
Ada banyak sampah plastik di rumah? Manfaatkan untuk membuat bunga yang cantik untuk hiasan di rumah. Ini dia cara membuat bunga dari plastik yang mudah diikuti!
Memandangkan ada yg minta tunjukkan cara utk buat bunga plastik sampah viral eco..di sini saya tunjukkn caranya step by step…
semoga anda semua fhm dgn tutorial ringkas ni dan Selamat mencuba
Bahan-bahan
plastik sampah wangi eco
cotton bud
dawai bunga
lidi sate
pelilit hijau
salotape
benang utk mngikat
span bunga dan bunga hiasan serta pasu
Cara membuat:
lipat 4 plastik..potong
potong lgi hingga jdi 4 segi sama. ceraikan plstik sehelai2
bulatkn dawai..sy guna botol chilli flakes
dawai yg bulat tdi letak tgh2 plastik biar bucu plstik atas n bawah
tangkup plstik dan ikat guna benang
potong 3 cotton bud ..biar jdi 6 atau kalo suka lebih buat lebih
lekatkan cotton bud yg dipotong dgn kelopak tadi mnggunakn salotape
buat biar jdi cmni
Dah siap..lilit dgn pelilit hijau. bila nk gubah..kalo pendek btg bunga..boleh ditambah lidi
bunga tak perlu daun..sbb masa nk gubah tu kita letak daun n bunga2 hiasan
kalo daun trlampau bnyk nnti akan nmpk semak gubahan tu
Sekian…selamat mencuba!
Sumber: Abe Nik
Patutlah Viral, Guna 3 Bahan Aje Buat Kek Cheese, Paling Mudah Resipi Nak Buat.

Mencari hidangan pencuci mulut yang mudah nak buat. Resepi oleh puan Azlina Ina ini sungguh mudah iaitu kek cheese 3 bahan je.
Buat confirm jadi. Ikuti perkongsian ini
Cheese 250grm
Telur 4 biji
Susu pekat 1cawan@1/2 tin
Cara:
1)putar cheese dengn susu blh tambah esen vanilla kalau nak.. Pastikn cheese berada dalam keadaan suhu bilik
2)asingkan putih telur dengan kuning telur
3)putar telur putih sampai marigue.. Nak tau dah jd marigue tu cuba terbalikkn.. Kalau tak jatuh jadilah tu..
4)cheese yg diputar dicmpur dengn kuning telur.. Kacau pakai sudu jee
5)ambil cheese tu cmpur dengn putih telur sambil kaup balik..
6)masukkn dlam loyang dan bakar ikut water bath.. Lapik kertas minyak siap2 tau..
7)panaskn dulu oven dan bakar suhu 170 masa 50-60 minit ikut oven masing2..
8)30 minit lepas tu tutup loyang kek dengn aluminium foil untuk mengelakkn. Hangit di atas..
9)simpan dalam peti ais kejap lpas tu dah boleh hidang..
Sumber: Sedapnya Resipi
Pokok Hiasan Dalam Rumah Nak Kekal Segar, Ada Cara Penjagaannya!

Mengindahkan ruang rumah agar terlihat cantik dan rapi, akan lebih berseri jika digayakan bersama pokok hidup pelbagai saiz dan bentuk.
Memastikan pokok yang ditanam di laman rumah kekal segar, ada baiknya ketahui asas penjagaan indor plan yang dikongsikan ini.
ASAS PENJAGAAN INDOOR PLANT
Mungkin dah ramai tahu kelebihan pokok dalam rumah, kemudian ramai pula yang baru berjinak-jinak berkecimpung dalam bidang tanaman hidup ni kan.
Jadi hari ni kakak share tips asas penjagaan pokok dalam rumah ok.
Indoor plant ni sebenarnya tak lah rumit mana nak jaga. Cuma setiap pokok tu dia ada cara dia tersendiri .

Basic rules pokok hidup dalam rumah:
1. Pastikan tanah lembab
2. Siram 3-4 hari sekali bergantung kepada kelembapan tanah tadi.
3. Jangan selalu siram pokok. Biar kurang air dari lebih air. Jika kurang air, pokok layu tapi once kita siram, akan segar semula. Jika terlebih air, akan merosakkan akar pokok. So pokok boleh mati.
4. Pokok hidup memang semula jadi perlu matahari. Seeloknya letak pokok ditepi tingkap.

5. Jika rumah tak masuk matahari, dedahkan pokok 1-2 minggu sekali pada matahari.
6. Kalau jenis pokok yang memang indoor, jangan letak di kawasan direct sunlight.
7. Perlu baja kan pokok dalam 1-2 minggu sekali. Pokok juga perlu makan.
8. Untuk pasu yang tidak berlubang dibawah, saya letakkan pasu basic yang plastik dalamnya. Kira pasu luar tu sebagai hiasan.

