Cara Buat Dumpling Inti Ayam Dan Sos Di Rumah. Satu Famili Boleh Makan. Garenti Licin!

Share

Tentu ramai gemar masakan cina. Salah satunya adalah dumpling yang merupakan antara makanan tradisi masyarkat Cina yang sangat popular. Biasanya ingin menjamu selera kita akan ke kedai. Menariknya pada hidangan ini, terletak pada inti dan sosnya.
Kepada yang gemar menu ini apa kata buat aje di rumah. Lebih lagi sekarang ni, nak makan satu keluarga kena ada SOP pulak.

Jika teringin apa kata buat aje. Bahan-bahan nak buat pun mudah. Macam mana nak buat? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Nazeerath Nsr melalui group ‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKUTI PERKONGSIAN INI.

Menu tengahari ni. Siapa yang suka dumpling ayam? .Ni saya buat pkai idea sendiri dengan bermotivasikan cerita masak dalam tv.

Saya bagi resepi siapa yang buat. Rujuk resepi di setiap gambar. Resepi mudah 123.

Ini cara penyediaanya.

1) Untuk Doh (sukatan saya main agak je)

Tepung pulut dan tepung gandum( Kuantiti saya lebihkan tepung pulut dari tepung gandum, dalam nisbah 2:1), dan sedikit garam kemudian diadun bersama air panas sedikit demi sedikit, diuli smpai sebati dan kental sehingga mnjadi doh, rehatkan doh dlm 10 minit atau sehingga doh sejuk untuk dibentuk.

Untuk jadikan bentuk bulat macam gambar diatas, saya pakai tudung botol shj, cari la size tu agk2

2) Untuk Inti

Isi ayam, bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, cili merah, carrot, daun selasih (option), kuib pati ayam, garam dan gula secukup rasa.
Semua Bahan diatas dikisar sehingga hancur.

Masukkan hirisan daun Kucai (option), boleh ganti dgn daun sup pun no hal lah… n gaul sebati.

* Yang (option) tu sbb ade tanam depan rumah petik jooo

3) Sos kicap

Cili kering, bawang merah, bawang putih, cili api, smua bahan digoreng kasar sehingga layu terkulai, kemudian kisar, dan ditumis dengan minyak dan tambah sedikit air, kmudian perasakan dengan kicap, gula, dan garam ikut citarasa tekak masing2.

4. Rebus

Yang ni nampak macam goreng, tapi saya rebus dengan air, kira lebih kurang macam rebus la . Cara masak terpulang samaade nak rebus,kukus,goreng. (sekejap shaja tempoh masak dalam 2 ke 3 minit.)

Kalau kukus kne sapu myk sedikit di pengukus utk elak die melekat.

Goreng pun lau nk goreng boleh kukus atau rebus telebih dahulu, spya dumpling x melekat semasa digoreng.

Ni hias dengan daun pudina hok petik depe rumoh jugok.

Yang ni nampk macam goreng, tapi saya rebus dengan air, kira lebih kurang macam rebus la. Cara masak terpulang samaade nak rebus,kukus,goreng. (sekejap shaja tempoh masak dalam 2 ke 3 minit.)

Kalau kukus kena sapu minyak sedikit di pengukus untuk elak melekat.

Goreng pun lau nk goreng boleh kukus atau rebus telebih dahulu, supaya dumpling tak melekat semasa digoreng.

Ni hias dgn daun pudina hok petik depe rumoh jugok.

Siap.

Memang sedap. Mudah aje buat di rumah. Tak perlu beli dah. Rasa pun sedap.

Sumber: Nazeerath Nsr