Memiliki rumah sendiri adalah idaman setiap orang baik yang bujang mahupun yang sudah berumah tangga. Namun seiiring dengan perkembangan semasa dan taraf hidup yang tinggi, ramai yang tidak mampu untuk membeli dan memiliki kediaman sendiri. Rata-rata memilih untuk menyewa.
Bagi yang bekerja di bawah jabatan kerajaan, tidak menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan, tetapi bagi pekerja swasta terpaksa mengambil masa untuk berbuat demikian. Namun, dalam pembentangan bajet pada 2011 oleh Kerajaan Malaysia, di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP), dapat membantu golongan muda yang baru bekerja serta berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 / sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini berfungsi untuk membolehkan golongan muda mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang turut mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu untuk membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat pihak Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.
Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.
SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?
Skim SRP ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan ke bawah (berumur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan yang tidak lebih daripada RM10,000.00 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000.00 bagi setiap peminjam).
Perlu diambil berat bahawa skim ini hanya terhad kepada pekerja untuk sektor swasta, termasuk badan berkanun yang tidak menawarkan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Ads
Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
Pembiayaan sehingga 100%
Harta kediaman sahaja
KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Di bawah merupakan maklumat ringkas (perlu diketahui) mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).
Pemohon Yang Layak
Warganegara Malaysia
Pembeli rumah (pertama kali)
Bekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
Individu yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun
Pendapatan kasar peminjam perseorangan yang tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
Harta Yang Layak
Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
Nilai minimum hartanah RM100,000
Nilai maksimum hartanah RM500,000
Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
SOALAN LAZIM
Q: Jika bekerja sendiri dengan pendapatan RM2,000 boleh mohon Skim Rumah Pertamaku?
A: Tidak boleh. Skim SPR hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.
Q: Sekiranya saya bekerja sendiri dan pasangan bekerja di sektor swasta bolehkah kami memohon skim ini?
Ads
A: Tidak. Hanya pasangan anda yang layak mohon skim tersebut.
Q: Saya dan pasangan berpendapatan RM5,000 sebulan dan ingin membeli rumah berharga RM300,000. Bolehkah kami mohon skim ini?
A: Boleh. Dibawah skim ini, pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan bagi peminjam perseorangan atau peminjam bersama tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua peminjam.
Andaikan jumlah komitmen sedia ada (ansuran kereta + pinjaman peribadi) adalah RM1,200.
Dalam kes ini, pembayaran balik maksimum bagi pinjaman perumahan dibawah SRP tidak boleh melebihi RM1,410 sebulan seperti tertera di bawah ini:
Contoh kiraan :
Ads
Gabungan pendapatan kasar : RM2,000 + RM3,000 = RM5,000
Gabungan pendapatan bersih : RM4,350 (pendapatan selepas potongan berkanun; cukai, KWSP & SOCSO)
60% daripada RM4,350 = RM2,610 (jumlah komitmen)
Pembayaran balik pinjaman perumahan tidak boleh melebihi: RM2,610 – RM1,200 = RM1,410
Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 35 tahun (tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan), jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM294,000.
Q: Adakah skim ini termasuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri?
A: Tidak. Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
Mendidik anak-anak adalah suatu cabaran buat ibu bapa. Malah, bergelar ibu bapa, kadang-kala tidak menyedari ada kesilapan dalam mendidik anak-anak. Tidak dinafikan bahawa kita ingin cahayamata kita menjadi anak terbaik.
Juga dalam tempoh membesarkan anak-anak, ia adalah momen akan dikenang oleh ibu bapa. Pejam celik, akhirnya anak makin membesar. Tanpa kita sedar masa berjalan dengan pantas. Ini lah yang diakui oleh lelaki ini.
_________________________________
Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan, 1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan. 2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri. 3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan. Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh, 1. Marah anak. 2. ‘Pukul’ anak. 3. Piat telinga anak. 4. Paksa anak ikut cakap kita.
Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.
Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan, 1. Mula memerap dalam bilik. 2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan. 3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka. 4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah. 5. Akan ikut cakap kawan.
LAMA TAK 13 TAHUN TU?
Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian. Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1. Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.
Ini permulaan ibu ayah sekalian. Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah. Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?
Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun. Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.
Jadi ibu ayah sekalian. Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok. 1. Layan kalau mereka ajak berbual. 2. Layan kalau mereka ajak main. 3. Layan kalau mereka ajak naik motor. 4. Layan kalau mereka panjat badan kita. Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan. Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.
Sumber: Abdul Muiez Ruslee
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Malah, mereka juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak.
Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi. Terbaru, pasangan ini baru dikurniakan sepasang anak kembar yang memeriahkan lagi rumah tangga mereka.
Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik gambar mereka sekeluarga. Di dalam gambar berkenaan, Halina dilihat memakai jeans biru dengan baju putih sambil mendukung anak kembar mereka.
