Cara Buat Sate Sosej Roll Cheese Yang Mudah Tapi Sedap. Anak-Anak Pasti Suka Ni!

Share

Untuk menarik selera anak-anak makan kadang kala bukan mudah. Lagi lagi bagi yang jenis memilih. Ibu-ibu kena tahu apa kegemaran atau kesukaan mereka barulah mudah untuk pancing selera nak makan kan.

Admin kongsikan satu resipi mudah tetapi pasti anak-anak sukakannya. Cara nak buat pun ringkas jer, tak mengambil masa yang lama.

Resipi ini hasil perkongsian Puan Yunk Mardhiah menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Selamat mencuba!


Bila anak dara kau request, maka jadi la😘

Selalu gulung sekeping roti tu xpotong dah… Tapi anak dara ni, roti mesti xabes yang dia cari semua sosej ja…berlubang la roti tu…

Then mama cari idea, buat camni dia makan semua🤭😜 Alhamdulillah…

SATAY SOSEJ ROLL CHEESE is done!!!

Bahan2:

🍀Roti

🍀Cheese keping

🍀Sosej

🍀Serbuk roti

🍀Telur

☘️Lidi

 

Cara2:

🌸Leperkan roti, letak cheese, letak sosej then gulung…

🌸Lepas tu potong (sekeping dapat 6 gulung)

🌸Ambik lidi cucuk macam satay

🌸Celup kan dalam telur yang sudah di pukul

🌸Taburkan serbuk roti hingga sekata, then goreng

🌸SIAP…. hias dengan sos, mayonis or apa2 yang uolls suka.

SELAMAT MENCUBA!!!