Memandangkan raya tahun ini kita tidak dapat beraya di kampung bersama ibu ayah, jadi perlulah kita sendiri sediakan apa sepatutnya untuk meraikan Syawal. Umpamanya jika sebelum-sebelum ini orang tua kita yang sediakan juadah tradisi raya, kali ini nampak gayanya kita sendirilah perlu buat seadanya. Paling tidak bolehlah buat ketupat palas agar mood raya tetap terasa walau meraikannya di bandar bersama keluarga kecil kita.
Jika kita lihat cara membuat ketupat palas yang dikongsikan oleh Puan Rusmani Hamzah, tidaklah rumit sangat dan kita boleh faham sebab siap dengan video tutorial. Jadi bolehlah dicuba!
Ini yang dikongsikan oleh Puan Rusmani Hamzah.
Raya dah nak dekat.. Jom kita pakat buat ketupat palas..
Ketupat lemak
Bahan-bahannya
Daun palas
1 kg beras pulut basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam
400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
(campurkan garam dan gula dalam santan kacau sebati.. Ketepikan
Cara-caranya..
1. Tos kan beras pulut.
2. Sebelum kukus pasti pengukus tu dilapik dengan jaring.. Bila letak beras pulut.. Buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut..
3. Masak air untuk mengukus hingga didih.. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit..
4. Siap kukus tuang dalam besen.. pulut masih panas-panas buboh santan tadi. Gaul hingga sebati.. gaul makan masa lebih kurang 3 minit.. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.
5. Kukus pula kali ke dua selama 20 minit
6. Tuang pulut dalam besen pula.. gaul rata.. Dalam masa 3 minit..
7. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.
8. Lepas siap bungkus boleh difrozenkan ataupon nak kukus terus untuk dimakan .
Ketupat serunding
Bahan-bahannya:
Daun palas
Serunding daging
1 kg beras pulut basuh dn rendam 1½ jam atau 2 jam
400 ml santan pekat
1½ sudu besar garam halus
200 gram gula
(campurkan garam dgn santan kacau sebati.. Ketepikan
Cara caranya..
1. Tos kan beras pulut.
2. Sebelum kukus pasti pengukus tu dilapik dengan jaring.. Bila letak beras pulut.. Buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut..
3.Masak air untuk mengukus hingga didih.. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit..
4. Siap kukus tuang dalam besen.. pulut masih panas-panas masukkan santan tadi.. gaul hingga sebati.. gaul tu makan masa lebih kurang 3 minit.. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut..
5. Kukus pula kali kedua selama 20 minit
6. Tuang pulut dalam besen pula.. Pulut masih panas-panas masukkan gula.. gaul rata.. Dalam masa 3 minit..
7. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus bersama serunding..
8. Lepas siap bungkus boleh difrozen.. Simpan dalam peti beku ataupun nak kukus terus untuk makan.
9. Lepas bungkus.. Jika nak makan terus.. mesti kukus 20 minit..
Cara Bungkus & Ikat Ketupat. Ni Langkahnya :
2. Bungkus ketupat palas cara orang Utara
Sumber : Rusmani Hamzah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club