Biasanya ibu-ibu akan membeli stok makanan jenis jejari atau bebola untuk disediakan buat anak-anak di rumah. Sebenarnya tak susah pun buat sendiri dan tak makan banyak modal pun.
Malah, lebih jimat dan terjamin tahap kebersihannya dan lebih sihat kalau buat sendiri. Ringkas dan mudah tapi hasilnya sedap dan rangup. Malah, empunya resipi ini turut berkongsi tip bagaimana nak elak dari ia serap minyak.
Resipi mudah dan sedap ini disediakan oleh puan Khairuzetti Zaini Collections. Ibu-ibu yang tengah fikir kudapan apa untuk anak-anak, mungkin boleh cuba resipi yang simple ini. Pasti anak-anak sukakannya.
Resepi :
1kg Ayam kisar ( Brand AYAM BISMI )
500gm Fishball ( ikan parang )
– kisar guna food processor
8gm Garam Bukit Himalaya Pink halus
1/2 cup Tepung Bestari Pedas atau Garlic
( sukatan metric )
2 biji telur
Fresh parsley potong halus – potongan Chiffonade ( optional untuk guna..nak sedap uols tabur la ye.. )
Nota PENTING : siap mix bahan2..uols letak dalam chiller 30 minit sebelum nak bentukkan dan goreng.. pasti kan letak dalam bekas kedap supaya bahan ini tak terdedah bersama food dalam peti ( nak elak dari contaminated )
Nota 1 : Pastikan guna fishball yang fresh samada ikan parang atau ikan tenggiri untuk rasa yang super ohsem.Ticer suggest uols guna ayam kisar Brand AYAM BISMI produk mommy Mazlina Kamarudin MK .Ayam kisar ni tak hanyir langsung dan sangat fresh..hasil nya memang sedap sesangat uolssss. Fishball tu kisar chunky2.. untuk dapatkan tekstur ranggup tu… Confirm tak soggy.. tak serap minyak..
Nota 2 : Boleh pilih tepung bestari garlic jika anak2 tak nak pedas langsung
Nota 3 : Uols boleh tambah fresh parsley tabur2 dalam bancuhan untuk rasa kelainan..
Cara penyediaan :
Masukkan fishball yang dah kisar chunky2 dan ayam kisar
Ads
Masukkan garam Bukit Himalaya Pink halus
Masukkan tepung bestari pedas untuk rasa pedas2 sikit.. nak ganti dengan yang garlic pon boleh…untuk anak2 yang tak nak pedas langsung
Masukkan 2 biji telur
Gaul sebati.. rujuk cara bentukkan chicken meatball ni di video.Pastikan uols guna hand glove .. sebab nanti isi ayam ni akan masuk celah kuku.. untuk safety purpose.. food handling sangat PENTING ya..
Ads
Semasa proses mixing ni… Uols kaup dengan tangan dan baling2 manje dalam bekas tu.. sebab ni teknik yang digunakan oleh masyarakat cina buat fishball atau chicken balls yang kenyal dan tak padat… Jangan derhaka resepi..nak sedap kena buat semua step dan teknik…
Make sure uols didihkan air siap2.. masukkan chicken meatballs dan kukus…
Kukus sehingga isi ayam nampak putih macam ni.. anggaran masa 4-5 minit ..80% masak
Resting sekejap sebelum nak goreng… Bagi air dari proses mengukus tadi dah tersejat… Make sure room temperature ya…
Ads
Panaskan minyak masak.. start menggoreng… Masukkan sikit2..boleh goreng 2-3 kali untuk sukatan ni.. jangan letak banyak pada 1 masa..nanti temperature akan drop dan isi ayam jadi soggy dan hasil gorengan tak cumel… ingat ye..ticer nak uols dapatkan hasil yang terbaik…
Goreng sehingga golden brown… Anggaran 5-6 minit… Tak perlu lama..sbb tadi kite dah kukus 80% masak pada awal proses…
Selalunya kalau beli ikan siakap, mesti akan repeat masak menu yang sama iaitu siakap 3 rasa, tak pun nak lemak sikit buat masak lemak kuning. Nak variasikan menu tak reti lah pula!
Haaa sesekali nak ubah selera boleh cuba buat Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai ni. Walaupun macam pelik dan unik namanya, tetapi rasanya tidak boleh disangkal lagi, memang enak!
Ada ikan siakap tapi tak tahu nak masak apa? Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa kan. Jom cuba masak Ikan Siakap Masak Asam Jawa ala Thai ni pula hasil perkongsian Puan Suhana Mohd Khalid.
