Cili boh antara bahan wajib yang selalu ada dalam di dapur. Pes merah pekat ini sering disimpan dalam balang atau bekas aiskrim sebelum dimasukkan ke peti sejuk anda.
Untuk membuat sendiri cili boh, bahan utama yang digunakan adalah cili kering. Sesetengah orang menambah bawang putih, bawang kecil atau halia untuk memberikan perisa tambahan, khususnya apabila mereka bercadang untuk menggunakan pes cili ini untuk resipi tertentu. Ini bergantung kepada resipi seseorang.
Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri cili boh homemade, jom ikut kaedah yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat.
Teknik Cepat Buat Cili Boh Sendiri.
Tanpa perlu gunting cili kering terlebih dahulu.
Paling remeh dan leceh sekali bila nak buat stok cili boh ialah nak gunting cili kering satu-satu.
Berpeluh ketiak nak habiskan gunting sepaket cili kering. Gigih oi gigih. Tangan pun pijar lepas tu.
Ni Tim kongsikan cara CEPAT dan RINGKAS nak buat stok cili boh. 20 minit pun siap semua sekali.
1. Basuh bersih cili kering. Tidak perlu gunting dulu okeh.
2. Masuk dalam Periuk Noxxa. set HP 4. Kalau tiada Noxxa its okay. Mohon jangan nangis tepi tong gas. Guna saja periuk dan rebus cili kering atas api sampai lembut.
3. Akak ipar ajar taknak pedas letak sekeping asam keping masa rebus tu.
4. Dah siap rebus, guna gunting untuk potong cili kering. Masa ini cili kering dah lembut yakmat. Jadi senang sangat nak gunting.
5. Basuh cili kering guna tapis dan besen. Rendam tapis dalam besen supaya biji biji lada tu keluar dengan cepat. Goyangkan dengan cepat dan pusing pusingkan tapis sambil buka air paip. Confirm semua biji keluar.
6. Blender macam biasa. Letak bawang putih dan guna minyak supaya cili boh tahan lama dan tidak mudah berkulat.
7. Simpan dalam bekas dan masuk dalam peti ais. Kalau simpan dalam 3/4 bekas, boleh simpan dalam freezer separuh.
Memang mudah sangat buat cara ni. Tidaklah sengsara jiwa dan hempedu nak gunting cili kering berjam-jam.