Jika kita hadapi masalah atau inginkan sesuatu sudah tentu kita berdoa. Namun, ada yang berdoa secara tidak teratur dan tidak detail.
Apa kata, ikut cara perkongsian ini.
“Tak berdoa ke? Kejap je angkat tangan” Tegur seseorang kepada saya.
Saya tergamam. Terkejut. Tak sangka ada orang perhatikan gerak geri saya solat.
“Errr.. Doa”, saya balas, malu alah.
“Orang yang tidak berdoa, adalah orang yang sombong dengan Tuhan,” beliau membalas lembut.
Saya cepat-cepat lipat telekung. Nak larikan diri dari situ. Tiba-tiba beliau bangun, duduk sopan di tepi saya.
“Jangan sombong dengan Tuhan. Perlu berdoa bersungguh-sungguh setiap kali selepas solat. Kalau kita sombong dan tidak berdoa, tetapi Allah masih sayangkan kita , Allah akan bagi teguran melalui ujian-ujian hidup agar kita kembali kepadaNYA. Kembali memohon dan meminta pertolongan dariNYA.
Tetapi, kalau Allah langsung ‘tidak pandang kita’, tidak kisah pun jika kita tidak meminta kepadaNYA, Allah akan biarkan kita hanyut dengan kesombongan kita. Hinggalah tiba hari segala amalan dihitung, Allah juga tidak akan ‘pandang’ kita ketika itu. ”
Ads
Saya terdiam.
Berhari-hari saya termenung memikirkan teguran lembut itu. Meresap masuk ke dalam kepala dan hati saya. Jadi saya ambil keputusan drastik.
Saya capai buku nota kosong. Khas untuk saya tuliskan point-point penting untuk ‘isi kandungan’ doa saya. Agar tidak ada impian dan hasrat saya terlepas pandang untuk diselitkan ketika berdoa.
4 Bahagian doa
Saya bahagikan kepada empat bahagian. Kesihatan, Kewangan, Dunia dan Akhirat.
Kesihatan :
Family, mak ayah, mak ayah mertua, suami, saya, anak-anak, saudara mara,kenalan. Disembuhkan segala penyakit, diberi kesihatan sempurna, dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Ads
Dunia :
Pekerjaan saya, suami dan harapan kepada masa depan anak-anak. Dipermudahkan urusan. Cita-cita. Pandangan manusia kepada kita. Keselamatan family. Ditutup segala keaiban.
Kewangan :
Rumah impian, kereta impian, bebas hutang, financial freedom. Nak bagi apa kepada mak ayah. Nak tolong siapa. Dimurahi rezeki.
Akhirat :
Diampunkan segala dosa (sebut senarai nama). Diberi taubat nasuha sebelum mati. Dimasukkan ke dalam syurga dan dijauhi daripada neraka. Masuk syurga tanpa di hisab. Jadikan keluarga (sebut nama) orang – orang yang soleh, mendirikan solat dan solat di awal waktu.
Macam-macam lagi lah impian dan hasrat yang menggunung tu.
Selepas itu, saya bahagikan.
Ads
Solat Subuh : saya doakan khas untuk Dunia.
Solat Zohor : Kesihatan
Solat Asar : Kewangan
Solat Maghrib : Akhirat
Solat Isya’ : Himpunan ke empat-empat di atas.
Semakin hari, keinginan, impian dan hasrat sentiasa bertambah. Dan doa menjadi semakin panjang.
Ingat sahaja, tulis.
Teringin sesuatu, tulis.
Ada masa banyak, doa semua.
Doa adalah cara perhubungan kita dengan Tuhan. Satu-satunya talian hayat. Makin banyak kita doa dan meminta, makin dekat kita dengan Allah.
Semoga Allah ‘pandang’ kita di dunia dan di akhirat.
Berdoalah. Jangan kita sombong dengan Allah.
Kredit: Norzi Malek
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak Puas Hati Agihan Duit Jualan Tanah, Sampai Hati Tembak Isteri
Tiada lagi kasih sayang dan bahagia till jannah apabila apabila nafsu kepada harta dunia menguasai diri.
Semalam khabar duka apabila sepasang suami isteri ditemui mati akibat tembakan. Difahamkan berlaku perselisihan faham dan tidak puas hati dengan agihan wang hasil penjualan tanah.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Siapa sangka apabila, apabila jiwa memberontak pada usia yang sudah lanjut, seorang warga emas sanggup menembak isterinya. Lebih mengejutkan warga emas itu kemudian menembak dirinya sendiri sehingga maut di Kampung Labu, Jerantut.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa seorang pesara renjer hutan berusia 73 tahun cedera di leher dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Sementara, isterinya berusia 67 tahun cedera di bahagian belakang rusuk kiri meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Jerantut.
