Menyediakan hidangan untuk keluarga tidak lagi rumit seperti dahulu. Kini pelbagai resipi boleh didapati di hujung jari sahaja. Jadi mudahlah ibu-ibu nak memasak kan.
resipi Puding Roti Kayangan yang dijkongsikan oleh Munirah Jasamai ini cukup mudah. Bahan pun ringkas. Tiga bahan jer.
Puding roti kayangan❤️ :: resepi di setiap gambar :: Buat berejam, dah siap sat ja habih uitttt 😋 😍 nak mintak doa boleh? Doa saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan ❤️
Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nk bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa
2. Pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, jnji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi. Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dlm susu yg dicurahkan. Bakaq dlm oven yg hampa dh panas dulu dalam 10 minit suhu 180′, lepas dh panas kan oven baru hampa bawak masuk yg dh ready dalam 30min suhu 180′,macam mana hampa nak tau dh masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tgk melekat ke dak pon buleh. Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais
Ads
Cara buat Sos creamy
1tin susu cair
1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
Ads
Bukak api perlahan ja kacau sampai kental, dh siap hampa bg sejuk buh dalam peti ais
Sejak gelombang ketiga Covid-19 ini meletus, di lihat semakin ramai yang menjadi mangsa dan keadaan ini cukup membimbangkan kita semua. Bahkan bila dilihat di media sosial ramai yang mohon didoakan agar mereka segera sembuh dan kuat melawan penyakit tersebut.
Hal ini cukup menyentuh hati dan situasi yang sama juga telah menimpa keluarga penyanyi Aiman Tino. Sepuluh daripada ahli keluarganya disahkan positif Covid-19 sejak 10 hari yang lalu dengan masing-masing kini sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, menurut ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil, 45, dia, suami dan lima orang anaknya yang lain telah dijangkiti Covid kecuali Aiman yang tidak menetap bersama mereka di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
“Kami semua masih kuarantin kendiri di rumah. Selain itu, anak sulung saya, Nurfara Ain, suami dan anaknya yang berusia sebulan juga dijangkiti tapi mereka menjalani kuarantin di rumah sendiri di Shah Alam.
“Kalau tanya pasal punca, saya pun tak tahu dari mana. Tetapi sebelum melakukan ujian calitan itu, saya memang mengalami demam selepas balik dari pekan di Kuala Kubu.
“Selepas itu, suami pula demam selepas menerima suntikan dos pertama vaksin. Bila dah ramai demam dalam rumah ini, kami ambil keputusan buat ujian calitan dan ternyata, keputusan positif,” katanya.
“Seksa Sangat Batuk…”
Menurut Hazelina, anak-anak yang menetap bersamanya dan dijangkiti Covid ialah Nurisfasha, 19, Mohd Haikal,15, Nur Alya Mahsuri, 12,Nurqaseh, 10, dan Nina Izzara, 6.
Selain itu, menurut Hazelina, biarpun sudah 10 hari menjalani kuarantin, cuma tahap kesihatannya sahaja yang agak teruk memandangkan selama ini menghidap penyakit asma.
“Anak-anak semua sudah okey dan tidak lagi demam. Cuma keadaan saya seorang saja yang agak teruk. Saya memang ada masalah asma tambahan pula dengan demam dan batuk yang tak baik-baik lagi sehingga kini.
“Seksa sangat batuk ini dan susah saya nak bernafas. Pagi tadi pun badan saya jadi sangat lemah dan rasa nak pitam. Tapi deria rasa dan bau sudah kembali.
“Doktor memang ada cakap kalau tak cukup oksigen, kena hubungi ambulans untuk bawa saya ke hospital. Hari ini keadaan saya semakin teruk pula tapi tak pasti lagi perlu ke hospital atau tidak,” katanya.
Sebelum ini, kakak kepada Aiman Tino iaitu penyanyi Fara Hezel ada memuat naik status di Instagram memohon agar semua orang mendoakan keluarganya yang disahkan positif Covid-19.
Bersamalah kita doakan agar keluarga Aiman Tino diberi kesembuhan daripada Covid-19.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Salah satu perkara paling penting dan kurang difahami dalam hal fisiokologi adalah peranan kawan-kawan dalam kehidupan kita. Walaupun macam cliché je kan, tapi rakan-rakan boleh jadi lebih rapat berbanding keluarga pada satu ketika.
Lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal berjauhan dengan keluarga, jadi apa saja masalah atau sakit demam semuanya memerlukan pertolongan orang terdekat.
Jadi, hubungan dengan kwan-kawan kian utuh apabila semua benda dibuat bersama-sama. Bercuti, keluar makan dan sebagainya.
Malah, ikatan persahabatan seperti ini sangat penting dalam kesihatan wanita sehingga dibuktikan dalam kajian dilakukan oleh Universiti Oxford.
Kajian tersebut mendedahkan yang wanita patut keluar bersama rakan-rakan perempuan mereka dengan lebih kerap. Kajian ini menekankan yang wanita yang sering berjumpa rakan-rakan mereka dua kali seminggu merupakan kunci untuk mencapai kebahagiaan.
Robin Dunbar, pengkaji di sebalik kajian ini menekankan dalam temuramah yang kesihatan wanita secara menyeluruh dan kesejahteraan mereka meningkat baik apabila mereka bersama-sama teman rapat mereka dua kali seminggu berkumpul membuat aktiviti bersama-sama.
Aktiviti yang dilakukan seperti ‘membawang’, bergosip, bercuti dan bermacam-macam lagi. Kajian ini juga mengkaitkan masa berkualiti bersama rakan-rakan wanita yang lain dengan banyak kelebihan kesihatan utama seperti sistem imun lebih kuat, kurang tahap kegelisahan dan meningkatkan kemurahan hati.
Tapi seperti yang kita tahu, tidak semua persahabatan itu sama. Tidak semua wanita perlukan ‘pasukan’, dan ia ok je… Kajian tersebut mengesyorkan dengan mempunyai 4 orang rakan meluangkan masa bersama-sama adalah jumlah maksima untuk mencapai kelebihan kesihatan fizikal dan mental.
Kajian tersebut juga menemui yang interaksi paling terbaik adalah apabila berborak mengenai sesuatu yang membuatkan mereka ketawa. Ketawa kan ubat yang paling terbaik.
Walau bagaimanapun, apabila kumpulan ini banyak melebihi 5 orang, kesan yang lucu adalah akan menghasilkan endorfin untuk kegembiraan yang tidak lagi boleh dipercayai.
Alisa Ruby Bash, PsyD, LMFT. Studies di Stanford berkata:
“Kajian menunjukkan yang wanita, [mungkin] lebih dari lelaki, perlu mengekalkan perhubungan ini. Ia meningkatkan serotonin dan oksitoksin, iaitu hormon ikatan atau kasih sayang. Ia menjadikan kita rasa dipupuk dan disahkan untuk bersiar-siar dengan rakan-rakan jadi kita boleh jadi diri kita sendiri, tanpa tekanan luar. “
Sumber : media tular
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai yang suka makan pulut kuning, namun ada yang tidak mahir dalam memasak hidangan ni. Nak buat pulut kuning nampak mudah aje tetapi sebenarnya kalau salah sukatannya boleh jadi lembik dan basi.
Bagi yang gemar makanan ini, selain beli apa kata buat sendiri aje di rumah. Perkongsian oleh Maz Samad boleh dijadikan panduan, siap beri tip cara elak pulut jadi basi dan lembut elok hidangan ini.
Jom cuba, mana tahu boleb buat kek pulut kuning hari jadi anak nanti. Bila dah jadi cantik dan berkilat nak hias pun tentu teruja.
Selamat mencuba!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi.
1. Rendam beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2 atau 3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih. Baru direndam
6. Semasa rendam letak sekali 2 sudu kunyit serbuk
Kaedah Kukus Beras Pulut
1- Kukus pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut.
Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.
3. Semasa mengukus
Langkah kukusan pertama 10 minit
rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2. Langkah kukusan kedua 20 minit.
Pulut dicampur bersama:
1/2 cawan Minyak atau Marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin bag kilat pulut kuning tersebut.
Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi naikkan lagi seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan nampak sebiji-sbiji bila dihias.Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak. Berbiji tapi tekstur sangat lembut.
Edit:
Sukatan untuk 1/2 @ 1kg pulut. Ikut kita nak lemak yang mana.
Tujuan rendam pulut bersama asam keping, untuk kilatkan pulut setelah masak.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...