Cara Buat Ikan Masin Super Sedap, Masak Pun Lebih Sempurna Dan Tak Hancur, Ini Tipnya!

Share

Ikan masin sememangnya menu penyedap ketika makan. Apa lagi kalau digandingkan bersama kari ikan dan dilengkapkan lagi dengan ulam dan sambal belacan. Memang bertambah makan dibuatnya. Sedap lagi terangkat!

Jika membeli ikan masin di kedai, adakalanya kita terasa was-was, bimbang cara penyediaannya tidak bersih dan terlalu masin. Jika itu yang menjadi kebimbangan kita ada baiknya kita buat sendiri ikan masin di rumah. Tak susah pun. Ini tiga perkara yang perlu kita tahu.

1. Buat Ikan Masin Tahan Lama & Sedap

Bahan:
Ikan masin
Garam
Cuka

Caranya:
1. Selepas ikan masin dibasuh bersih, toskan seketika supaya tahan lebih lama.

2. Susun ikan di dalam bekas dan taburkan garam.

3. Renjiskan sedikit cuka makan di atasnya.

4. Kemudian masukkan ikan ke dalam peti sejuk dan perap selama 5 hingga 6 jam.

5. Selepas itu keluarkan dan anda bolehlah jemurkan ikan masin tersebut.

Cara ini juga buat ikan masin tidak dihinggapi lalat ketika menjemurnya.

2. Cara Goreng Ikan Masin
Bagi memastikan ikan masin dimasak sempurna tanpa tertanggal kepala atau ekornya, cuba lakukan petua mudah ini.

Bahan:
Ikan masin
Tepung gandum

Caranya:
1. Basuh ikan masin dengan bersih.

2. Kemudian salutkan ikan dengan tepung gandum.

3. Lebihkan salutan pada bahagian ekornya.

4. Kemudian barulah digoreng seperti biasa.

3. Cara Hilangkan Masin
Ikan masin kalau terlalu masin boleh ikut cara ini. Mudah sahaja.

Caranya:
1. Rendam ikan masin dengan sabut kelapa selama 2 jam.

2. Kemudian, basuh dan jemurkan di tengah panas.

3. Ketika hendak menggoreng, rendam ikan masin di dalam bekas berisi air garam.

4. Garam yang direndam dalam air tersebut akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut.

Selamat mencuba tips ni !

Sumber: rujautih.com