Resepi Kuey Teow sup memang ang sangat sedap dan mudah disediakan. Ia adalah kegemaran keluarga. Selalu disediakan untuk hidangan sarapan pagi atau minuman petang. Tapi nak rasa lebih padu biasanya masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai. Kuahnya memang membangkit selera, nak lebih terangkat letak cili padi. Bau aroma akar ketumbar dan minyak bawang putih tu bangkit selera.
Namun sekarang ni, dalam tempoh PKPB tentu agak risau untuk makan di kedai. Malah kita digalakkan berada di rumah. Tapi jika ada mengidam Kuey Teow sup Thailand, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh puan Lynda Nazri sehingga tular lebih 53K share!
Nak tahu cara nak buat, jom ikuti resipi ini.
BAHAN² KUAH
1ekor ayam
Kicap sotong
Kicap cair
Lada hitam(tumbuk)
Lada sulah
Bawang putih(1labu blender)
Akar ketumbar
1ketul Kiub ayam
BAHAN² HIASAN
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(sy ganti sawi)celur
Kacang tumbuk(tp sy xguna)
Lobak masin(celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar(Sy buat sendiri)Nk beli yg thailand pun ada,jgn guna serbuk cili yg jenis babas or sebagai nya,sbb pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar
CARA
Didih kan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yg dh di tumbuk halus td..Sambil2 tunggu didih tumis kan bawang putih yg dh di blend td sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah td(time ni kuah wangi,bau mcm bihun pama) dan perasa kan garam,aji,gula sikit..Bahan2 ni sy agak2 je ye untuk yg byk mana sy msk..
Tunggu ayam lembut sikit keluar kan ayam yg isi utk di racik.. Kemudian boleh la hidang kan bersama BAHAN² HIASAN di
Selamat mencuba resepi yg tak seberapa ni..
Sumber: Lynda Nazri