
Kuih tradisional yang diperbuat daripada beras pulut dan di lumuri dengan kelapa parut ini antara yang menjadi kegemaran ramai. Cukup enak dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan.
Kalau ada ibu-ibu yang nak buat sendiri, Jom cuba resipi Kuih Lopes yang dikongsikan oleh puan Hidayah Jamaludin.
Caranya cukup mudah, guna rice cooker je tapi hasilnya tetap awesome dan yang penting sedap.
Banyak barangan menarik di SINI
Kuih lopes .. .
Kuih lopes rice cooker.. Suka x suka x..
Paling mudah & cepat ..
Belian online di SINI
Bahan-bahan
Pulut 4 cawan
Air masak 4 1/2 cawan + daun pandan (blend)
Garam skit
Pewarna hijau
Nyoq putih
Garam
Gula kabung 1 keping
Gula merah 1 1/2 cawan
Gula putih 1/2 cawan
Air sikit ikut kepekatan
Daun pandan
Belian online di SINI
Cara-cara:
Basuh pulut, masuk air daun pandan, masuk pewarna+ garam .. Masak dlm rice cooker mcm biasa..
Dah masak pindah dlm Loyang lapik plastik,tekan padat2 pstu tekap ngn cawan
Nyoq putih kukus sekejap+ Gaul garam skit
Masak gula merah semua atas API smpai pekat..
Cuci mata barangan murah di SINI
Gaul pulut ngn nyoq sira gula merah..
Dh boleh makan..
Selamat mencuba
Belian barangan murah di SINI
Guru Masakan Kongsi Tip Buat Durian Crepe Tidak Pecah Dan Gebu, Ramai Guna Cara Ni Buat Bisnes!

Ketika ini durian dijual dalam harga yang murah. Selain makan begitu saja, apa kata durian dijadikan bahan untuk membuat Durian Crepe.
Biasanya ia dijual dikedai pada yang yang mahal, jadi kali ini apa kata buat sendiri di rumah. Caranya pun tak sukar. Siap boleh dijual untuk menambah pendapatan keluarga.
Jom ikuti resipi ini, yang dikongsi oleh guru masakan menerusi grup masakannya di Azlina Ina Fans hasilnya tidak mudah pecah dan gebu serta sedap!
Durian crepe gebu
Kulit (80-90 ikut ketebalan dan besar kecik korg buat)
kalau nak buat lg banyak ganda kan
kalau nak buat sikit dah buat separuh simpan adunan dalam bekas berttup nnt nak buat lg keluakan hilang kan sejuk boleh guna
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung ubi kayu
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar tepung hong kong( klau xde boleh skip tp biasa kulit mudah koyak dan xlicin)
sedikit garam
2 sudu besar gula icing
3 biji kuning telur
2 biji telur keseluruhan
so semua 5 biji eh
3 cawan 1/2 cawan susu segar
esen vanila sket
beberapa titik pewarna kuning lemon jgn guna kuning telur xlawa
step kulit
1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak terlebih dahulu
2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing,esen dan telur whisk sebati, dan masukkan air / susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis
3. Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana.
Sapu sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh)..dah panas pan tu..angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan
kemudian letak atas dapur 2 hngga 3 mnt.jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya sbb tu mak suka ttup pakai ttup periuk so mudah dan cepat masak
4. Ulangi smpai abis
Cara melipat
pilih bahagian yg kasar di dalam licin dan comel kat luar
letak cream agak2 jgn sampai xboleh lipat dan setompok letak isi durian atau filling durian kemudian lipat ketat2 ketat sket bg nampak gemokk
resepi inti durian
custard durian
1 cawan setengah susu segar
1cawan gula halus
300g isi durian
3sb tepung custard cairkan dalam sedikit air
2sb tepung ubi
masak semua smpai agak pekat
kalau nak buat tuk frozen lebih dr 7 hari lebih tahan lama dan letak chiller pn xbasi
tp kalau nak buat terus jual just isi durian lecek2 kan dan boleh dah gune durian fresh je
fresh cream
3 cawan vivo mix kental
campurkan sket dgn filling custard durian atau durian fresh kacau kan
simpan storage die di tempat beku hokey
kalau korg suke nak buat perise lain pn boleh,oreo ke coklat
selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina Fans
Tidur Selepas Sahur, Padahnya Akan Letih Seharian. Segera Buat 4 Xtvt Ni Untuk Elakkannya!

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA
Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.
Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan masa yg sesuai antara tiga puluh minit sebelum zohor. Ambil masa 10-15 minit saja. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.
sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mengetahui ada kesan tidak baik pada tubuh akibat tidur selepas sahur ada baiknya ibu-ibu praktis 4 tip ini untuk elakkan diri daripada tertidur selepas sahur khususnya pada hujung minggu. Jom semak.
- Mandi awal & terus solat
Walaupun hari cuti, apabila terdengar laungan azan Subuh, sebaiknya ibu terus mandi bersihkan diri dan berwuduk untuk menunaikan solat. Kemudian usai dengan membaca al-quran agar pengisian waktu pagi lebih bermakna.
2. Jauhi dari tempat tidur
Lazimnya bila kita nampak katil, selimut dan bantal di pagi-pagi hari, mesti dengan sendirinya mood mengantuk datang.
3. Bersenam
Walaupun berpuasa, tidak salah kiranya kita melakukan senaman ringkas bagi memastikan tubuh kekal aktif dan sihat sepanjang hari.
4. Lakukan aktiviti kegemaran
Mungkin mengemas rumah adalah menjadi aktiviti kegemaran anda setiap kali hari cuti. Jadi ambil peluang ini untuk lakukan di awal pagi memandangkan masih bertenaga dan segar. Bila rumah kemas di awal pagi, jadi anda ada banyak masa untuk berehat pada waktu siangnya.
Nah, Ni Cara Jimat Buat Pencuci Berus Makeup. Jangan Ingat Tak Perlu Basuh, Padahnya Rosak Muka!

Penting juga untuk kita fahami, tujuan wajah kita dicuci bersih setiap hari untuk memastikan kulit wajah dijaga rapi dan bebas masalah jerawat. Namun sering kali kita terlupa bahawa perkakasan makeup juga harus dibersihkan untuk elakkan berlakunya masalah pada kulit wajah.
Bayangkan jika ada yang tidak tahu atau tidak mengambil berat hal ini, tentu sahaja dari waktu dibeli hingga kini belum pernah dibersihkan apatah lagi dicuci. Jadi, faham-fahamlah bagaimana kotornya alatan solekan yang digunakan sehari-harian.
Jadi, bukan juga suatu yang pelik jika walaupun anda mencuci wajah dengan produk yang berkualiti dan mahal, jerawat masih ada. Sebabnya apa?
Ya, kesan daripada menggunakan berus atau span yang kotor ke wajah.
Untuk itu, jom pelajari cara menyediakan bahan membersihakn berus makeup dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah melalui perkongsian daripada Ferra Ross
PETUA MAGIK DAN MURAH CUCI BERUS MEKAP GUNA BAHAN DAPUR DENGAN RM5 SAHAJA!
Muka asik naik jerawat tapi taktau sebab apa? Adakah sebab brush anda dari start beli sampai sekarang tak pernah basuh?
Sekarang, anda tak perlu lagi membazir beriban-riban untuk beli Brush Cleanser atau pencuci brush mahal dan branded di pasaran.Anda hanya perlu DUA BAHAN DARI DAPUR SAHAJA untuk buat pencuci berus dan beauty blender yang kosnya KURANG dari RM5
Caranya mudah sahaja, sediakan bahan bahan di bawah :
RESEPI IBU CLEANSER FERRAROSSA
Bahan bahan:
1/2 cawan air
1/4 cawan pencuci pinggan
1/4 cawan Olive Oil ( Minyak Zaitun)
Cara-caranya :
- Campur semua bahan di atas untuk membuat ibu brush cleanser tersebut.
- Paling senang selepas mencelup brush anda ke dalam ibu cleanser, gosok gosokkan dalam bentuk bulatan di tapak tangan.
- Kemudian, bilas brush di bawah air mengalir supaya sisa makeup lebih senang dibersihkan dan semua sabun juga hilang.
Ekstra Tip :
Kalau malas cuci beauty blender, boleh rendam semalaman dalam bancuhan ibu cleanser dan bilas pada keesokan harinya.
Jika makeup terkena baju atau tudung, bancuhan Ibu Cleanser ini boleh digunakan juga di tempat kotoran melekat.
Selepas mencuci brush dan beauty blender kembali putih gebus gebas , bolehlah upload gambar supaya kastemer makeup dan kawan kawan boleh impress dengan tahap kebersihan anda.
Perasaan puas hati tidak dapat digambarkan bila semua brush dah bersih gebu tersusun atas vanity atau beg mekap.
Lepas ni tak perlu risau muka asik naik jerawat batu yang berpesta sebab pakai brush kotor yang dari zaman Flintstone tak basuh-basuh!
sumber : Ferra Rossa