Cara Buat Biskut Swiss Tart Hazel Nutella Viral By Azlina Ina. Guna Kaedah Manual Je. Mudah, Sedap & Confirm Jadi!

Share

Ibu-ibu dah mula buat biskut raya ke? Bagi yang sedih kerana ada yang diumumkan tempat anda PKP lagi, ubati kekecewaan itu. Jom ibu-ibu kita buat biskut raya ni.

Boleh jamu keluarga dan teman-teman terdekat pagi raya nanti, kan hari raya pertama kita boleh beraya. Tapi pastikan ikuit SOP, kita jaga kita kan. Ini resipi Swiss Tart Hazel Nutella yang dikongsikan oleh puan Liza Idris .

Katanya resipi asal oleh Azlina Ina. Selamat mencuba!

MasyaAllah sedap biskut SWISS TART HAZEL NUTELLA viral by Azlina Ina. Guna cara manual je.

Bahan-bahan:-
500gm buttercup
150gm gula icing
380gm tepung gandum
310gm tepung jagung
50gm susu tepung (saya guna everday)
1 penutup esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Kacang hazel ( bakar separuh masak)
Nutella

Cara buat ada pada setiap gambar.

Cara membuat: 

Buttercup, gula icing dan esen vanila gaul sebati.

Masuk susu tepung. Gaul lagi.

Masuk tepung jagung sedikit demi sedikit, juga gaul sebati, diikuti tepung gandum.

Bila adunan tak melekat di jari, masuk pula coklat rice.

Gaul sampai jadi macam ni.

Ni acuan yang disarankan oleh Kak Ina. Kod 864. Piping bag tu saya beli di kedai Eco untuk piping nutella je.

Lebih kurang macam biskut samprit. Kena tekan manual. Kebas jugala jari ni. Tekan sikit di bahagian tengah dan letak nutella.

Hias dengan kacang hazel atas nutella. Dah boleh bakar. Mengikut resepi asal, bakar selama 20minit 170°c. Oven saya pula, bakar selama 15minit 160°c.

Apabila masuk ke mulut, kegebuan terasa. Nikmat tak terduga.

Nak resepi lain boleh klik:-

#KakLizaMasukDapur

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club