Cara Buat Nasi Minyak Yang Simple, Cepat & Sedap. Hanya Guna Beras Biasa Je. Wanita Ini Kongsikan Resipinya!

Share

Teringin nak makan Nasi Minyak? dipadankan pula dengan Kuah Dalca dan Acar timun. Cukup lengkap sebagai sajian utama. Pasti membuatkan sekeluarga kekenyangan.

Tak perlu bimbang kalau tiada beras basmathi kerana resipi yang disediakan oleh Puan Mizah Ngatiman  ini hanya menggunakan beras biasa.

Lebih mudah lagi, ada step by step. Senang buat anda yang pertama kali nak cuba masak nasi minyak.


RESEPI NASI MINYAK MUDAH DAN CEPAT.

LZ guna bahan bahan yang ada di rumah dan mudah penyediaannya. Step by step LZ letakkan di setiap pic ye. Di izinkan share ?

Cikgu cikgu yang balik sekolah nanti pun boleh cuba resepi ni ?

Selamat mencuba ??‍♂️

#airtanganLZ

Jom kita tengok resepi selengkapnya di bawah ini.

RESEPI NASI MINYAK

Bahan tumis nasi

(beras 6 cawan)
Rempah 3 beradik
Daun pandan – simpul
3sb Marjerin
1 cawan susu cair
1sb sanquick

Cara-cara

1. Panaskan marjerin.

2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.

3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.

3. Masukkan susu cair.

4. Masukkan Sunquick. Gaul rata.

Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!

5. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.

Bila dah masak, inilah hasilnya.

Tada!

RESEPI KUAH DALCA

Bahan-bahan

  • Tulang ayam
  • Santan pekat secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk kari daging – dijadikan pes
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan – dijadikan pes
  • Bawang merah – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • Lada merah besar – dipotong tengah
  • Daun kari
  • 4 sudu besar kacang dhal – direbus empuk terlebih dahulu
  • Sedikit asam keping

Cara-cara

1. Tumis daun kari.

2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

3. Masukkan pes kari (serbuk kari yang dicampur dengan sedikit air) hingga pecah minyak.

4. Masukkan, tulang ayam, lada besar, dan asam keping. Biarkan hingga ayam empuk.

5. Masukkan dhal yang dah empuk.

 

6. Masukkan sayur kacang panjang dan terung. Boleh tambah carrot dan kentang kalau suka.

7. Masukkan santan.

8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sayur empuk.

Siap.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan

  • Separuh ayam – cuci dan tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng lembap / separa masak
  • Lada kering*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serai diketuk
  • Sedikit gula nisan / gula merah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram

*Bahan dikisar

Cara-cara

1. Tumis lada dan serai hingga pecah minyak.

2. Masukkan gula nisan, sos cili dan sos tiram. Bila semua dah sebati, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

3. Gaulkan ayam goreng tadi.

Siap!

ACAR TIMUN NENAS

Bahan-bahan

  • Nenas – dipotong
  • Timun – dipotong
  • Bawang – dimayang
  • Cili merah besar – dimayang
  • 1 sudu besar Sunquick
  • 1 sudu kecil gula pasir

Cara-cara

Campurkan semua bahan dalam sebuah mangkuk.

Gaul rata, siap!

Tip masakan:

Kalau yang suka lebih kuning bolehlah tambahkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning. Tapi baunya memang wangi semerbak dan cukup menyelerakan!

Cukup mudah kan, ibu-ibu yang pertama kali nak cuba pun takde masalah kerana caranya sangat simple tanpa banyak bahan.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Mizah Ngatiman 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club