
Menikmati minuman manis memang menjadi kegemaran ramai, terutama anak-anak. Apatah lagi jika dicampur dengan pelbagai bahan lain.
Asyik beli sahaja, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Sekarang ni, klik sahaja di hujung jari segala resipi yang anda inginkan pasti ada.
Nak cuba minuman Yang cukup enak ini,.jom lihat resipi dari Pn Bella Farhana ini. Simple tapi rasa nya cukup padu!
The Cincau Creme Bruleee 😆😆
Kot ad org xtahu air femese The alley bubble milk creme brulee, sy ad attach skali gambar last..
Bak kata adik sy , cincau pon sedap , inikan pula kalau ada bobba 🤣🤣 .. #bodekkitelatuu 💁🏽♀️
Bahan :
✅ Gula perang
✅ cincau
✅ susu segar
✅ ais
Creme brulee
✅ 50 gram cream cheese
✅ 1 sudu gula ising
✅ 1/4 whipping cream
Cara membuat:
▶️ kacau gula perang dgn air atas dapur, sampai helok.. likat2 sikit pon boleh tp nanti keras bila kene ais
▶️ cream cheese , gula ising , gaul helok.. pastu masukkn whipping cream .. putar la pakai apa pon sampai gebu cantik
Dua2 dah siap , ikut video d bawah ikut aturan isi dalam gelas .. ok sebijik the alley bubble milk creme brulee ..
Selamat mencuba ok ..
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Khidmat Jaga Ibu Sakit Bukan Beban, Malah Anak Muda Ni Dapat Rasa Hidup Lebih Tenang!

Azrul Nizam Azali, 27, dari Kampung Tengah Kuala Sungai, sebelum ini bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu sanggup melepaskan jawatan demi menjaga ibu yang sakit di kampung.
Melihat pengorbanan seorang anak muda ini sememangnya wajar dipuji dan dijadikan inspirasi dalam mendidik diri melunaskan tanggungjawab kepada orang tua.
Mendekati anak muda ini, kami kongsikan temubual yang dilakukan. Jom ikuti kisahnya.
Pada mulanya saya ambil cuti selama 2 bulan. Lepas pada tu.. Saya terus ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab keadaan mak saya masa tu agak kritikal. Pada hujung tahun 2016.
Sejak itu saya belajar cara membuat kek dan biskut melalui Internet selain mengikuti kelas masakan bagi menjana pendapatan.
Apabila mahir, saya mempromosikan perniagaan kek secara dalam talian walaupun pada mulanya malu kerana bimbang tiada pelanggan.
Berniaga kek ni anggaran pendapatan tak tetap. Bergantung kepada tempahan kek. Selalunya dalam RM1000 macam tu.Tapi bila musim cuti, hasil jualan meningkat sikit.
Bergilir Adik Beradik
Semasa di hospital saya yang menjaga mak di wad sebab adik beradik lain dah berkahwin …tetapi kadang-kadang adik beradik lain pun gilir-gilir jaga mak jika saya ada tempahan kek.
Lakukan dialysis 4 kali sehari
Untuk rutin, mak saya yang bernama Fatimah Ariffin, 64 tahun mengalami penyakit buah pinggang dan menggunakan rawatan dialysis CAPD.
Rawatan ini hanya dilakukan di rumah dan perlu dialysis 4 kali sehari ( pagi, tengah hari, petang, malam) dan makan masa 30-40 minit setiap sesi. Selalunya saya akan hantar kek lepas selesai dialysis pagi dan lepas dialysis tengah hari saya akan mula membakar kek.
Sesi malam pula adalah waktu saya mendeco kek sehinggalah siap. Selalunya saya akan mula dari jam 4 petang sehingga lewat malam dalam lingkungan 2-3 pagi. Kalau oder banyk kadang-kadang sampai ke jam 6 pagi.
Kena Sabar & Kuat
Untuk hadapi dugaan ibu yang sakit dan dalam masa yang sama berkerja bukanlah mudah, jujur saya katakan kita perlu banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Sebab saya nak bagi mak saya semangat untuk kembali sihat.
Selain itu banyak berdoa kepada Tuhan semoga permudahkan segala urusan kita.
Manakala andai ditanya apa perasan saya diberi peluang menjaga ibu, allhamdulillah! Saya sangat puas hati apabila diberi peluang untuk saya jaga mak saya sepenuhnya. Perasaan hati dan jiwa sangat tenang bila ibu ada di sisi saya.
Tanam Ros Jepun Nak Bagi Cepat Membesar, Merimbun & Sarat Berbunga. Penjual Bunga Ni Tunjuk Cara & Tipsnya!

