Cara Buat Mee Jawa Mudah, Pekat & Menjilat Jari. Wanita Ni ‘Belanja’ Resipi Sejak Tahun 2009 Lagi. Simple Tapi Sedap!

Share

Rasa nak makan Mee Jawa tapi tak pandai nak buat. Meh admin Kongsikan resipi dari puan Marina Ismail. 

Simple je cara membuat, bahan pun tak banyak. Jom cuba untuk hidangan minum petang nanti.

Yuhuuuu…hari minggu datang lagi. Awaak masak apa arini? Mesti masak best-bestkan sebab semua ada kat rumah.

Hari ni kan Kak M nak share resepi Mee Jawa yang kak M rasa kena sangat dengan tekak kak M sekeluarga. Lama sangat dah rasanya tahun 2009 dulu, Kak M dapat resepi ni dari Yahoo Group Restoran Pak Amir. Tak tau la group ni wujud lagi ke tidak. Tapi memang puas hati dan dah banyak kali Kak M masak guna resepi ni. 

Meh tengok resepi dia. Simple je sebenarnya. Kalau nak derhaka sesikit takpe, macam nak tambah cucur udang ke kan. Kak M memang tak sempat nak menyucur bagai..hehehe. Tapi yang pasti, kuah tu kan lepas perangat banyak kali lagi umph rasa dia!

#RESEPI_MEE_JAWA

Bahan-Bahan:

1 kilo mee kuning – celur

2 cawan keledek kuning/oren – rebus dan blend

1 cawan udang kering – goreng dan blend 

1 cawan udang hidup – rebus dan blend

5 cawan air (lebih/kurang ikut nak pekat macam mana)

Minyak untuk tumis

Garam dan gula secukup rasa – guna gula melaka lagi sedap tau 

 

Bahan Kisar (A)

15 tangkai cili kering – blend

5 ulas bawang putih – blend

8 ulas bawang merah kecil – blend

1 inci halia – blend

Sikit belacan – bakar

Bahan hiasan:

Telur rebus – potong separuh

Tauhu 3 keping – goreng dan potong kecik-kecik

Cili hijau dan cili merah dihiris

Bawang goreng

Daun saderi dan daun bawang, dihiris

Taugeh – celur

Limau kasturi – belah

Blend sampai betul-betul halus.

Cara:

  1. Rebus keledek oren sampai empuk. Blend sampai betul-betul halus.

2. 1 cawan udang kering – goreng dan blend
1 cawan udang hidup – rebus dan blend

 

3.  Blend cili kering, belacan, bawang merah, bawang putih, halia. 

4. Panaskan minyak di dalam periuk. Pastu tumiskan bahan yang dah blend dalam Bahan Kisar (A) sampai naik bau. 

 

3. Masukkan udang-udang yang dah kisar halus dan gaul sampai sebati. 

 

4. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend. 

 

 

5. Kacau sampai pekat, kalau terlalu pekat,tu tambahkan je air.

 

6.  Masukkan gula melaka. Last sekali sesuaikan rasa gula dan garamnya Kuah mee jawa ni agak manis sket. Kita adjust2 je ikut kesukaan kita.

7. Masukkan air dan biar mendidih. Dah mendidih tu kan masukkan keledek yang dah di blend.

 

Cara nak hidang: 

Masukkan mee yang dah kita celur tu dalam mangkuk. Letak cili hijau, cili merah, bawang goreng, tauhu goreng dan taugeh di atas mee tu.

Curahkan je 1 atau 2 senduk kuah kat atas mee. Letak la telur rebus yang dah potong kat atas. Last sekali tabur daun saderi ngan daun bawang. Ehh lupa plak letak jugak limau kasturi. Dah boleh hidangkan dah yeayyy!

#kakMmasak