SUAMI BUNUH DIRI SELEPAS TEMBAK ISTERI
Merujuk kepada laporan berita Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Mazlan Hassan berkata, polis menerima maklumat dari ketua kampung pada 8.30 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Hasil siasatan di lokasi kejadian iaitu belakang bahagian dapur rumah berkenaan menemui seorang lelaki dalam keadaan terduduk bersama selaras senpang patah.
“Seorang saksi yang tinggal di sebuah inap desa berhampiran rumah mangsa dikatakan mendengar dua das bunyi tembkan, sebelum mendengar suara meminta tolong.
“Saksi memaklumkan melihat seorang wanita terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan sedar dan berlumuran darah sambil meminta tolong,” katanya.
Mazlana berkata, wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan.
Katanya, wanita terbabit cedera di bahagian belakang rusuk sebelah kiri dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jerantut.
“Difahamkan pergaduhan suami isteri itu berpunca daripada isterinya yang tidak memberi wang hasil jualan tanah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih dijalankan,” katanya menambah lelaki berkenaan mempunyai lesen senjta api.
Sementara itu seorang saksi, Ahmad Yassin Abdul Rahman, 52 yang menyewa inap desa berhampiran berkata, dia terdengar bunyi dua letupan dalam tempoh selang tiga minit pada 7.30 pagi.
“Saya bersama seorang lelaki pergi ke rumah berkenaan untuk melihat apa yang berlaku. “Kami melihat seorang perempuan terbaring sambil minta tolong, sebelum membawanya ke hospital,
Bagi peminat kepada penyanyi popular Zamani, bekas vokalis Kumpulan Salm pasti gembira apabila melihat penyanyi pujaan mereka kini sedang di ambang bahagia.
zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, menamatkan zaman bujangnya apabila selamat bergelar suami kepada Juliana Abdul Rani.
Difahamkan pasangan pengantin baru yang telah mengenali hampir 14 tahun lalu itu juga bakal mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi. Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.
Pasangan ini dijemput dalam satu temubual bagi program Wanita Hari Ini mengenai topik Perkenalan Singkat, Bahagiakah Rumahtangga?
Dalam program tersebut, Zamani berkongsi detik-detik pengenalan awal bersama isterinya yang dikatakan sudah bersahabat lebih 10 tahun.. Turut hadir dalam program tersebut adalahi Dr Tengku Asmadi sebagai perunding motivasi, penyanyi Ainan Tasnem.
Saya dah kenal dia sudah 14 tahun tapi bukanlah bercinta 14 tahun. Awalnya kita sebagai kawan ssaja. Jadi, dalam tempoh 10 tahun macam tu kita masih berkawan. Bila lepas 10 tahun tu baru saya rasa timbul perasaan tu.
Sementara itu, Juliana turut berkongsi pendapatnya mengenai keperibadian Zamani sebagai seorang penyanyi yang mempunyai ramai peminat.
Saya tengok dia sebagai orang baik. Saya suka keperibadian dia. Macam dia banyak mengajar saya. Bersangka baik.
Buat kepada yang tidak tahu, Juliana dahulunya merupakan ketua fans club Zamani. Boleh dikatakan Juliana mengenali Zamani bermula sebagai peminat. Tuntutan kerja dan persediaan diri yang perlu dihadapi Zamani menyebabkan dia mengambil masa untuk buat keputusan berkahwin.
“Saya masak dia nyanyi”
Juliana turut mengakui yang suaminya itu semakin ceria dan romantik selepas mendirikan rumah tangga. Malah, Zamani turut mengakui dia gemar mendendangkan lagu dari penyanyi lagu termasuk Hafiz kepada isterinya ketika di rumah.
Saya tengah masak pun dia nyanyi. Dia selalu practice kat rumah kalau ada show. Dia takkan nyanyi lagu Slam kat rumah. Banyak lagu orang lain yang dia nyanyi.
Zamani juga berkata terdapat banyak perkara lagi yang perlu dia dan pasangan belajar dalam saling memahami antara satu sama lain dan menerima baik atau buruk seseorang pasangan kita itu.
Takziah diucapkan buat pelakon Hannah Delisha yang mengalami keguguran pada Ahad.
Perkongsian khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Hannah sendiri menerusi aplikasi X.
Malah Hannah juga turut memberi kekuatan kepada wanita yang menerima nasib sama sepertinya.
“Saya memgalami keguguran untuk kandungan pertama ini.
“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran,” ujarnya.
Menerusi ciapan itu, Hannah juga turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh rasa kehilangan itu malah berharap agar dapat bertemu anaknya di syurga kelak.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini, ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi mereka menyedari mereka tidak bersendirian.
“Semoga Allah memberikan kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.
“Insyallah jumpa nanti di syurga sayang,” tulisnya.
Meninjau di Insta Storynya, Hannah juga turut berkongsi keadaan dirinya yang kini dirawat di hospital.
Terdahulu, Hannah mendirikan rumah tangga bersama Iman Shah pada tahun 2021.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.