Penggemar kopi memang tak boleh nak ‘lari’ dari kebiasaan minum minuman ini. lebih-lebih lagi awal pagi kan, aromanya menusuk ke hidung membuatkan hati rasa tak sabar nak menikmatinya.
Bukan sahaja buat kita jadi segar bertenaga awal hari, bahkan mood pun bertambah baik kan.
Jenis kopi latte antara yang digemari ramai. Kalau asyik membeli je tak syok juga kan. Belajar buat sendiri nak tak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Madihah Hamid.
Mengopi jom 🤩🤩Kopi latte ala kampung ketagih.. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya..hihi
Resepi kopi ketagih :
1- Serbuk kopi (apa2 jenama kopi kampung)
2- Susu kotak @ susu segar apa2 jenama
(Pling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)
Ads
3- gula melaka
4- air
Cara – caranya:
Ads
Masakan kopi.Tunggu sehingga berbuih (gelegak).Biarkan dlm seminit ( dlm keadaan gelegak)Tutup api, tuang dlm jug sambil tapis serbuk kopi, masukkan gula.Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk.Saya guna jug ini anggaran 1 literCampurkan air kopi (perlu ditapis serbuk kopi) dan susu..sedia untuk di minum.Tuang kan secawan untuk di minum. Selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Sekarang ramai yang menggunakan pagar design Share Plank ini untuk nampak lebih moden, menarik dan dalam masa yang sama menjadikan ruang kediaman lebih privercy. Pun begitu tidak dinafikan untuk transform paga sedia ada dengan pagar tersebut menelan belanja yang boleh mencecah ribuan ringgit.
Tapi sebenarnya kita masih ada cara untuk berjimat untuk mendapatkan pagar idaman ini, lain tidak bukan kenalah DIY sendiri. Jika buat sendiri bajet tidak sampai pun RM1000 untuk pagar sekeliling rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nazziatul Nahira. Bagi anda yang teruja untuk membuat sendiri sepertinya, bolehlah jadikan panduan perkongsian ini. Selamat mencuba.
Pagar Rumah Nampak Lebih Berseri
Manfaat kan “stay at home” dengan DIY pagar rumah agar nampak lebih berseri.
Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah…macam rumah saya costing nya seperti berikut :
Cement board : RM300 (5 keping besar)
Skru (stain steel) – RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama-lama akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong (5 liter) – RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Saiz cement board : 4ft x 8ft
Saiz potongan cement board : 30inch x 6inch
Saiz skru (self drill) : 1inch
Tools yang digunakan :
Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris..
Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda..
Langkah demi langkah
1. Potong cement board menggunakan grinder (mata potong tile) mengikut ukuran yang diingini.
2. Cat dan biarkan kering.
3. Mulakan pemasangan dengan menggunakan cordless drill. Pilih tapping screw 1ich.
4. Siap
Tips & info : Cement board saya beli di hardware dan sebaiknya sebelum pasang minta izin dengan jiran bagi yang berkongsi pagar pada bahagian tepi.
Kematian itu suatu rahsia Sang Rabb. Sebagai umatNya, kita tidak tahu jauh sekali dapat mengetahui bilakah akan sampai masa kita. Sementelah syarat mati bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, sebaliknya ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.
Maka bersedialah dari awal. Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita kematian yang baik, Husnul Khotimah. Aamiin…
Kisah ini berlaku pada seorang anak muda yang meninggal dunia akibat kemalangan. Anak kedua dari enam beradik ini dilanda musibah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum kemalangan dengan sebuah lori.
“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jenazah remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut akibat kemalangan.
Ayah tenang dan reda
Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ. Namun musibah menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kematian anak lelakinya itu dengan redha.
Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.
Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan bedah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik mayat adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu menggigil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.
Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;
“Syafie, pergilah Nak.. Mak redha.. Mak halalkan setiap titisan susu Mak yang ada dalam badan kamu. Mak ampunkan segala dosa kamu…”
Ibu berat hati
Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sedih ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kematian bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta.
Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arwah anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.
Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jenazah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jenazah seusai solat Isyak dan pengebumiannya.
Air mata si ayah
Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arwah tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan untuk mengebumikannya.
Saat hendak melepaskan keranda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata Si Ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.
Ketentuan takdir
Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang kubur pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.
Seusai mengebumikan jenazah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pusara anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga.
Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lagi berita duka melibatkan kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah treler. Difahamkan seorang ibu yang terkorban dan anaknya pula putus kaki sebelah.
Kejadian itu berlaku selepas sebuah treler yang membawa muatan besi terbalik sebelum menghempap sebuah kereta di simpang empat berhampiran lampu isyarat di Kampung Dalam Kemunting di di Pasir Puteh, Kelantan.
Menurut laporan, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu dipercayai turut mencederakan lebih 10 pengguna jalan raya lain.
Kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk tindakan lanjut.
Tinjauan akhbar Kosmo! di lokasi kejadian mendapati, bilah besi bergelimpangan di atas jalan raya dengan sebahagiannya menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan penunggang motosikal.
Selain itu, nahas tersebut melibatkan enam daripada seramai 23 ahli kelab basikal Ortho Hospital Universiti Malaysia (HUSM) dan Kelab Basikal Continator Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, Terengganu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, laporan lanjut akan dimaklumkan kemudian selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...