Cara Buat Mini Cheese Cake Yang Cukup Simple & Mudah Pula Tu. Bahagian ‘Base’ Guna Biskut Marie Jer

Share

Cheese cake atau kek keju memang sedap rasanya. Bukan tu jer, pelbagai  rasa dibuat asalkan sedap serta mengikut citarasa anda sekeluarga. Bagi anda yang tak mahu membazir kerana kek sebegini agak muak jika terlalu banyak dimakan, apa kata buat mini cheese cake dengan cukup mudah dan simple sahaja bahannya.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Wan Suryana ini.

teringin pulak cheesecake sejuk2. Nak keluar beli kek malas pulak drive, dengan panas giler hari ni, baik ler berkurung je sambil godek2 bahan apa ada kat dapur.
Ni cheesecake versi simple ya. Senang gilers nak buat, even kampung people macam lailers pun boleh buat. Huhuu. Resipi dah disertakan sekali tu. Sila2 💓

 

Mini cheesecake

Bahan ‘base’
3 cup biskut marie – kisar halus
1/2 cup butter – cairkan

Cara membuat:

  1. Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati.
  2. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat.
  3. Simpan dalam peti ais sekejap.

 

Kek keju:
250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum

Cara membuat:

  1. Putar cream cheese + gula.
  2. Masukkan telur, putar.
  3. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati.
  4. Sudukan atas adunan biskut marie tadi.
  5. Bakar 160/16 minit.
  6. Hias dengan topping pilihan