
Siapa suka makan terung? Biasa digoreng bercili mahupun dibuat gulai atau pajeri kan. Apa kata kali ini tukar sekera pula.
Resipi yang cukup ringkas ini pasti membuka selera sekeluarga di rumah.
Cuba terung goreng crispy ini. Mudah, simple caranya tapi sedap.
Ada peminat terung di sini??? Kalau ada kita geng…. 😍😍😍
Terung goreng crispy…. Jom kita pelbagai kan menu terung…. Sedap….. 😋😋😋
Bahan-bahan
Terung
Garam
Tepung bestari
Minyak utk goreng
Cara membuat:
Potong terung macam dlm gambar.
Kemudian, tabur kan garam halus sikit pada setiap terung tu & perapkan dlm 10 minit…
Lepas perap (akan keluar air dari terung)… pastu lap kan terung dgn tisu utk bagi kering sikit.
Last celup terung dalam tepung bestari dan boleh goreng… 👍👍👍
Kredit: Zaharah Mazrul
“Dia Tetap Ayah Saya, Tiada Yang Dapat Ubah Hakikat Itu.” 4 Tahun Tidak Jumpa, Anak Terbuka Pintu Hati Bertemu To’ki!

Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan dengan hubungan anak beranak yang sudah lama tidak bertemu.
Disebalik kontroversi yang melanda ayahnya, rupa-rupanya ada sinar buat mereka. Kisah keluarga ini cukup menyentuh hati, selepas mendengar nasihat pelbagai pihak, akhirnya anak kepada penyanyi, To’ki, Noor Hidayah terpanggil bertemu bapanya selepas sekian lama tidak bertemu.
Noor Hidayah, 27, atau mesra dengan sapaan Yaya berkata, mereka bertemu pada Jumaat lalu selepas kali terakhir bertemu ayahnya kira-kira empat tahun lalu.
“Awalnya, saya cukup terkesan dengan komen netizen, tetapi apabila direnung semula, teguran mereka memberi kesedaran. Walaupun macam mana pusingnya dunia, dia tetap ayah saya, tiada apa yang dapat mengubah hakikat itu.
“Alhamdulillah, berkat nasihat yang baik dan doa orang ramai, saya bertemu dengan ayah selepas empat tahun tidak berjumpa. Hubungan kami sekarang baik-baik sahaja, malah jujurnya, saya gembira hingga menitiskan air mata.
“Sememangnya setiap apa yang terjadi, ada hikmahnya. Disebabkan kisah tular, saya dapat berjumpa ayah,” katanya kepada BH Online.
Bercerita lanjut, Yaya bersama suami bertemu ayahnya pada Jumaat lalu, kemudiannya kembali membawa adik-adik yang lain pada hari berikutnya.
“Selepas kisah ayah tular, hati saya memang mahu bertemu ayah. Sebelum berjumpa, kami ada berbual di telefon. Apabila saya dan suami mahu keluar makan, kami mengajak ayah sekali pada Jumaat lalu.
“Esoknya, saya datang berjumpa ayah bersama adik-adik pula. Saya juga berkesempatan melihat rumah ayah dan kemudiannya, kami keluar makan bersama.
“Di restoran, kami berpeluang lihat ayah menyanyi secara ‘live’. Jujurnya, saya gembira, terubat rindu nak tengok ayah menyanyi. Bukan kami sahaja, malah ayah juga kelihatan gembira dapat bersatu semula dengan anak, cucu dan menantu,” kata ibu kepada dua orang anak lelaki itu.
To’ki turut memuat naik gambar perjumpaan bersama anak, cucu dan menantunya di laman Facebook. Bagaimanapun, anak sulungnya, tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain pada saat terakhir. Perjumpaan itu turut disertai anak perempuan To’ki menerusi hasil perkahwinan kedua iaitu Nur Nilam Qaseh, 13.
Anak kedua daripada lima beradik itu turut meluahkan rasa syukur melihat ayahnya sudah mempunyai tempat tinggal selesa didiami bersama isteri baharu, Sharifah Fairuz Syed Yusof.
“Doa kami sememangnya mahu lihat ayah hidup selesa. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ayah.
“Melihat ayah bahagia bersama isterinya sekarang, kami juga gembira. Isterinya baik, melayan kami seperti keluarga sendiri ketika kami ke rumahnya,” katanya.
Mengulas mengenai ibunya, Yaya berkata, ibunya gembira melihat hubungan mereka kembali jernih.
“Ibu selalu berpesan tidak melupakan ayah. Dia, antara insan yang paling gembira melihat kami berjumpa ayah. Selepas ini, insya-Allah kami akan selalu berjumpa ayah.
“Selepas apa yang terjadi, kami adik beradik merasakan ayah layak untuk hidup gembira dan sekarang, kami mahu menggembirakan ayah,” katanya.
Terdahulu, Yaya mendakwa kali terakhir bertemu bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika melangsungkan perkahwinan. Yaya mengeluarkan dakwaan selepas kisah kehidupan To’ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz, 48, yang tinggal dalam pondok di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, tular, beberapa minggu lalu.
To’ki memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama. Anak sulungnya, Mohd Hafizi, 28, diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22, Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18. Menerusi perkahwinan kedua bersama Nik Aida Mustapha dikurniakan Nur Nilam Qaseh.
Sumber: Berita Harian
Sumber gambar: Internet
Apam Berwarna Pastel Ni Nampak Sweet Sangat. Ni Resipinya!

