
Nak masak apa untuk minum petang hari ini? Jika anak-anak gemarkan roti, apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri buat roti sosej bajet ini. Kalau berjaya ibu-ibu pun boleh jual ni, buat tambah pendapatan keluarga.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Azlina Ina Fans ini. Selamat mencuba!
asalamualaikum anak2 mak alololo nape down2 ni
meh la kite berfikir tuk cari pendapatan musim2 getir ni.Roti simple yg mak jual tuk tarikan org walk in ke bakery rm1.50 je doh 35g..Semoga dapat membantu kalian cari rezeki aminn
RESEPI ROTI SOSEJ BAJET
Bahan-bahan
Tepung high protein 500g/1/2kg
Gula 50g
Garam ( Secubit )
Susu tepung 80gm
Yis kering 10gm
Bread improver 1 sb
K fine 1sb/softner/water roux(google ape itu)
Air + ais batu timbang bersama jadikan 225g
Cara membuat:
- Campur sebati semua bahan dahulu. Mix pakai mata hook sampai sebati. Kemudian,a baru masuk majerin 60g.
- Siap uli dah sampai elastik .
- Baru rounding 35g doh ikut korang rasa nak buat atau jual besar mana ya.. masuk papercup.
- Leper kan sket letak sosej (sosej bakar dalam oven sekejap baru potong2) dan tabur sikit sayur campur (kukus kejap dulu sayur campur tu ya) biarkan kembang 30 minit baru lorek mayo dan sos serta tabur daun pasley.
- Bila dah kembang cantik baru bakar suhu 170/180 masa 25 mnt atau sampai dia keperang perangan.
Guna Tepung Pulut Je Nak Buat Tteokbokki. Peminat Drama Korea Wajib Cuba Ni!

Sejak PKP ni, ramai dah ‘demam’ drama Korea. Jika tak tonton drama ni memang tak jadi kerja lah. Selain jalan cerita yang menarik, pelakon-pelakon Korea semuanya comel-comel dan kacak belaka.
Sudah tentu secara tidak langsung, peminat drama Korea ini terpengaruh dengan gaya hidup Korea misalnya muzik K-Pop dan masakan Korea. Antara trending rakyat Malaysia dengan menu dari Korea ialah Ramen, Jajangmyun, Bulgogi Beef, Jjamppong dan Jokbal Pedas dan Tteokbokki.
Menerusi facebook Masak Apa Hari Ini, Zurina Zulkefli berkongsi resipi Korea Tteokbokki atau rice cake. Rasa pedas manis! Memang sedap. Tteokbokki ini merupakan makanan yang agak popular di Malaysia. Bagi anda yang tidak pernah mencuba, inilah masanya untuk membuat tteokbokki sendiri di rumah!
Boleh cuba ikut resipi ni.
Siapa sini suka makan Topokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.
Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yg senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama mcm pemadam getah (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.
Resepi Topokki:
✓ 1 cawan tepung pulut + 3 sudu besar tepung gandum + secubit garam + sedikit minyak bijan + air suam
✓ Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
✓ Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
✓ Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
✓ Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.
Resepi kuah Topokki:
✓ 3 ulas bawang putih yg dicincang
✓ Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi
✓ Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)
✓ Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
✓ Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
✓ Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan
Selamat mencuba.
Sumber:Zurina Zulkefli
“Mama Telah Pergi Dahulu, Kami Akan Menyusul Kemudian Mama..”Bacaan Talkin Buat Mama Tercinta, Raih Lebih 7,000 Tontonan & Ramai Turut Bersedih!

