Tentu antara kita ada kenangan semasa kecil terutama momen ibu memasak kek di dapur. Aroma kek yang semerbak membangkit selera. Makan panas-panas memang sedap. Pastinya kenangan momen melihat ibu membuat kek dalam kenangan manis anda. Lebih-lebih lagi, kedai yang menjual kek tidak banyak beroperasi ketika itu.
Namun, kini walaupun kedai kek banyak di pasaran termasuk kek dijual di media sosial, ramai juga memilih untuk membuat sendiri. Cara homemade ini lebih fresh dan enak dimakan ketika masih panas-panas. Malah momen membuat kek bersama anak-anak ini menjadi kenangan manis bagi anak-anak apabila mereka dewasa nanti.
Jika ingin mencuba resepi kek legend yang viral ini bersama anak-anak amat berbaloi. Sudahlah rasa sedap, nak buat pun mudah.
Resepi kek kampung ini walaupun biasa-biasa aje, tetapi hasilnya pasti membuat anda puas hati. Gebu dan sedap!
Memasak nasi nampak mudah, tetapi jika salah masak nasi boleh jadi lembik ataupun mentah. Untuk mendapatkan nasi yang leboj peroi dan ‘cantik’, ada caranya.
Selain jenis beras yang digunakan, cara untuk menyukat air ketika memasak kena betul. Ibu-ibu cuba teknik ringkas ini bagi memastikan nasi yang dimasak ‘menjadi’.
SUKAT GUNA CAWAN
Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan anda menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.
MASAK BERAS BASMATHI
Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Katakan anda guna 3 cawan beras, maka airnya juga haruslah 3 cawan air.
MASAK BERAS PERANG
Jika anda mahu memasak beras perang, caranya lain sedikit. Sebaiknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.
3 KALI BASUH
Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.
GUNA JARI HANTU
Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.
MASAK ATAS DAPUR
Jika anda memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur memerlukan anda untuk menjadi lebih peka supaya nasi tidak hangit. Ketika air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.
GEMBUR NASI
Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, anda digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.
LEBIHAN NASI
Untuk membuat nasi goreng, anda harus menggunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Jika ada lebihan nasi dan anda merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lihat gambar pun sudah terliur, apatah lagi jika dapat menikmati Puding Buah Peach bersama keluarga pasti membuatkan anda tambah berselera.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Puding buah peach..
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
buah ceri utk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Sejak PKPB ni, ramai dah mula mengeluh tidak tahu nak masak apa untuk hidangan keluarga. Maklumlah hari-hari masak, mood memasak kadang kala ke laut. Tetapi pastinya nak masak, kita memilih hidangan yang simple tapi sedap.
Salah satu hidangan yang enak adalah lauk paprik. Menerusi perkongsian resipi oleh Khas Fena telah tular sejak semalam sehingga lebih 4K share dalam tempoh 24 jam. Beliau berkongsi cara rahsia menjadikan paprik ayam menjadi lebih sedap. Jom ikuti perkongsian ni.
Siapa suka horder lauk paprik kalau makan kat kedai. Lepas try resepi ni you will say no more to kedai punya paprik. Ahakks. So konpiden kan.Tak caya nanti try buat ikut sebijik macam ni, di jamin laki hampa makan nasik bertambah. Ke laki ku sorang ja makan bertambah.
Bahan-bahan
Ni je bahan bahannya, simpe je kan. Tapi rasa lagi sedap 44x dari kedai meriah. Kedai meriah tu tempat kami selalu makan malam-malam.
**Sukatan bahan-bahan ini rujuk kepada cara penyediaan di bawah.
CARA PENYEDIAAN
First panaskan minyak banyak sikit. Sebab apa kena banyak? Kita nak tumis cabai kering blend lepasni.
Bahan tumis: 1 labu bawang besar 4 ulas bawang putih 1 inci halia Serai sebatang diketuk
Bila bahan tadi garing boleh masuk 3sdm cili blend okeh
Masak sampai garing camni sampai pecah minyak.
Lepastu masuk ayam. Boleh pakai dada ayam atau bahagian lain jugak tapi make sure potong kecik kecik
Masak sampai ayam kecut, atau sampai nampak masak lah
SOS PENYEDAP RASA, INILAH RAHSIANYA!
Masuk pulak sos
Bahan sos:
2 sdm sos cili
2 sdm sos cili thai
1 sdm sos tiram
1 sdm sos ikan
1/2 sdm kicap manis
Ni yang saya pakai..kalau kedai2 siam pun dorang pakai brand ni..tapi kalau nak Malaysia punya brand, cari knife, brand minyak masak tu, brand yang sama ada sos ikan.
Masuk air panas setengah mangkuk. Alaa tu kan pakai mangkuk sos tadi sebab tu lah air kaler tu
Biarkan mendidih kejap.
Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk, masukkan sekali.
Last jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun tu yaa.
Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.
Memang power resipi ni macam di kedai siam! Mesti cuba masak!