Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Ads
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Ads
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
Ads
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut
Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.
Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.
Gedung membeli-belah terkemuka negara, Parkson baru-baru ini merasmikan cawangan terbaru di Pavilion Bukit Jalil. Ini merupakan cawangan kedua terbesar di Malaysia selepas Parkson Elite di Pavilion Kuala Lumpur.
Dalam majlis pelancaran tersebut, Parkson Pavilion Bukit Jalil turut menerima anugerah Highest Skylight Roof in a Department Store, pusat membeli-belah yang mempunyai bumbung tertinggi bagi memberikan pengunjung pengalaman baru menyaksikan keindahan langit dari dalam bangunan.
“Parkson ialah satu-satunya gedung serbaneka di Malaysia yang menawarkan kepada pelanggan 2 kad kesetiaan serentak, yang bermanfaat untuk semua perbelanjaan anda”
“Mana-mana pembeli dengan alamat Malaysia boleh mendaftar untuk Kad Parkson dan Kad BonusLink secara percuma di sini dan mula mengumpul mata ganjaran dan menebus hadiah menarik”, ujar Ketua Pegawai Operasi Parkson Malaysia, BE Law.
Memiliki keluasan 233,000 kaki persegi merangkumi aras 2,3 dan 4, pusat membeli-belah ini juga memiliki ruang Skylight Atrium yang berkeluasan 3,000 kaki persegi. Selain berfungsi sebagai ruangan pameran, promosi dan aktivti lain, ia dibina bagi menarik perhatian pengunjung dengan keindahan struktur Skylight Roof yang mempunyai ketinggian 93.4 kaki atau 28.4 meter.
Bercirikan rekaan seakan-akan bentuk berlian di aras atas bukan saja untuk tujuan estetik tetapi juga sebagai ciri keselamatan yang membolehkan pengaliran asap efisien jika terjadi perkara tidak diingini.
Bukan itu sahaja, Gedung ini juga menyediakan perkhidmatan pick up and drop off point sendiri serta lif khusus untuk akses terus ke Parkson. Bagi pengunjung yang datang menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti Grab atau Air Asia Ride, anda hanya perlu taip “Parkson Pavilion Bukit Jalil”.
Lebih menarik lagi, Parkson turut menyediakan 400 jenama antarabangsa dan tempatan yang sesuai sebagai lokasi membeli-belah seisi keluarga. Istimewanya, sempena pembukaan rasmi ni juga, pengunjung boleh menebus pelbagai hadiah eksklusif serta menikmati promosi sempena jualan Tahun Baru Cina yang berlangsung sehingga 15 Februari ini.
Cara yang dikongsikan ini nyata begitu mudah untuk dibuat bagi memastikan pokok yang ditanam banyak bercabang dan merimbun. Jadi tidaklah nampak melidi dan meninggi pokok tanaman kita.
Nak tahu caranya, jom baca perkongsian ini dan semoga bermanfaat.
Nak kongsi cara saya galakkan pokok cili banyak cabang dan merimbun.
Selalunya saya akan cubit pucuknya bila dah 6-8 daun, tapi kali ni terlupa pulak sampai pokoknya dah agak besar. Tapi masih boleh dipangkas.
Keadaan pokok sebelum dicubit. Menakala gambar di bawah adalah keadaan pokok seleps seminggu dipangkas pucuknya.
Terlihat pucuk-pucuk baru tumbuh banyaknya.
CARANYA
Caranya buang saja pucuk paling atas tu. Saya tak pakai peralatan professional, tolong abaikan jika tidak bersesuaian dengan kaedah tuan/puan.
Hasilnya selepas seminggu, anak² tunas baru muncul dengan banyak.
Puan Rosnah Ros juga mengiyakan cara yang dikongsikan oleh Nazura Jalil ini.
Katanya, “Betul. Saya pun buat buang pucuk atas sekali. Bukan pokok cabai saja. Pokok bunga Ati-ati. Pokok limau. Asalkan pokok yang kita rasa boleh dengan cara mcm ni. Saya buang ja pucuk.”
Begitu juga komen Al Az, “Sama saya pun buat macam ni da besar sikit buang daun yang besar bagi ruang pada pucuk baru”
Komen Lufieyunie Nawee, “Betoi..nanti jadi rimbun cantik”
Nyata ramai telah praktikkan cara pangkas pucuk tanaman untuk jadikan pokok lebih merimbun. Untuk itu boleh anda cuba pada tanaman anda pula.
Sumber : Nazura Jalil
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.