
Kalau di dapur pasti akan ada disediakan kain pengelap untuk membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.
Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Jom try petua mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.
Tip ini dikongsikan oleh puan Zuraidah Ismail.
Tips basuh kain buruk dan kain lap2
*************************************
Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yg kotor.
1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur
Kak Ida memang cerewet dlm hal2 kebersihan rumahtangga.dan kain buruk utk meniaga…tadi LaLa Nasreen dh share..ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya..sharing is caring…LOVE FROM KAK IDA
“Alhamdulillah, Dah Jadi Daddy Dah. Lengkap Satu Famili. ” Intan Ladyana Selamat Melahirkan Bayi Perempuan. Tahniah!

Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan .
Khabar gembira itu dimuatnaik suaminya yang juga pelakon, Harris Alif menerusi satu perkongsian di InstaStory .
Malah, dia juga turut memuatnaik foto bersama Intan Ladyana dan bayi perempuan mereka di dalam wad berkenaan.
Dalam kapsyennya, Harris meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada orang ramai di atas doa dititipkan buat isteri dan bayi mereka..
“31.1.2022 Alhamdulillah.. Puteri sulung daddy & mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” ujarnya lagi dikapsyen.
Dalam pada itu,Intan turut memuatnaik khabar yang sama di laman Instagramnya.
Dalam pada itu, ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan follower pasangan itu. Masing-masing mendoakan agar bayi pasangan ini menjadi anak solehah.
Pasangan ini diijabkabulkan pada 5 Februari Tahun lalu. Perbezaan usia 17 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka untuk bergelar suami isteri.
Disember lalu, Intan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan selama lapan hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Sumber: harrisalif& intanladyana
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
BACA INI JUGA : Anak Ramai Tak Salah, Itu Rezeki. Jangan Salahkan Mereka Kalau Kita Tak Terurus. Deep Perkongsian Ibu Ni!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Kes Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Peguam Ni Kongsi Kenapa Pengasuh Hanya Di Penjara 6 Tahun

Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun, terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, bayi lima bulan yang mayatnya ditemukan di dalam bahagian sejuk beku peti ais, tiga tahun lalu.
Hukuman yang dikenakan tersebut mendapat reaksi ramai pihak. Rata-rata melahirkan rasa ketidakpuasan hati dengan hukuman yang diterima alasan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan tertuduh.
The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad menerusi facebook tampil membuat ulasan sekali gus merungkai pertanyaan ramai dek hukuman yang dikenakan tersebut.
Bunuh kena 6 tahun je?
Tu ayat yang paling banyak dalam komen-komen page berita pasal kes ni. Ada yang kata Hakim tak betul la, undang-undang tak betul la. Memandai je korang kan.
Kes ni dikendalikan oleh En Mohd Redzuan Mohamed Yusoff, rakan kongsi firma kami dari awal sampai selesai. Maklumat-maklumat yang dikongsi di sini adalah maklumat yang telah dibentang dan diterima di mahkamah.
Kes ni pada awalnya disiasat di bawah seksyen 302 iaitu membunuh. Itu normal untuk kes-kes melibatkan kematian yang mencurigakan.
Selesai siasatan dari polis, kementerian kesihatan dan lain-lain, kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak. Pertuduhan dia “Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Tak ada sebarang kesan cedera
Di sini fungsi peguam. Peguam bukan saja kena lawan kes, tapi yang lebih penting kena pastikan semua pihak terutama mahkamah faham naratif kejadian dari perspektif tertuduh. Kena fahamkan semua pihak tentang kejadian sebenar.
So, apa kejadian sebenar?
Kejadian sebenar ialah pengasuh ni terjatuh di tandas bersama baby yang dipegang. Kejadian berlaku selepas pengasuh memandikan baby, macam hari-hari biasa.
Lepas terjatuh, dia bangun dan angkat semula baby. Baby menangis. Pengasuh ni check keadaan baby, tak ada sebarang kesan cedera. Tak ada luka, tak ada lebam, tak ada kesan merah-merah.
Ini selari dengan laporan post-mortem, tak ada sebarang kecederaan luaran. Punca kematian ialah kecederaan dalaman yang tak ada siapa boleh nampak dari luar.
Pengasuh ni kemudian memujuk baby dan beri susu. Baby berhenti menangis dan minum susu. Kemudian baby tidur. Dalam tidur, baby telah batuk-batuk dan keluar cecair jernih dari hidung. Baby dijangka meninggal sekitar masa ini. Pengasuh cuba beri bantuan pernafasan tapi gagal.
Masalah lebih besar bermula disini. Dalam keadaan panik tak tahu nak buat apa, pengasuh ni telah sembunyikan jenazah dalam peti sejuk. Itu adalah kesilapan paling besar bagi pendapat saya.
Menyembunyikan kematian
Masalah bertambah apabila pengasuh beritahu family baby telah diambil oleh orang lain. Perkara ni telah trigger pencarian kanak-kanak dan tular.
Pada petang yang sama, pengasuh rasa bersalah dan sedar akan kesalahan dia. Dia telah menyerah diri di balai polis dan terus beritahu polis di mana jenazah berada. Ini diakui oleh mahkamah dan selari dengan dokumen pihak polis.
Jenazah telah dijumpai hasil tunjuk arah oleh pengasuh sendiri.
Ada kejadian bunuh? Tak ada.
Ada tindakan kejam yang menyebabkan kecederaan? Tak ada.
Ada tindakan memukul, mengetuk, membelasah bayi malang tersebut? Tak ada. Malah jentik pun tak ada.
Apa yang ada ialah kemalangan yang kemudian disusuli tindakan salah iaitu menyembunyikan kematian.
Salah tak? Ye salah. Tapi adakah salah itu sama tahapnya dengan membunuh? Tidak.
“Menganiaya hingga menyebabkan kecederaan”
Undang-undang, sistem kehakiman dan mahkamah, malah sesiapa yang mendapat latihan perundangan dapat menilai bahawa ada perbezaan antara membunuh, menyebabkan kematian sama ada secara sengaja atau tidak, dan kemalangan.
Kami percaya atas dasar itu, setelah dihujah oleh pihak Peguam, pendakwaraya telah meminda pertuduhan dari “menganiaya hingga menyebabkan kecederaan” kepada “mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan”
Bila dibaca dan dinilai betul-betul, dua ayat pertuduhan tu membawa maksud berbeza. Dan maksud kedua iaitu mendedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan adalah lebih tepat menggambarkan keadaan sebenar.
Dan ambil kira juga bahawa elemen asas yang dipertuduh bukanlah membunuh atau menyebabkan kematian, tapi menyebabkan kecederaan.
Tak tahu fakta tapi menjatuhkan hukuman
Kenapa? Kerana pengasuh tersebut tidak membuat sebarang tindakan aktif untuk membunuh. Dia terlibat dalam kemalangan bersama baby, dari keadaan lantai bilik air yang licin.
Sebelum kita menghukum, kita kena tau fakta sebenar. Kita kena nilai undang-undang dengan fakta unik setiap kes.
Hakim yang zalim adalah hakim yang menghukum tanpa usul periksa, yang tak tahu fakta tapi sepantas kilat menjatuhkan hukuman.
Janganlah kita jadi macam itu.
#tlcrf
#thelawchambersofRedzuanandFaiezad
Sumber: The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Pokok Viral, Bukan Jer Serap Habuk, Ini Risiko Letak ‘Snake Plant’ Dalam Rumah Yang Ramai Tak Tahu!

Hobi yang satu ini ini kian diminati ramai sejak PKP ini. Sehinggakan ia menjadi tular dan sold out. Itulah penangan Pokok Lidah Jin, snake plant atau
atau nama saintifiknya, 𝘚𝘢𝘯𝘴𝘦𝘷𝘪𝘦𝘳𝘪𝘢 𝘵𝘳𝘪𝘧𝘢𝘴𝘤𝘪𝘢𝘵𝘢, kian popular dan viral di media sosial sekarang. Semuanya Gara-gara PKP, ramai yang menghias rumah dengan pokok berkenaan.
Ia dikatakan sejenis tanaman indoor yang bagus kerana dapat membantu pengudaraan dalam ruang tertutup.
Namun, pokok ini juga ada risikonya jika terdedah pada anak kecil dan haiwan peliharaan.
Berikut adalah penjelasan oleh Pusat Racun Negara tentang risiko tumbuhan viral ini.
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN.
Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.
Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini.
Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Dalam sebuah posting di Facebook, ahli kimia, Fatimah Salim juga menyatakan pendapat beliau tentang pokok ini.
Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah tanah yang digunakan dan disimpan dalam rumah. Tanah akan menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak.
Jadi, kena hati-hati bagi mereka yang ada masalah kesihatan, terutamanya yang rendah sistem imuniti.
Tak dinafikan tumbuhan ini memang cantik dijadikan hiasan.
Tapi kita perlulah menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat ya!
Sumber : Pusat Racun Negara