Daripada terus memikir hendak dibuat  apa daging yang banyak di dalam peti sejuk, apa kata ambil sebahagiannya untuk dijadikan sebagai daging pekasam.

Jangan ada yang ingat, ikan sahaja yang enak dibuat pekasam. Malah daging juga tidak kurang sedapnya jika dibuat pekasam hingga buat orang makan bertambah jadinya.

 

 

Hakikatnya ada dua versi daging pekasam ini dihasilkan namun, sama ada hanya menggunakan limau dan garam atau ada juga yang menyediakan daging pekasam dengan menggunakan beras yang disangai.

Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Norsharmiza Ashikin yang mendapat perhatian hingga ramai teruja untuk mencuba resipi Daging Pekasam yang dikongsikan olehnya.

Cara Buat Pekasam Daging Homamade, Mudah Buat Dan Kesedapannya Luar Biasa!

Bahan-bahan:
*Daging 800gm hiris nipis (jangan nipis sangat tau agak-agak ye)
*Asam Keping segenggam(basuh dulu)
*Garam 4 sudu makan (saya guna garam bukit tak masin sangat)
*Beras 1 setengah cawan

Ads

Cara Penyediaan:

*Gaulkan garam & asam keping..ketepikan dulu (Garam kena agak-agak, jika setengah kg daging, garam dalam 4 sudu besar

Cara Buat Pekasam Daging Homamade, Mudah Buat Dan Kesedapannya Luar Biasa!

 

*Sangai(goreng) beras sampai warna keperangan

Cara Buat Pekasam Daging Homamade, Mudah Buat Dan Kesedapannya Luar Biasa!

Ads

(saya basuh beras dulu,toskan air pastu terus sangai)

*Blend beras yang sangai tadi..saya blend tak hancur sangat sebab nak rasa tekstur beras rangup gitu bila goreng nanti,tapi ikut pada selera masing-masing nak blend hancur terus pun boleh

Cara Buat Pekasam Daging Homamade, Mudah Buat Dan Kesedapannya Luar Biasa!

*tuang beras blend tadi dan gaulkan rata. Pastukan gaul sampai daging bersalut dengan beras tu ye..dah siap gaul tu masuk dalam berkas berpenutup dan  simpan dalam peti ais (bahagian bawah) 3/4 hari..siappp!

Cara Buat Pekasam Daging Homamade, Mudah Buat Dan Kesedapannya Luar Biasa!

Sumber : Norsharmiza Ashikin via MAHN 

Ads

 

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI