Seperti yang kita ketahui daging kambing ini juga antara makanan sunnah yang digalakkan malah ia memiliki banyak khasiat yang tidak terdapat pada daging lembu yang selalu kita makan. Rasanya yang unik dan tersendiri juga membuatkan ia sesuai untuk pelbagai jenis masakan sama ada masakan timur mahupun barat.
Meskipun pelbagai menu boleh dihasilkan dengan daging ini tapi resipi kambing bakar bersama sos lada hitam tetap menjadi pujaan ramai. Bagi yang teringin menikmatinya ini resipinya. Farmiza Masur
berkongsi resipinya menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)Semalam kita dah share resepi mashed potato ngn sos blackpepper yang senang dan sedap..
Hari ini jom kita try buat resepi kambing perap yang senang lagi mudah,jimat dan murah..
-kambing 2 kg
-Sos kimball blackpepper 1 peket
-Bawang putih 1 labu (1/2 dadu, 1/2 blender ngn sos kimball tu)
Basuh kambing..sejat kambing untuk buang air tu.Bawang putih separuh kita dadu dan separuh lagi kita blender dengan sos kimball tu..pas tu kita amik kambing tu celup2 la dalam sos tu..dah siapp..senang kan
### saya selalu perap 2 hari sebelum masak supaya bahan2 tu betul2 masuk dalam kambing tu..baru daging tu akan lembut
bawah ni resepi sos yang saya share semalam..sos ni sedap di makan dengan mashed potato dan kambing perap
Resepi sos blackpepper sedappp
-1 tin sos carbonara berkrim
-kentang rebus 2 biji (hancurkan)
-susu full cream/fresh milk/low fat (sukat bg penuh 1 tin sos carbonara tu)
-3/4 sb blackpepper (blender kering)
-3 biji bawang putih (di dadu)
-2 sb butter
-kicap manis
-garam
Butter dipanaskan hingga cair,masuk bawang putih..dah naik bau masukkan sos carbonara.Masukkan susu dan kentang yang dilenyek tadi..kacau sentiasa sebab takut hangus.Masukkan blackpepper dan kicap agak2 dapat warna yang di kehendaki dan garam secukup rasa.Ok siapppp