Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin,Lembut & Sedap. Pasti jadi Jika Ikut Cara Ni!

Share

Hidangan puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Pudingnya yang berlemak, tekstur yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, cukup enak dinikmati lebih-lebih lagi ketika sejuk.

Untuk minum petang hari ini, apa kata ibu-ibu cuba resipi ini untuk sajian bersama keluarga atau teman-teman. Resipi mudah ini dikongsikan oleh puan Marina Ismail

Perasan tak kadang-kadang resepi Puding Karamel ada yang banyak lubang-lubang dalam puding tu. Memang nampak tak berapa menarik rupa kalau ada lubang kan. Apa kata cuba resepi puding karamel ni.
.
Kak M dah banyak cuba macam-macam jenis resepi puding caramel. Tapi resepi yang ini paling cantik tekstur nya dan paling sedap pada tekak kak M.
.
Rasanya yang sangat lembut, licin, dan manis yang sedang-sedang aje, memang perghh… sedap yakmat.
.
Makan sejuk apa tah lagi. Ala-ala macam makan taufufa kat pasar malam tu. Buatnya pun senang sangat.


Kalau ada tetamu datang dan hidang puding ni, biasanya memang dia orang suka. Budak-budak pun suka.
.
Untuk adik-adik yang baru belajar memasak pun sesuai sangat. Jom kak M share resepi Puding Karamel yang sedap dan simple nih.

.
RESEPI PUDING KARAMEL
.
Lapisan Gula Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
.
Puding Telur:
5 biji telur saiz B
1 tin susu cair (400ml)
150ml air
2 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila (kalau tak nak hanyir)
.
Cara-cara:
1. Masukkan gula dalam loyang pembakar. Letak atas api kecil aje atas dapur. Ada orang letak air untuk larutkan dulu gula dan kemudian biarkan sampai ia bertukar warna perang.
.
2. Tetapi ada juga orang tak letak pon air 2 sudu tu. Mana-mana pun boleh. Tapi kene kacau selalu supaya tak hangit. Kita nak warna perang sikit-sikit aje. Kalau pekat sangat atau hangus, nanti pahit jadinya puding ni.
.
3. Bila gula dah cair dan mula bertukar warna perang, gerakkan loyang supaya karamel rata sesetiap sudut loyang.
4. Sejukkan lapisan gula ini. Ia akan bertukar menjadi keras. So biarkan sementara kita sediakan bahan pudingnya.
.
5. Untuk lapisan puding telur, campurkan je semua bahan dan pukul rata. Tak perlu sampai kembang sebab kita tak nak angin dalam adunan tu.
6. Kemudian tapis kan supaya puding yang kita jadi licin.
.
7. Masukkan dalam loyang. Masak guna kaedah bain-marie atau water bath dalam oven (loyang puding, tenggelamkan dalam loyang lebih besar berisi air, bakar 170 C api atas bawah) selama 45 – 50 minit.
.
Nota: Kak M dapati bila kukus kadang-kadang jadi lubang-lubang pudingnya. Mungkin suhu terlalu tinggi jika kukus. Jadi kak M cadangkan untuk bain-marie atau water bath untuk hasil lebih cantik dan licin.


#kakMmasak

 

Top of Form