Lazimnya, sambutan hari raya ke-3, hidangan tetap meriah untuk menjamu selere bersama keluarga.
Namun disebabkan PKP 3.0 ini, hari raya tahun ini buat kali kedua, kita semua meraikan tanpa keluarga. Sudah tentu terkenang lauk pauk juadah hari raya.
Apa kata menu raya ke tiga, buat juadah nasi kerabu yang digemari ramai bukan hanya di Kelantan malahan di seluruh negara.
Sebenarnya nak buat nasi kerabu ni bukan susah mana pun, cuma banyak ‘step’ yang kena buat disebabkan dalam nasi kerabu ni ada pelbagai lauk yang kena ada untuk melengkapkan menu nasi ni.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ini.
Resepi Nasi Kerabu Kelantan.
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai – ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak – agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut – goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang – rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili:
1/2 kg cili – basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis, Timun, Kacang panjang, Bunga kantan. Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi:
5 1/2 pot beras. Air secukupnya. Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru). Serai diketuk. Daun limau purut. Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan-bahan:
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti saya agak-agak je. Tapi mmg guna bahan-bahankat atas je..😊😊
Bahan lain:
Keropok goreng, Telur masin dan Bawang putih jeruk
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Farhanim