Biasanya apabila kita menghadapi masalah peti ais tiba-tiba jadi kurang sejuk, tentu kita akan panggil orang untuk membaikinya.
Tapi jika berlaku masalah ini ketika PKP ni, agak sukar untuk mendapat perkhidmatan ketika ini.
Jadi, apa kata cuba baiki sendiri dulu peti ais yang kurang sejuk tu. Modal untuk membeli barang nak baiki pun murah hanya RM40 berbanding terpaksa keluar kos ratus ringgi untuk upah orang membaikinya.
Tips diy peti sejuk yang kurang sejuk.. Boleh jimat mungkin dalam RM250, sbb diy sendiri modal rm40 sahaja, itu pon kluar modal sebab masalah no 2, masalah no 1 xperlu kluar modal langsung , tak perlu panggil pomen somen .. kalau anda mengalami masalah ini,boleh cuba buat sendiri.
1. Masalah bhagian bawah peti dan bhagian freezer xsejuk( letok ikan pon 2 hari dah buruk
Cara2 untuk diy sendiri masalah 1
1: tutupkan suis peti ais
2: buka cover cooling coil seperti gambar
Ads
3: cabut perlahan2 cover dan cabut socket yang bersambungan
4: anda akan nampak ketulan ais dibelakang cover cooling coil telah menutup laluan udara sejuk ke atas dan kebawah, ini yang menyebabkan peti ais anda tidak sejuk..Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais tersebut.. samada dengan menggunakan hair dryer atau biarkan peti ais mati dlam mase 3-4 hari.
5: setelah ketulan ais dah mencair, tutup kembali semua cover yang dicabut, dan pasang semua socket kembali, ketatkan.
6: jgn lupa cek takungan air buang atas compressor dekat belakang peti ais,takot2 melimpah plok air tuu ye
7: peti ais boleh digunakan seperti biase
Ads
Untuk masalah kurang sejuk shaja,kalau xsejuk langsung,sila panggil pomen yang lebih arif, mgkin gas habis atau compressor anda tidak berfungsi.. tapi apa salah mencuba cara ni dulu
2. Masalah bila on peti ais, main breaker akan trigger dan off automatik, ada kebocoran arus
Cara diy masalah 2
1: tutupkan suis peti ais
2: buka cover cooling coil seperti gambar
Ads
3: cabut perlahan2 cover dan cabut socket yang bersambungan
4: lihat glass heater yang berada dibawah cooling coil mgkin telah pecah dan spring heater telah menyentuh body peti ais, ini yang menyebabkan main breaker selalu trigger dan off
5: keluarkan glass heater yang berada dibawah cooling coil dan tukar baru mengikut saiz yang sama..modal glass heater cuma Rm40 shaja
6 : Pasang kembali glass heater dan semua cover dan socket yang dicabut.
Seakan sudah sinonim dirasakan bila tiap kali bulan Ramadan ada satu acara yang ditunggu-tunggu untuk kita bersama-sama seisi keluarga dan seluruh dunia bergabung untuk menjayakan World #QuranHour.
Apa yang pasti, setiap tahun semakin ramai turut serta dan untuk tahun ini Bernama ada melaporkan World #QuranHour, gerakan membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia, dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran itu dapat dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluaskan misi #QuranHour di platform masing-masing, untuk dekati lebih ramai masyarakat di dalam dan luar negara.
Sinergi media daripada pelbagai pihak antaranya Bernama, Astro, TV AlHijrah, RTM, Kumpulan Media Prima, Sinar Harian, Kumpulan NSTP, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIMfm dan blogger Denaihati Network, kembali bergabung untuk menjayakan World #QuranHour kali keenam.
World #QuranHour telah berjaya capai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019), sebelum COVID-19 melanda dan mencatatkan 10 juta tontonan pada 2020.
“World #QuranHour akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021, dengan tema ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup, bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya di majlis taklimat dan sidang media bersama Sinergi Media sempena World #QuranHour 1441H/2021.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada tahun ini, dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.
“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global,” katanya.
#QuranHour tahun ini mengukuhkan penghayatan Surah Al-Mulk, melalui program Jom Mengaji Sebelum tidur setiap hari jam 10 malam bermula 15 Jan, Majlis bersama Ayah (sepanjang Ramadan), World #QuranHour (6 Mei), World Quran Convention (10 Ogos) dan Malaysia #QuranHour (30 Ogos) ini.
World #QuranHour di bawah penaung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini, dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi iaitu Bernama, Astro, TV AlHijrah, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, British Muslim TV, Islamic Tourism Centre, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rumah Ngaji.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1442H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di bit.ly/WQH1442H
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki rumah kediaman yang kemas adalah impian semua orang.
Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Ini namanya, Rumahku Syurgaku. Tetapi sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas.
Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.
Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.
Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.
Rumah sentiasa kemas & tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik
Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.
Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.
Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stress.
1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH
– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot. – tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan – mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya – kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat – kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan
2) WUJUDKAN SATU STOR – stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya. – jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.
3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI
– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi. – ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi. – cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi. – contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.
4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’ -bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti. – jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’. – boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.
5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA – anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka. – mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri. – latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.
6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA – mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa. -jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil. -jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula. – galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.
7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU -kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain. – jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll – ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.
8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN – kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat. – jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain. – sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.
9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI
-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah. – cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga. – alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran. -para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.
10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA -paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak. – kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga. -contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah.Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah. Angkut anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah. Ni antara perkongsian hari ni. Cukuplah 10 point. Jika ada lagi kita boleh tambah selepas ini. Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.
Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu.
Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen.
Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut anaknya sebagai orang yang kurang kasih sayang dan ada masalah penyakit hati.
“Saya suap anak saya, bukan orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?
“Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..
“Ciuman dan belaian seorang ibu…anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.
Selain itu Jasmin Hamid turun menyarankan agar ibu bapa ajarkan anak-anak erti kasih sayang dalam keluarga.
“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari ibubapa saya. Rindu yang amat. Sebab tu kita sebagai ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibubapa dan adik beradik..Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak.
“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak. Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga jannah.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...