Cara Buat Resipi Sushi Sandwich Guna Roti. Cukup Simple & Sedap. Sesuai Buat Bekal Untuk Anak Ke Sekolah Mahupun Ke Pejabat!

Share

Sushi antara makanan yang cukup diminati oleh orang malaysia. Pernah tak ibu-ibu cuba buat sendiri di rumah? Kalau teringin nak buat, apa kata cuba resipi yang dikongsikan ini.

Menariknya, resipi yang dikongsikan ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat.

Resipi menarik ini dikongsikan oleh Shahrul Bieha menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Jom ibu-ibu yang suka sushi tu, kita cuba sesuatu yang baru!
Salam sorry admin baru balik tahlil nih baru sempat nak letak resepi xsangka ramai yg nak semoga kalian murah rezeki cuba lah insyallah sedap.. SUSHI BREAD SANDWICH

Bahan2
Seaweed roasted potong 2(yg untuk buat sushi)
Roti gardenia telah di lenyek
Salad secukupnye
Mayonaise
Carrot yg telah dipotong memanjang
Sosej potong 2/crabstick celur
Gravvy,topping..lg bnyak lh sedap
Sos cili
Mayonaise
Thousand island/chesee
Bijan

Cara
-Sapu mayonis pada roti depan dan belakang
-susun roti pada seaweed yg telah di potong 2
-Saya pakai 1 1/2 @ 2 keping roti lenyek
-susun carrot,sosej,salad mcm buat sandwich tu
-gulungkn sandwich
-siap sandwich
-potongkn 5 bahagian
-tambahkn topping/sos pilihan

Selamat mencuba