanyaknya), sudahi dengan doa – Ya Allah Yang Maha Membuka, bukakanlah jalan keluar daripada kesulitan, keresahan dan kesempitan ini.
➡ Lepas tu cepat-cepatlah buat kerja, atau apa-apa aktiviti fizikal, yang suri rumah kemas rumah atau buat operasi ke, yang berniaga buat cara orang berniaga, yang di pejabat jaga masa dan kualiti kerja.
Jatuh itu biasa. Bangkit setiap kali jatuh itu luar biasa. Jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana allah. Dia sentiasa ada dekat dengan kita. Sangat dekat!
sumber : Asma Binti Harun