Kalau dulu mak-mak kita buat sandwic menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah.
Tetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.
Selain dari itu sudah ramai juga usahawan dalam talian yang menjual menu sandwic ‘kayangan’ dan mendapat sambutan ramai pelanggan yang berpuas hati membeli.
Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.
Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwic di facebook beliau.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak² tersayang
RESIPI SANDWIC PREMIUM
Bahan-bahannya:
Ads
4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
2 KEPING LOF DAGING AYAM. Goreng di atas kuali sehingga masak.
6 HIRISAN TIMUN JEPUN. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
6 HIRISAN LOBAK MERAH. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
2 HELAI DAUN SALAD. Basuh dan keringkan.
1 KEPING KEJU
Sos bijan panggang.
Cara-caranya:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.
2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
Ads
4. Letakkan satu kepingan keju.
5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun jepun.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
Ads
Siap sandwich 3 tingkat.
Tip potong sandwic nampak cantik
Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau terasa hendak makan bubur kacang hijau mesti buat kita fikir dua tiga kali bila lah masa yang sesuai untuk memasaknya. Tidak boleh tiba-tiba teringin terus masuk dapur.
Maklumlah kacang hijau ini perlu direndam semalaman atau untuk tempoh masa yang panjang untuk tujuan memudahkan proses merebus agar cepat lembut bila dimasak.
Itu yang membuatkan proses penyediaan menu bubur kacang hijau ini mengambil masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang boleh anda praktikkan untuk singkatkan proses membuat bubur kacang ini tanpa perlu lagi merendam kacang hijau untuk melembutkannya dan sekali gus masa untuk merebus kacang hijau hingga empuk pun sekejap sahaja boleh dilakukan.
Ini seperti cara yang telah dikongsikan oleh Seri Ramlan.
Ini saya bagi tips lembutkan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak perlu rebus lama-lama. Confirm cepat masak dan jimat gas.
Boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tip ini tak perlu ada pressure cooker pun. Begini caranya :-
Langkah 1 : Basuh bersih kacang hijau.
Langkah 2 : Kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu
Langkah 3 : Kemudian bekukan.
Langkah 4 : Bila-bila hendak masak, tak perlu nyahbeku. Boleh terus masuk periuk dan tambah air. Rebus seperti biasa.
Langkah 5 : Tidak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa
Som som sagu sesuai sangat makan waktu berbuka. Teksturnya yang lembut manis, bergedik sesuai dimakan sejuk-sejuk. Rasa segar bila ‘lalu’ ditekak. Rasa lemak-lemak santan memang asyik bila makan waktu berbuka.
Som Som Sagu Lembut Bergedik
Bagi memudahkan kerja, boleh letak som som sagu dalam bekas plastik. Supaya dapat efek lembut bergedik dan tak lembik boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.
Makan Sejuk-sejuk Waktu Berbuka Memang Sedap
Cara buat som som sagu lembut bergedik
Bahan sagu:
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
2. Keluarkan pandan, masukkan sagu.
3. Kacau hingga pekat (waktu ini sagu masih bermata ikan)
4. Tuang sagu ke dalam bekas kecil.
5. Kukus selama 15 in sehingga sagu jernih
6. Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air tapi jika tak mahu lembik boleh guna cara kukus ini.
Bahan kanji som som:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk, kacau sebati.
2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana
3. Sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul-ketul
4. Tuang adunan ke atas sagu dan sejukkan.
Bahan air gula:
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka/ gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
Cara membuat:
Satukan semua bahan, masak api sederhana hingga mendidih.
2. Tapis dan sejukkan. Siap
3. Tuang air gula yang sejuk di atas som som sagu, sedia dimakan.
Kalau dulu sebut sahaja kek lapis pasti ramai yang terbayang akan rasanya yang enak.
Walaupun ada yang mengatakan resipi agak sukar untuk dibuat, tapi sebenarnya mudah je. Apa lagi jika kita pandai mengolahnya menjadi pelbagai perasa. Pasti lebih menarik untuk dihidangkan seisi keluarga.
Untuk kali ini, admin nak kongsikan Resepi Kek Lapis Yogurt 3 Rasa. Jom cuba!
Masukan telur satu persatu. Putar sampai betul betul sebati.
Masukan cream cheese & susu pekat ,putar lagi sampai sebati. Masukan pula horlicks,susu tepung dan serbuk santan. Gaul sebati guna senduk sahaja. Akhir sekali masukan tepung . Gaul guna senduk sampai sebati.
Bahagikan kepada 3 bahagian
Bahagian 1 warna merah jambu ditambah YOGURT perisa strawberry
Bahagian 2 warna putih ditambah YOGURT perisa asli
Bahagian 3 warna unggu ditambah YOGURT perisa blueberry
sediakan loyang 9×9′
Kukus berlapis lapis.
Bahagian 1 dulu selama 40minit.Diikuti bahagian 2 selama 1jam.
Seterusnya bahagian 3 selama 1 jam 30 minit untuk keseluruhan kek masak
SELAMAT MENCUBA
Original resepi: eiyjarnazeanangah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...