Menurutnya, menu tersebut pertama kali dicuba ketika di Langkawi. Bila balik rumah, sampai teringat-ingat sebab terlampau sedap. Jom kita sama-sama cuba buat nanti ya!
RESIPI IKAN SIAKAP MASAK ASAM JAWA ALA THAI
Bahan-bahan tumis:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Sos tiram
Sos tomato
Gula melaka
Tomato
Air asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara membuatnya:
1. Lumurkan kunyit, garam dan tepung jagung pada ikan. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan sementara membuat kuahnya.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato. Masukkan juga air asam jawa secukupnya.
3. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon terkenal era 90an, Wafa Abd Kadir kini sedang bertarung dengan penyakit kanser tahap empat. Anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talip sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu. Kini beliau berdepan kanser peritoneal yang jarang berlaku.
Baru-baru ini dia dilaporkan tidak berupaya untuk bergerak akibat penyakit tersebut. Perkembangan terbaru pelakon berkenaan dikongsikan oleH Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon yang beliau panggil dengan gelaran Kak Long itu itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.
Pada Hari ini 3 Feb 2019,sekitar jam 3.15 petang saya mendapat panggilan daripada Hibah aka Hibatullah Tan Sri Ab Kadir adik kepada Kakak Angkat saya Wafa Tan Sri Ab Kadir,53 @wafaabdulkadir . Justeru sebenarnya banyak kali saya telah cuba dihubungi tapi memandangkan terlalu banyak komitmen,saya terlepas pandang untuk menghubungi mereka semula. Pada kesempatan petang yang agak lapang sedikit, saya menghubungi Kak Long,daripada perbualan telefon dengannya,beliau memberitahu ” badan kak long terlalu lemah,doakan kak long agar pergi dalam husnul khatimah..”.
Terdengar kata kata kak long tanpa disedari air mata saya mengalir deras,beliau meminta agar saya datang untuk tolong bantu apa yang patut. Pasti saya akan datang esok..memandangkan jadual hari ini agak padat sehingga malam. Saya mohon warga netizen,yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadhrat Allah SWT agar Allah SWT terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long. Saya merayu kepada semua bagi pihak dirinya.
Wafa diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal.
“Saya mohon warga netizen, yang baik lagi mulia hatinya untuk sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus mengurniakan rahmat serta memandang kasih buat Kak Long,” kata Tuan Asmawi.
Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.
Beliau pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya, lalu dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.
Dari situlah beliau dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian.
Semoga dipermudahkan segalanya buat Wafa abdul Kadir.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Namun jika minum air secara berlebihan akan memudaratkan kesihatan. Sebagaimana penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan hal ini.
Bahaya minum air terlalu banyak
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah kita minum air 5L sehari. Saya ingin mengurangkan rasa lapar. Hopefully dapat menurunkan berat badan saya. Terima kasih.”
Walaikumusalam.
Kita minum air untuk kekal hidrasi. Jika tidak, kita akan berasa rasa lemah badan, cepat penat, mengantuk dan mungkin mengalami sakit kepala.
Oleh itu ramai pakar yang mencadangkan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari untuk kekal hidrasi. Kuantiti air yang perlu diambil setiap orang sebenarnya bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan, jantina, persekitaran dan lain-lain.
Kesan minum air berlebihan
Namun meminum terlalu banyak air boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh kita. Minum terlalu banyak air kosong bukanlah cara yg betul menurunkan berat badan.
Minum air kosong membantu kita mencernakan makanan yang kita makan dan memastikan organ berfungsi dengan baik.
Walaupun saya sering mencadangkan pengambilan air kosong setiap hari, ini tidak bermakna kita boleh minum air secara berlebihan.
Pengambilan air berlebihan melebihi 3L sehari mungkin memberi beban kepada ginjal.
Pernah ada satu kes di mana seorang gadis minum 5 liter air sehari, untuk menjadi kurus, mengalami sawan.
Ini kerana ia boleh menyebabkan sel badan termasuk otak membengkak, dan mengalami sawan.
Pengambilan air yang berlebihan juga menyebabkan kita akan kencing kerap dan mengeluarkan garam sodium yang banyak sehingga menyebabkan kekurangan mineral ini dalam tubuh. Keadaan ini dipanggil Hyponatraemia. Ini menyebabkan kekejangan pada otot.
Oleh itu minum air pada kadar sepatutnya.
Jika kencing kita menjadi jernih, berkemungkinan kita telah minum air yang terlalu banyak. Air kencing yang normal berwarna sedikit kekuningan.
Jadi bersederhanalah. Minum air terlalu banyak pun bahaya, tidak cukup minum air pun bahaya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.