Kehilangan seseorang cukup disayangi tentunya begitu berat dan menyakitkan dirasakan, apatah lagi insan tersebut adalah ibu yang telah banyak menabur dan berkorban untuk membesarkan kita.
Benar, setiap yang hidup pasti akan mati. Bagi kita orang Islam, hanya tiga amalan yang akan dibawa sebagai bekalan untuk bertemu Allah swt, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.
Baru-baru ini sebuah video bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak muda buat mamanya, cukup menjentik hati netezin hingga turut berasa sayu.
“Ingatlah bahawasanya mama sekarang sedang tinggal di alam barzah.”
Begitulah sebahagian bacaan talkin yang dibacakan oleh seorang anak untuk arwah ibunya. Rakaman penuh emosi itu telah dikongsikan di instagram dan ternyata cukup menyentuh hati netizen yang melihat video pendek ini sehingga meraih lebih 7,000 tontonan ketika artikel ini ditulis.
Mengetahui lanjut, mStar ada berkongsi tentang keluarga ini.
Menurut Nur Faezah Mohd Ariffin, 42 mendedahkan siapa pemuda yang membaca talqin di dalam video tersebut, iaitu adik lelakinya Muhammad Neezam Mohd Ariffin,35. Video tersebut dirakam ketika pengebumian ibunya, Azizah Romli, 65 yang meninggal dunia pada Jumaat terakhir sebelum Ramadan.
“Talqin dibaca oleh adik kelima saya yang merupakan seorang ustaz kelulusan Universiti Al-Azhar. Kami 12 beradik tidak dapat menahan perasaan sedih apabila dia membacakan untuk mama kami sendiri.
“Sebelum ini kalau orang baca talqin tak ada sebut mama pun.Tapi bila adik sebut mama tu terasa sayu sangat, rasa macam kita pun bakal menyusul ke sana.
“Kami tak sanga yang mama akan pergi kerana dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. Cuma dua tiga hari sebelum itu mama ada cakap pada adik, mama tidak ada sesuatu pun di dunia ini yang memberatkan untuk mama pergi. Mama dah berlapang dada. Katanya sambil menambah jenazah dikebumikan di Jitra, Kedah.
Tambah anak sulung itu, segala pengurusan jenazah dilakukan oleh mereka 12 beradik bersama ayah tercinta.
Menurut wanita yang mesra disapa Faezah itu, dia tambah pilu apabila hasrat ibunya untuk khatam al-Quran sebelum Ramadan tahun ini tidak kesampaian.
“Mama tinggal lagi 12 juzuk untuk khatam, tetapi dia tidak sempat nak habiskan dan ditakdirkan dijempur Ilahi pada Jumaat lalu, hanya empat hari sebelum umat Islam mula berpuasa.
“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk itu untuk kami adik beradik selesaikan. Jadi 12 juzuk terakhir itu dibaca bersama-sama kami adik beradik ketika mama tenat sebelum dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya.
Menurut Faezah, pemergian ibunya tentu sekali membuatkan kehadiran Ramadan tahun ini ternyata berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Malah katanya, hatinya terasa kosong memandangkan ini kali pertama berpuasa tanpa ibu tercinta.
“Kalau kita seorang diri memang terasalah sikit. Tapi bila berkumpul 12 beradik, terisi sikit kekosongan itu.

“Kami sekeluraga memang reda dengan pemergian mama dan bersyukur kerana perjalanan mama dipermudahkan Allah,” Katanya yang berasasl dari Kedah.
Sumber : mStar
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Saksikan juga video Medic Keluarga ini untuk ketahui punca kemerosotan tulang & otot serta tips pemakanan yang baik.
Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

Adat merisik ini telah lama dipraktikkan di dalam masyarakat Melayu dengan tujuan asalnya untuk wakil pihak lelaki mengenali anak gadis keluarga pihak perempuan dan seterusnya mencapai kata sepakat untuk kedua-dua belah pihak bagi menyatukan anak teruna dan anak gadis mereka.
Apa yang pasti melalui majlis merisik ini sendiri sebenarnya akan menjadi satu permulaan pengalaman yang manis dan indah sama ada buat ibu ayah mahupun anak-anak yang bakal diraikan sebagai raja sehari kelak.
Baru-baru ini, pelakon, penerbit dan usahawan terkenal iaitu Erma Fatima berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya iaitu Syamil Ikhwan yang dilangsungkan secara online namun penuh dengan adat dan budaya Melayu, nyata menerima pujian daripada peminat dan wargamaya.
Menurutnya, “Setahun lebih tunggu..ada aja alasannya..PKP lah..itulah..inilah..jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnya dan syukur settle. Walaupun dah langgar adab..takpelah. Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyaallah.”
Bahkan merakamkan rasa bahagia dan syukur, Erma turut menulis caption yang cukup membahagiakan di instagramnya bila selesai urusan merisik dilakukan. Ucapnya, “Yeahhhhhhh nak dapat menantu…walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk..tapi alhamdulillah…”
Majlis yang dipercayai berlangsung pada petang Sabtu lalu turut disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, majlis merisik tersebut dilihat berjalan dengan lancar dan indah walau pun talian internet terputus-putus seketika.
Dilihat juga Erma dan anak-anaknya mengenakan pakaian sedondon dengan tema warna merah & hitam, terpancar kegembiraan dan tenang semasa majlis tersebut berlangsung. Rata-rata rakan artis dan netizen berkongsi rasa bahagia dan saling memberi ucapan tahniah dan tidak kurang juga ingin menjadikan sebagai inspirasi bagi menjayakan majlis secara maya memandangkan negara masih dalam tempoh ‘lockdown’.
Sumber : @ermafatima
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club