Bila kita lihat bunga Ros Jepun memang cantik, ada pelbagai warna dan bentuknya. Boleh ditanam di dalam pasu mahu pun terus di atas tanah. Pun begitu, bila sendiri yang tanam ada sahaja yang tak puas hati. Pokok hidup tidak subur lah, berbunga sedikit, pokok tak merimbun, dan macam-macam masalah lainnya. Kadang-kadang geram juga kalau lihat laman rumah orang cantik berseri dengan pokok ros jepun ini, tapi laman sendiri ‘sendu’.
Jadi untuk mengetahui tip dan cara tanaman pokok Ros Jepun ini, jom kita ambil ilmu daripada seorang penjual bunga Ros Jepun yang ditanammnya sendiri. Ini perkongsiannya.
Assalamualaikum. Kepada peminat ros jepun yang masih baru dalam dunia ros jepun. Harap tips ini bermanfaat untuk anda. Anda selalu beli ros jepun. Tapi rasa tidak puas hati. Ros jepun membesar lambat. Kat bawah saya tunjuk kan cara nya.
Kerat keratan rose jepun pendek pendek.
1. Kenapa perlu kerat ?
Keratan pendek diperlukan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunas nya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok anda menutupi pasu. Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.
2. Apa jadi kalau saya tak kerat pendek. Cucuk je ke tanah.
Tak salah. Pokok tumbuh macam biasa. Tapi tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek-pendek. Pokok juga lambat besar kerana. Akar yang tumbuh terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yang masih ada pada keratan yang di tanam. Kalau anda kerat. Nutrisi itu di gunakan untuk mengbesar kan tunas/pucuk baru di sisi keratan pokok. Saya buang semua bunga pada keratan.
3. Kenapa perlu tanam jarak-jarak dalam pasu ?
Supaya pokok tidak bersaing ( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sehat.
4 . Rumah saya tak kena panas pagi dan terlindung.
Lupa kan niat anda untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasil kan pokok berbunga banyak. Pasti kan tempat anda tanam ros jepun kena panas. Jangan tanam bawah pokok. Tepi rumah yang redup. Matahari dan ros jepun berpisah tiada. Nak tanam boleh. Tak ada masalah. Tapi tak ada lah secantik kena panas pagi.
5. Lepas tanam apa saya perlu buat ?
Siram letak tempat redup. Letak tempat panas selepas 4 hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Lepas tanam nak letak tengah panas terus pun boleh.
*Siram tiap-tiap pagi kecuali hujan
*Baja 1kali setiap seminggu. Paling lewat 1 kali setiap 2 minggu.
Sumber : Mohd Shaifful
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rayu Mak Tinggal Serumah, Pelbagai Syarat Harus Ditunaikan. Pun Begitu, Tidak Patahkan Semangat Anak Ini!

Jika ingin diukur pengorbanan seorang ayah atau ibu, jujur kita katakan mana mungkin seorang anak dapat membalasnya. Telah terlalu banyak bakti dan budi yang dilakukan, semua itu kerana sayang dan tanggungjawab mereka demi membahagiakan kita sebagai anaknya. Apa yang pasti, sedikit pun tidak pernah luak kasih sayang yang diberikan. Begitu tulus dan ikhlas.
Puan Juriah Jalalus Shuti berkongsi pengalamannya dalam memenangi hati ibunya yang telah berusia 75 tahun untuk tinggal bersama-samanya. Matlamatnya satu, bila sebumbung dengan ibunya yang juga merupakan seorang ibu tunggal akan memudahkannya untuk memberi khidmat terbaik untuk ibu tercinta.
“Emak saya memang telah berusia, namun dia tidak sedikit pun menunjukkan keadaannya yang lemah atau sakit. Tambahan pula emak berkali-kali mengatakan bahawa dia boleh buat semua kerja dan dia mampu uruskan dirinya sendiri. Tidak mahu menyusahkan anak-anak katanya.
“Sebagai anak, saya tidak betah membiarkan ibu sendirian. Jadi boleh dikatakan setiap hari usai waktu bekerja saya akan singgah ke rumah mak untuk menjenguknya. Jujur saya katakan, saya lihat mak sihat-sihat sahaja. Jadi setiap kali menjengah ke rumahnya.
Pun begitu saya bercadang untuk jaga mak dan minta agar mak berpindah ke rumah saya. Namun mak berkeras dan tetap bertegas mengatakan boleh jaga diri sendiri dan tidak mahu kehadirannya mengganggu kehidupan anak-anak bila duduk sebumbung.
“Jadi demi keselesaan mak dan saya akur dengan keputusan yang diambil, lalu saya ambil pembantu rumah untuk cuci rumah mak setiap pagi. Manakala bila balik kerja menjadi rutin harian saya pula untuk singgah melawat mak di samping lakukan kerja mop lantai dan tukarkan kainnya. Hari-hari berulang alik memang penat. Jadi saya terus merayu pada mak untuk berpindah ke rumah saya. Bukan sekali saya usahakan malah hingga setahun lamanya memujuknya,” ujar Ju panjang lebar yang tidak pernah mengenal erti lelah memberikan keprihatinan kepada orang tuanya.
Tunaikan segala syarat
Proses memujuk bukan sekadar dengan mulut. Malah turut ditunaikan semua syarat dan keinginan ibunya bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dijadikan alasan kukuh untuk tidak berpindah.
“Katanya kalau pindah rumah saya, nanti dia tak boleh mengajar mengaji sebab katanya taman perumahan saya tiada orang. Sunyi semua keluar bekerja. Lalu saya carikan beberapa orang jiran untuk menjadi anak murid mak walau pun masa itu mak belum lagi duduk dengan saya. Kiranya saya dapatkan murid mengaji terlebih dahulu untuk mak.
“Begitu juga katanya, dia tak selesa di rumah saya sebab dapur dekat dengan bilik dan dia tak mahu orang tengok dia selalu keluar masuk bilik air. Jadi saya buat mejor ubah suai rumah mengikut apa yang membuatkan mak saya rasa selesa.
“Saya tambah satu bilik lagi untuk dijadikan ruang mengaji untuk mak mengajar dan saya juga sediakan satu bilik baru untuk mak yang mana dekat dengan tandas dan tidak terlihat daripada dapur.
“Alhamdulillah, setelah semua ini saya lakukan mak akhirnya mahu duduk sekali dengan saya. Bila saya berjaya pujuk itu bermakna semua masalah-masalah sebelum ini yang terjadi di rumah mak kini dibawa ke rumah saya pula. Namun tidak sedikit pun membebankan saya, apa yang saya lebih utamakan adalah kebahagiaan mak. Biarlah mak dengan saya kerana saya mahu lakukan yang terbaik untuk mak.