Sambil tengok tv atau menonton wayang, memang sedap melayan. Tak sedar habis sebekas. Popcorn ni memang sedap. Biasa kalau nak makan beli sahaja Di luar.
Kalau nak jimat, apa kata ibu-ibu buat sendiri, mudah dan sedap.
💕 POPCORN KARAMEL PEKAT HOMEMADE
Bahan-bahan untuk PopCorn :
2 sudu besar margerine
2 genggam jagung kering [bertih jagung]
Cara-cara :
Sediakan kuali/periuk agak besar , cairkan margerine, masukkan jagung kering, gaul sekata. Tutup kuali/periuk dgn penutup yg sesuai, tunggu sebentar.. akan kedengaran pop pop pop berdendang, siap.. ketepikan.
Bahan Karamel :
2 sudu besar margerine
7 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat
Cara-cara :
– Masukkan margerine & gula ke dlm kuali/periuk, sambil kacau2 biarkan mencair, api kecil je hati2 jgn hangus nanti pahit
– Masukkan susu pekat manis, kacau sebati, masukkan pop corn dlm periuk karamel, kacau rata.. tuang popcorn ke dlm bekas lain… biarkan suam.. slps tu cerai2kan/lerai2kan pop corn supaya tk melekat kuat.
SELAMAT MENCUBA!!!
Sumber : Julia ALeen Aireish
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club