Cara Buat Resipi Ibu Sambal Kicap Awesome, Memang Sedap. Wanita Ni Kongsikan Tip Supaya Tahan Lama!

Share

Resipi Ibu Sambal Kicap ni memang sedap. Cukup enak kalau dinikmati bersama hidangan seperti Bihun Sup, Soto, Tauhu Bergedil, ikan goreng dan sebagainya lagi.

Tapi, tak semua orang pandai nak buat sambal kicap yang sedap, lebih-lebih lagi tahan lama. Jom cuba tip dan resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini. Cukup mudah tapi hasilnya letops.
Cikgu nak kongsi pula resepi sambal kicap. Cikgu orang Kelantan tulen. Tapi sangat suka sambal kicap ala orang Johor ni. Cikgu suka buat jadi ibu sambal kicap simpan dalam peti. Walaupun semua orang dah tahu buat sambal ini, cikgu tetap nak bagi tips cara buat dan menambahkan kesedapan sambal kicap ini.
Nanti mudah nak cicah tauhu begedil, makan dengan soto. Haa nak buat bihun sup ringkas pun cikgu suka ada sambal kicap. Gambar sambal kicap cikgu cicah siakap goreng tu memang mengancam. Ramai kawan fb cikgu terliur. Sebenarnya cikgu tambah cili potong dengan letak bawang je guna sambal kicap sama.
Nampak betul-betul sedap kan?
Jadi cikgu nak kongsilah sambal kicap ikut gaya cikgu sendiri

.

Resepi Ibu Sambal Kicap Awesome

1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

Nak resepi lengkap soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh tengok dekat wall cikgu okay.
Selamat mencuba.
#resepicikguafy