Yuhuuuu…hari minggu datang lagi. Awaak masak apa arini? Mesti masak best-bestkan sebab semua ada kat rumah.
Hari ni kan Kak M nak share resepi Mee Jawa yang kak M rasa kena sangat dengan tekak kak M sekeluarga. Lama sangat dah rasanya tahun 2009 dulu, Kak M dapat resepi ni dari Yahoo Group Restoran Pak Amir. Tak tau la group ni wujud lagi ke tidak. Tapi memang puas hati dan dah banyak kali Kak M masak guna resepi ni.
Meh tengok resepi dia. Simple je sebenarnya. Kalau nak derhaka sesikit takpe, macam nak tambah cucur udang ke kan. Kak M memang tak sempat nak menyucur bagai..hehehe. Tapi yang pasti, kuah tu kan lepas perangat banyak kali lagi umph rasa dia!
#RESEPI_MEE_JAWA
Bahan-Bahan:
1 kilo mee kuning – celur
2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan blend
1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend
5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)
Minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau
Bahan Kisar (A)
Ads
15 tangkai cili kering – blend
5 ulas bawang putih – blend
8 ulas bawang merah kecil – blend
1 inci halia – blend
Sikit belacan – bakar
Bahan hiasan:
Telur rebus – potong separuh
Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik
Cili hijau dan cili merah dihiris
Bawang goreng
Daun saderi dan daun bawang, dihiris
Ads
Taugeh – celur
Limau kasturi – belah
Blend sampai betul-betul halus.
Cara:
Rebus keledek oren sampai empuk. Blend sampai betul-betul halus.
2. 1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend
3. Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia.
4. Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah blend dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau.
Ads
3. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati.
4. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.
5. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.
6. Masukkan gula melaka. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sket. Kita adjust2 je ikut kesukaan kita.
7. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.
Cara nak hidang:
Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.
Curahkan je 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak la telur rebus yang dah potong kat atas. Last sekali tabur daun saderi ngan daun bawang. Ehh lupa plak letak jugak limau kasturi. Dah boleh hidangkan dah yeayyy!
Setelah sekian lama anak menjalani anak-anak menjalani Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), sudah pastinya ibu-ibu akan memastikan keperluan anak disediakan dengan lengkap termasuk gosok baju dan alatan persekolah.
Palingpenting adalah penyusunan buku teks supaya tidak tertinggal. Maklumlah dah lama tak persekolah sekolah secara konsisten. Bagi mengelak kes tertinggal buku teks walaupun hari-hari anda menyusun buku. Mahu kelam kabut juga kan.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian Puan Aliffa Rafini Abdullah, memberikan tip menguruskan penyusunan buku sekolah secara sistematik dengan mudah dengan menggunakan sticker dan fail. Kos yang dikeluarkan pun murah untuk digunakan selama setahun. Confirm tak tertinggal buku!
Cara mudah elak buku tertinggal.
“Mana buku subjek Matematik, Bahasa Malaysia? Buku latihan yang satu lagi tu mana?”
Di sini saya nak berkongsi tips cara pengurusan yang sistematik, baik untuk anak-anak dan baik untuk ibu bapa. Ye la, dapat elak penyakit darah tinggi kan?
Setiap buku matapelajaran akan dimasukkan ke dalam satu fail khas untuk semua subjek.
Ini Caranya:
1.Fail lutsinar berharga RM1.99 (Beli di Supersave). 2. Sticker berharga RM5.00 untuk 60 keping.
2.Lekatkan jadual sticker di buku dan juga di fail. Biar seragam.
3.Buku latihan saya “standby” sahaja dulu di dalam fail subjek masing-masing kerana saya tidak pasti keperluannya. Jika perlu, nanti saya lekatkan sticker di buku latihan pula. Sebab sekolah ada menyediakan buku aktiviti juga untuk murid sekolah. Bila ada fail, semua buku untuk subjek tersebut (contohnya subjek Bahasa Melayu) boleh disimpan di dalam fail. Jadi, tak adalah masalah terlupa bawa buku.
Tujuannya untuk elak kes terlupa buku teks, buku latihan atau nota. Untuk nampak lebih kemas, saya tampalkan “sticker” jadual di bahagian tepi. Biasa la perempuan kan, takkan pandai make-up muka sendiri je nak nampak cantik. Hehe.
Cara ini akan memudahkan anak saya, Armand Hadeef Hafizul Hakim mengemas sendiri buku-buku di sekolah di rak buku selepas di gunakan.
Kalau ada buku tidak ada dalam fail, dia akan cari kerana mungkin ada kawan-kawan terambil buku di kelas. Impaknya, tidak ada masalah kehilangan atau tertinggal buku di sekolah.
Mudah Semak kerja sekolah anak
Setiap kali balik sekolah, saya akan buka fail dan semak ada kerja rumah atau tidak. Ataupun kalau cikgu subjek ada beri notis, mudah untuk saya tahu aktiviti yang dijadualkan.
Selain sistematik, ia juga mengelak buku anak saya daripada basah. Biasalah budak darjah 1. Kadang-kadang air tertumpah di dalam beg atau apabila terkena hujan, buku tidak basah.
Kos bajet Harga fail ni murah je. Saya beli di kedai “SuperSave” dan Mr. DIY. Anak lelaki saya ni awal dah warning, tak nak ada gambar kartun Frozen. Pandai pula ada rasa malu. Hehe.
Kepada ibu bapa, semoga bermanfaat. Beritahu pasangan, mana tahu cara ni dapat bantu kalian kurangkan masalah kena hantar buku ke sekolah sebab terlupa. Tolong share ye, terima kasih!
Penyakit kencing manis adalah merupakan antara penyakit yang sering dihidapi dan penyakit ini jika tidak dirawat boleh membawa maut.
Umumnya tahu, penyakit ini boleh menyerang tidak kira usia.Dan melalui perkongsian Muhammad Hassan mengenai pengalamannya menjaga pesakit kencing manis yang muda ini mungkin boleh dijadikan pengajaran.
Umur 28 tahun Paling muda saya pernah jaga pesakit Kegagalan buah pinggang tahap akhir(End Stage Renal Failure).
Mengidap kencing manis pada usia 17 tahun. Puncanya usia 4 tahun setiap hari makan gula-gula dan air dalam tin.(Sebab keluarga meniaga kedai runcit)
Kedua. Pada usia 17 tahun setiap minggu makan PCM dan ubat tahan sakit(NSAIDs) kerana mengalami sakit kepala disebabkan gula terlalu tinggi dalam darah.
Paling saya terkejut beliau mengaku kerap makan ‘Ubat kuat’ kononnya untuk memberi stamina apabila kahwin nanti.
Bayangkan keadaan hidup beliau diuji rosak ginjal pada usia muda. Terpaksa hadapi masalah anemia,badan lesu dan pucat,kulit kering,tekanan darah tidak stabil,kerap pening dah mual nak muntah. Dan paling sedih terpaksa jalani rawatan hemodialysis seumur hidup.
Tuan puan. Kawallah pemakanan yang lebih sihat,makanan yang baik untuk tuboh badan kita. Jangan berlebihan dalam apa jua hidangan walaupun organik. Elakkan pengambilan supplement tanpa pemantauan terutama untuk kurus dan cantik.
Ramai pesakit begini mahu hidup seperti kita semua. Sebab mereka faham betapa pentingnya menjaga amanah Allah ini.
Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.