Dr harlina dalam pantang.. dah boleh pakai seluar jeans…tak sakit ke dr?
Adoiii sy pulak yg terasa nyilu bila tengok @drhalina duduk mcm tu
Itu antara persoalan yang dibangkitkan oleh warganet menerusi ruangan komen usai melihat gambar Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga.
Justeru, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor tampil menjawab pertanyaan netizen yang risaukan keadaan isterinya, Dr. Halina yang sudah menyarung seluar jeans biarpun masih dalam pantang.
Jelas Sheikh Muszaphar, isterinya sudah pulih sepenuhnya malah telah melakukan pelbagai kerja rumah lain termasuk mengemas rumah.
“Dia telah sembuh sepenuhnya. Malah sudah mengemas rumah,” jawab Sheikh Muszaphar.
cikyamfooddelivery usually lepas cabut plaster, dah bangun jalan, dah x ngilu dah.. Kadang2 lupa baru lepas operate! Siap berlari kejar baby nangis
Hasil perkahwinan Dr Sheikh Muszapahar dan Dr Halina, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 tahun serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang dilahirkan pada 20 November lalu.
Meskipun bakal memasuki usia 52 tahun pada tahun ini, wajah pelakon dan penyanyi Amy Mastura tak pernah berubah dan sentiasa kekal awet muda dari dulu hingga kini!
Tetapi, mungkin ada yang masih tak tahu sebenarnya pelantun lagu popular ‘Sha na na’ ini ada dua orang anak gadis iaitu puteri sulungnya, Adriana yang kini sudah berusia 22 tahun dan anak keduanya, iaitu Adalia telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Yang menarik perhatian, melalui gambar yang dikongsikannya baru-baru ini di laman Instagram miliknya, Amy Mastura kelihatan seperti sebaya dengan anak-anaknya dek kerana personalitinya yang tak makan dek zaman itu!
Memetik laporan dari gempak, sebagai ibu, Amy bukan sejenis mengongkong anak-anaknya tetapi sering ingatkan untuk tidak menyembunyikan apa-apa darinya.
“Saya beri kebebasan untuk mereka membuka akaun di laman sosial. Daripada segi pemantauan, saya kawal secara biasa sahaja. Tidak terlalu mengongkong dan tidak pula memberi kebebasan secara mutlak di tangan mereka.
Saya sering mengingatkan, jika mereka mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik; sehebat mana sekalipun mereka cuba sembunyikan pasti saya akan tahu juga. Justeru lebih baik berterus-terang dengan saya terlebih dahulu.
” Daripada perspektif berbeza, mereka menerima hakikat bahawa ibu mereka adalah public figure. Maka secara tidak langsung gerak-geri atau apa yang mereka lakukan diperhatikan orang. Mahu atau tidak mereka harus lebih berhati-hati dan bijak dalam setiap tindak-tanduk. Dan saya berterima kasih kepada masyarakat sekeliling yang turut sama mengambil perhatian dan membantu saya memantau anak-anak (ketawa).” katanya.
Tambahnya, Adrianna dan Adalia mempunyai perwatakan yang berbeza dan cara Amy membesarkan mereka mengikut kepada peringkat usia dan peredaran zaman. Misalnya Adrianna, Amy akui tidak lagi mempraktikkan apa yang lazimnya ibu-ibu kita lakukan dahulu sesuai dengan keperluan dan zaman ini. Apa jua yang Amy tidak benarkan, Amy akan huraikan mengapa dan sebab-musababnya.
“Contohnya, jangan keluar tetapi saya huraikan sebabnya. Jangan keluar bahaya dengan penjenayah dan peragut di luar. Itu antara pendekatan yang saya praktikkan. Kemudian, saya imbas kembali ketika zaman saya remaja dahulu. Seboleh mungkin saya pastikan berada dengan mereka saat diperlukan.” jelasnya.
Bagi minat anak-anak pula, siapa sangka dalam diam anak gadis Amy juga memiliki bakat sepertinya dalam bidang seni.
“Kedua-duanya mempunyai minat tersendiri tetapi jika bertanyakan tentang artis, baik dalam negara mahupun luar negara kedua-duanya punya minat yang berbeza. Anak bongsu (Adalia), semua artis di Malaysia dia minat! (ketawa).
“Berdasarkan pemerhatian dan penelitian saya, ewah…(ketawa) kedua-duanya punya minat dan kecenderungan ke arah dunia seni dan muzik. Anak sulung (Ariana) minat dalam bidang muzik. Adalia pula lebih meminati bidang lakonan, malah dia juga pernah berlakon dalam teater.
“Tak fahamlah saya mengapa perlu dihalang (ketawa). Malah saya seronok jika mereka ditakdirkan turut sama mewarnai dunia seni. Bolehlah sama-sama pergi shooting (ketawa). Saya tidak menghalang sama sekali malah akan memberi galakan kepada mereka.” tambahnya.