9. Jangan biarkan air bertakung dalam alas pasu.
10. Setiap pokok tak sama cara penjagaannya. Ada tak boleh lebih air, ada yang memang boleh hidup dalam air.
Pokoknya, kalau tak tau, tanyalah tukang jual .
Nanti ada masa kakak share pulak cara jaga setiap pokok.
Orang kata tangan panas tak boleh tanam pokok. Sebenarnya bukan salah tangan yang panas. Tapi mungkin sebab tangan rajin sangat siram pokok .
Tips ini mungkin berbeza dari orang lain. Ini hanya dari bacaan dan pengalaman kakak tanam pokok hidup. Banyak dah pokok kakak binasa sebelum ni sebenarnya.
Sumber : Atul Kiena
Bawa Kucing Balik Kampung Ni Tips Bagi Selesa. Confirm Tak Buat ‘Hura Hara’ Sepanjang Perjalanan!

Bagi keluarga yang memelihara kucing selalunya akan rasa serba salah jika terpaksa meninggalkan kucing di rumah bila bercuti panjang terutamanya di musim perayaan ini.
Andai kata diletak di boarding/hotel kucing pula hati tetap rasa tidak senang, apatah lagi bila selalu sangat dengar pengalaman kurang menyenangkan daripada orang lain. Ada sahaja masalahnya jadi terus ambil jalan selamat dengan bawa bersama kucing pulang ke kampung.
Orang kata senang, kucing sentiasa ada depan mata!

Jadi buat anda yang mengambil keputusan untuk bawa si bulus pulang ke kampung, bolehlah praktikkan seperti tips yang dikongsikan oleh Klinik Haiwan Dkaz untuk dijadikan panduan bersama.
Tips Bawa Kucing Balik Kampung
- Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
- Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing beraptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar.
- Jika kucing jenis sangat penakut, maka jelas sekali kucing memerlukan ‘pertolongan’ untuk membuatnya tenang. Mohon bawa ke berjumpa Vet bagi mendapatkan nasihat yang sesuai.
Photo by Anatolii Kozhukhar on Unsplash - Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan.
- Tutup sebahagian ruang terbuka carrier supaya kucing lebih tenang.
- Seeloknya mulakan perjalanan di malam hari kerana suhu yang lebih sejuk. Kucing mempunyai suhu badan normal yang lebih tinggi dari manusia. Dan, mereka tak mampu membebaskan haba seperti kita. Jadi, mereka lebih mudah terkena strok haba.
- Elakkan memangku kucing di atas riba jika terpaksan bertolak pada cuaca panas. Ini akan membuatkan kucing lebih mudah terkena strok haba.
- Sebaiknya, seekor kucing, satu carrier. Ini bagi mengelakkan kucing yang mudah upset bila nervous mencederakan kawannya.
- Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah dengan banyak.
10.Sediakan barangan keperluan mereka dengan secukupnya lebih awal. Bawa segala dokumen berkaitan kucing sebagai langkah berjaga-jaga.
11.. Simpan semua alamat dan nombor telefon Klinik Veterinar yang beroperasi semasa Raya yang terletak sepanjang perjalanan balik kampung. Ini akan memudahkan kita jika ada kecemasan berkaitan kucing berlaku dakam perjalanan.
- Seeloknya, bawa sekali sangkar kucing yang cukup besar untuk menempatkan kucing di kampung. Elakkan melepaskan kucing bebas di kampung kerana kebanyakan kucing yang tak biasa di tempat baru akan menghilangkan diri tanpa dikesan. Kucing memerlukan 2 minggu untuk menyesuaikan diri dan ‘ingat’ tempat baru.
- Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta.
- Tempatkan kucing di tempat paling sejuk di dalam kereta. Elakkan tempat yang tak terkena aircond.
- Sediakan leash kucing. Ini penting jika kucing ‘membuang dalam carrier mereka. Pastinya kita ingin cuci carrier dan juga kucing yang terkena kotoran. Pasangkan leash sebelum pintu kereta dibuka atau membawa mereka ke tandas. Pastikan leash kukuh dan dipegang kemas supaya kucing tak mudah terlepas.
- Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, panting dan air liur meleleh.
- Di kampung, elakkan kucing dilatakkan di tempat yang sibuk, di mana ramai yang akan lalu lalang. Mereka yang sudah pun stres akan bertambah stres dengan kehadiran orang baru.
Photo by Yerlin Matu on Unsplash - Pastikan kucing sudahpun diberikan ubat kutu dan ubat cacing sebelum ke kampung. Walaupun kucing dikurung, ini tidak menjauhkan mereka dari terkena kutu dan sengkenit. Kerap kali kes kucing dihinggapi kutu lembu jenis ticks apabila berada di kawasan yang ada ternakan.
- Bawa sekali ubatan mereka dan jangan lupa memberi mereka ubatan mengikut masa yang ditetapkan walaupun kita sibuk dengan urusan persiapan Raya.
- Sampai sahaja di kampung, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka. Fan, kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- Takut Dibuang Emak, Anak Ni Terus Namakan Kucingnya Tupperware. Bijak Sungguh!
- “Kau Sayang Sangat Kat Kucing. Sebab Tu Allah Tak Bagi Rezeki Anak”. Tu Antara Cakap-cakap Orang Pada Pasangan Ni Bila Belum Dikurniakan Zuriat!
- Buatkan Bilik Kucing Cantik & Tak Berbau. Wanita Ni Kongsikan, Boleh Follow!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club