Cara Buat Kek Legend Ni Mudah Sangat, Guna Cawan Aje. Patutlah Dah Viral!

Share

Tentu antara kita ada kenangan semasa kecil terutama momen ibu memasak kek di dapur. Aroma kek yang semerbak membangkit selera. Makan panas-panas memang sedap. Pastinya kenangan momen melihat ibu membuat kek dalam kenangan manis anda. Lebih-lebih lagi, kedai yang menjual kek tidak banyak beroperasi ketika itu.

Namun, kini walaupun kedai kek banyak di pasaran termasuk kek dijual di media sosial, ramai juga memilih untuk membuat sendiri. Cara homemade ini lebih fresh dan enak dimakan ketika masih panas-panas. Malah momen membuat kek bersama anak-anak ini menjadi kenangan manis bagi anak-anak apabila mereka dewasa nanti.

Jika ingin mencuba resepi kek legend yang viral ini bersama anak-anak amat berbaloi. Sudahlah rasa sedap, nak buat pun mudah.

Resepi kek kampung ini walaupun biasa-biasa aje, tetapi hasilnya pasti membuat anda puas hati. Gebu dan sedap!

 

Enak di makan panas

Kek kampung 

1 cawan majerin
1 cawan gula
Telur ikut sukatan 1 cawan
1 cawan tepung kek
1 cawan tepung gandum
1 sudu vanilla
Pewarna ikut suka

Cara buat.

•Pukul majerin + telur + gula + vanila
•Masukan tepung gandum dan tepong kek pukul lagi hingga sebati
•Letak pewarna 
•Bakar hingga masak. 45 minit

Bahagian dalam yang gebu.

Selamat mencuba!

Sumber: Resepi Mudah