Menyediakan hidangan buat keluarga tak perlu yang hebat-hebat, menu simple tapi sedap sudah mampu membuka selera sekeluarga. Resipi perkongsian Norhabibah Harun ini memang terangkat habis.
Menurutnya, ini adalah resipi rahsia ibu mertuanya cukup ringkas, namun mampu membuatkan selera makan bertambah. Dimakan bersama nasi putih yang panas-panas memang layan ni. Nak cuba buat sendiri jom tengok resipinya.
.
Bahan :
Lada kampung
Air limau nipis / asam jawa
Sedikit air masak
Ajinomoto – jika perlu
Garam
Belacan
Ikan kembung rebus
Cara :
1. Gaulkan semua bahan dan picit lada kampung. Perasakan sebaiknya.
2. Akhir sekali, masukkan isi ikan kembung rebus.
3. Makan dengan nasi panas.
Sumber: Norhabibah Harun
Rupanya Ada Sebab Kenapa Kentang Tak Boleh Disimpan Bersama Bawang. Ini Yang Sepatutnya Ibu-Ibu Buat
Kentang antara benda wajib yang dibeli oleh ibu-ibu setiap kali membeli barang keperluan rumah. Selain digunakan dalam masakan, kentang juga boleh dijadiakan snek ringan. Selain itu, ia juga dijadiakan bahan untuk tujuan kecantikan.
Namun, apa yang menjadi masalah, kentang tak boleh dibeli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Elak simpan dalam peti sejuk
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Asingkan dengan bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
________________________________________
Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.
Talam Seri Muka, Menu Mudah & Enak Untuk Disediakan!
Terfikir-fikir hendak menyediakan menu minum petang mahu pun sarapan untuk keluarga, apa kata hari ini anda mencuba resipi ini; Seri Muka.
Menyediakannya juga tidak susah dan menjadi antara kuih tradisi yang digemari ramai.
Resepi Seri Muka
Bahan2nya
2 cawan beras pulut
1 cawan santan
1 sudu teh garam
Cara penyediaan
Gaul bahan2 di atas ratakan dan kukus selama 20 minit.
Selepas pulut masak tekan dan padatkan pulut ..
Lapisan atas
1 setengah cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
1 cawan gula pasir (kalau xsuka manis boleh kurangkan )
1/2 cawan air pandan
sedikit pewarna hijau
Cara penyediaan
Campurkan kesemuanya , kacau sampai sebati .. Tapiskan adunan .. Tuang atas pulut ..
Kukus 30-40 minit
Ekstra tip
*kalau adunan terlalu pekat boleh tambah sedikit air ..
sumber : Puan Fara Bakri via MAHN
Lembut Di Dalam & Rangup Kulitnya, Jadikan Rasa Tart Telur Ni Sedap & Enak!
Bila singgah di kedai bakeri selain beli roti dan kek, tart telur juga menjadi antara pilihan wajib beli. Maklumlah anak-anak dan kita orang dewasa memang gemar rasanya. Lemak manis, terasa cruncy di luar dan lembut di dalam.
Boleh dikatakan kalau beli sebiji memang tidak puas makan. Namun untuk membeli dalam jumlah yang banyak, boleh tahan juga harganya.
Jadi apa kata alang-alang ahli keluarga memang gemar makan tart telur ini, apa kata anda buat sendiri lagi berbaloi.
Di sini Nor Al Fatihah ada berkongsi resipi tart telur yang mudah disediakan dan sedap rasanya.
Tart telur gebus..sedap..just nice je rasa dia..crunchy di luar..lembut di dalam
TART TELUR
Shell Tart/Crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
(bahan2 bertanda * di ayak)
Filling Telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Cara-cara Membuatnya
1. Shell Tart/Crust
- Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati
- Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang
- Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dlm plastik wrap. Rehatkan di dlm peti ais selama 20 minit
2. Filling Telur
- Sementara doh di rehatkan, kita buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati
- Tuang air panas sambil di kacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapiskan
- Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dlm acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh
- Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
- Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan
Sumber : Nor Al Fatihah
Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!
ARTIKEL MENARIK : “Jual Murah Niatkan Atas Nama Arwah Anak Yang Kemalangan Di Kawasan Ini…” -Lelaki Ni Jual Roti Canai 50 Sen!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!