Sekali pandang memang ramai yang terpesona dengan warna-warna kuih apam ini. Berbeza dari biasa, umumnya kuih apam sinonim dengan warna putih atau pink tapi Siti Amirah memilih untuk menyediakan apam dengan warna-warna pastel.
Buat anda yang ingin mencuba, ini perkongsian resipinya. Jom semak
Apam nasi amirah bersiaran lagi. Tempahan petang tadi ni.. Dark purple – purple – light purple – magenta – baby pink. 💜💜
Ada yang sudi belanja love tak?
Saya edit resipi ye sebab ada yang bertanya. Resipi dari fb dan cubaan berulang kali tanpa putus asa.
Resipi :
A) 2 cawan nasi sejuk
1 setengh cawan gula pasir
2 cawan air
Blend semua
B) 2 setengah cawan tepung beras
1 setengah cawan tepung gandum
1 paket yis
Letak dalam mangkuk besar@besen. (sebab adunan akan naik membuak-membuak dengan jayanya )
C) Kelapa parut putih suci bersih
Garam
Kukus juga supaya tak cepat basi.
Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman dan pakai mata, cairkan sikit adunan untuk apam lebih lembut.
Agak-agak je..jangan cair sangat nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut )
Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil-sambil kukus kelapa parut nak wat cicah tu dulu.
Lepas cukup sejam boleh la tambah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sangat pewarna.
Sikit-sikit taw tambah.
Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak dan terus kukus.
Kukus api besar 13-15minit, angkat. Siap!
Selamat mencuba ye..
Ikhlas dari saya, anak jawa+banjar dari simpang renggam johor.
Boleh juga cuba resipi yang ini : Apam Nasi Boleh Cuba Dengan Resipi Ni, Pasti Puas Hati Menikmatinya.
sumber :Siti Amirah Mohd Noor via MAHN
Segarkan Tekak Dengan Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap. Anak-Anak Pun Terpikat Ni!

Warnanya yang cantik bikin hati terpikat, anak-anak pun suka kan dengan buah yang satu ni. Tapi kalau asyik makan begitu sahaja bosan juga kan. Apa kata ibu-ibu buat pula Puding Buah Naga Susu.
Resipi ini senang sangat nak buat dan hasilnya juga sangat menyelerakan. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nurhayati Abd Malek ni.
Resepi Puding Buah Naga Susu Paling Mudah & Sedap (Dragon Fruit)
Nak sesuatu yang menyegarkan tekak hujung minggu ni? Jom buat puding buah naga! Puding Buah Naga.
Bahan-bahan
1 biji buah naga (isi merah)
1 paket agar-agar bertali (20gm)
750 mls susu cair
750 mls air kosong
1 cawan gula kastor (Boleh kurang kan)
Nota: Saya guna loyang 7″
Info penting: Bancuhan agar-agar bertali boleh lihat cara di belakang paket. Yang saya guna ni dia minta saya bancuh 1500mls air. Jadi saya bahagikan dua 750mls air + 750 susu cair.
Cara membuat:
- buah dipotong dulu kecik-kecik. Ikut lah nak potong memanjang ke dadu ke janji boleh muat masuk mulut. Dah siap, ketepikan dulu.
- Masukkan agar-agar dan juga air dahulu. Buka api dan kacau sedikit hingga agar-agar tadi cair dan mendidih.
- Bila tali agar-agar tadi dah mencair kesemuanya, masukkan pula susu cair. Kacau lagi susu ni supaya tak hangit. Api kena jaga.
- Apabila dah sebati boleh masukkan gula ikut citarasa kalian. Saya tulis je 1 cawan, boleh kurang kan. Boleh rasa sikit. Kalau kurang manis puding buah naga, tambahlah gula. Kalau dah cukup, tak perlu tambah.
- Kacau hingga gula sebati.
- Masukkan buah naga atau dragon fruit itu tadi yang telah siap dipotong mengikut citarasa masing-masing.
- Kacau lagi, kerja kita kalau buat puding buah naga ni memang kena selalu kacau, kalau tak berketul lah nanti. Kemudian tutup api dan masukkan dalam loyang yang disediakan tadi.
- Biarkan sekejap supaya sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais anda.
- Tat-tadaaa! Inilah resepi puding buah naga susu. Siaplah sudah puding buah naga kita! Sedap makan waktu sejuk. Ah, segar tekak.