
Cheese cake atau kek keju memang sedap rasanya. Bukan tu jer, pelbagai rasa dibuat asalkan sedap serta mengikut citarasa anda sekeluarga. Bagi anda yang tak mahu membazir kerana kek sebegini agak muak jika terlalu banyak dimakan, apa kata buat mini cheese cake dengan cukup mudah dan simple sahaja bahannya.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Wan Suryana ini.
teringin pulak cheesecake sejuk2. Nak keluar beli kek malas pulak drive, dengan panas giler hari ni, baik ler berkurung je sambil godek2 bahan apa ada kat dapur.
Ni cheesecake versi simple ya. Senang gilers nak buat, even kampung people macam lailers pun boleh buat. Huhuu. Resipi dah disertakan sekali tu. Sila2 💓
Mini cheesecake
Bahan ‘base’
3 cup biskut marie – kisar halus
1/2 cup butter – cairkan
Cara membuat:
- Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati.
- Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat.
- Simpan dalam peti ais sekejap.
Kek keju:
250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum
Cara membuat:
- Putar cream cheese + gula.
- Masukkan telur, putar.
- Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati.
- Sudukan atas adunan biskut marie tadi.
- Bakar 160/16 minit.
- Hias dengan topping pilihan
Anak Ni Semua Benda Nak Tiru, Termasuk Cara Ayah Layan Ibu. Jadi Sila Ambil Berat Hal Ni!

Kita selalu dengar orang kata, anak itu cerminan akhlak bagi kedua orang tuanya. Ini memandangkan anak-anak lebih mudah bertingkah laku sepertimana apa yang dilihat ibu dan ayah mereka lakukan.
Sama halnya bila anak-anak melihat cara bagaimana seorang ayah melayan dan menghargai ibunya. Andai seorang ayah ini jenis orang yang ringan tulang membantu ibu di rumah, maka yakinlah anak itu juga mudah memberi pertolongan kepada ibunya kelak.
Berbanding, andai hari-hari dilihat hanya ibu sahaja perlu buat semua kerja-kerja rumah, maka itulah budaya dan pemahamannya dalam menentukan tanggungjawab isteri kelak bila sudah berumah tangga.
Tentunya, sebagai ibu kita tidak mahu anak-anak lelaki khususnya beranggapan demikian. Sebolehnya biarlah anak lelaki ini memahami dan menghargai wanita yang bergelar ibu dan isteri.
Oleh itu, bagi sesiapa antara kita yang masih ada anak kecil, inilah masa terbaik untuk anda suami isteri sama-sama ‘mengisi’ setiap masa anak dengan menunjukkan tauladan dan tingkahlaku yang terbaik.
Hal ini dikongsikan oleh Mohd Fhais untuk renungan bersama.
Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.
Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.
Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.
Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil. Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!
Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.
sumber: Mohd Fhais
Tak Perlu Panik Satu Keluarga Bila Tercekik Tulang. Segera Telan Nasi Kepal Atau Guna 8 Cara lain!

Walaupun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 8 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.
Pun begitu, jika tidak berhasil, disarankan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi. Selamat mencuba.
1.NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
2. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.
3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
4. ROTI DAN MENTEGA KACANG
Sapu mentega kacang pada roti dan kemudian makan. Sebaiknya biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya barulah ditelan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
6. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.
8. MADU
Ambil madu dan celupkan jari kemudian selawat tiga kali. Kemudian hisap jari tersebut dan buat seperti menelan madu tersebut. Lakukan beberapa kali dan dikatakan cara ini dapat membantu hilangkan rasa tercekik tulang.
9. AIR
Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas.
“Muka Melayu Cakap Pelat, Tak Naklah Begitu.” Noor Nabila & Sharnaaz Sepakat Didik Jebat Ayden Guna Bahasa Melayu!

Sedih melihat situasi kanak-kanak yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia dengan baik, Noor Nabila enggan situasi berkenaan berlaku kepada anaknya Jebat Jayden.
Malah, dia dan ahli keluarga lain juga bertutur dalam Bahasa Malaysia apabila berada Di rumah.
“Kita memang cakap Melayu di rumah, begitu juga dengan adik beradik lain. Saya tidak mahu Jayden menjadi anak yang mahir dalam bahasa Inggeris tapi tidak tahu cakap Melayu. Tak boleh. Kena pandai cakap bahasa Malaysia dulu.
“Itu pandangan saya secara peribadi. Bila saya jumpa ramai anak-anak yang tak boleh bercakap bahasa Malaysia. Saya rasa sedih. Wajahnya Melayu, tapi cakap Melayu pelat. Tak naklah macam tu. Bahasa Malaysia bahasa kita kan.
“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia.Sharnaaz pun pilih cara begini. Apa yang saya lakukan ini adalah untuk memastikan Jayden ‘boleh masuk’ apabila bergaul dengan orang di sekelilingnya.
“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.
“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” kongsi Noor Nabila lagi.
Begitupun, Akui Nabila kepentingan bahasa inggeris tetap diberi perhatian,namun biarlah bahasa itu dipelajari Jayden ketika di sekolah nanti.
“Saya percaya apabila dia masuk sekolah nanti, dia akan mempelajari dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi tak perlu risau mengenai hal itu,” katanya lagi.
Mengulas persoalan mengenai zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran tahun lalu, Kakak kepada Neelofa ini tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk menimang cahaya mata selepas ini.
“Insya-Allah saya memang merancang untuk menambah anak. Kalau ada rezeki memang tidak menolak tapi belum ada rezeki lagi,” katanya.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 47 pada 19 Mac tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!
ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!
BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara