Cara Buat Booster Bantu Pokok Hampir Mati Kembali Segar & Sihat. Guna Yakult & Telur, Mudah & Murah Tapi Berkesan!

Share

Sedih tengok pokok sayur yang ditanam hampir mati. Jangan kecewa, cuba  gunakan bahan ini iaitu telur dan yakult sebagai booster dan lihatlah hasilnya nanti.

Perkongsian dari puan Saadiah Madon yang menunjukkan pokoknya hampir mati. Namun selepas disembur dengan booster buatan sendiri ini, pokok tersebut kembali segar. Cara yang mudah dan murah tapi hasilnya menakjubkan. Selamat mencuba!

Baja Yakult booster tanaman.

Assalamualaikum sahabatku semua dlm group, ” Beginner Tanam pokok dan sayur”, saya gembira nak kongsi Booster mudah memanjakan pokok2 cili dan sayur atau pokok2 bunga, saya dah cuba dan ternyata berhasil hanya dgn 2 M “MURAH & MUDAH.


Spt dlm gambar :-
* botol Yakut
*2biji telor besar dan 3 biji telor kecil.
1 botol kosong utk adunan Yakut.


Caranya:- masuk 2 biji telor atau 3 biji telor kecil ke dlm botol dan kemudian masukkan Yakut dan goncang botol sampai tercampur sebati.
*Peram di ruang bilik selama 3 hari seblm digunakan.

Pokok yang bermasalah.
Pokok yg sama gambar rajah 1…setelah dijantas dan menerima semburan Yakut. Tumbuh sihat.

*Cara:- Dgn bancuhan 2 tutup botol dgn 2 litre tanpa chlorine dgn spray botol dan spray didaun dan batang pokok dan air selebihnya siram kedlm tanah pokok. Selamat mencuba.


***Jika tak habis guna bancuhan yakut blh masuk dlm peti sujuk.
Gambar2 pokok2 cili yg dlm posting ini adalah pokok dikebun saya sendiri yg mana telah dicuba dgn spray booster Yakut.
Daun lama bermasayalah dan bila disembur yakut keluar daun baru yg sihat

**********************************
PENTING: saya nak kongsi, dan ingatkan juga kalau masuk dlm peti sejuk…label kan “BAJA YAKUT” nanti anak terambik dan diminumnya, dia ingat Carrot susu. AMBIL PERHATIAN.