Cara Buat Baulu Cermai Sedap & Gebu Kejadiannya. Guna 4 Bahan Bakar Dalam Oven, Cukup Mudah. Elok Je Tak Melekat!

Share

Kalau dulu menjelang hari raya, ibu atau nenek paling sibuk buat persiapan adalah membakar kuih ini. Walaupun mengambil masa lama dan memakan tenaga, namun kuih Baulu menjadi kemestian yang wajib ada di pagi raya.

Namun kini , tak perlu lagi lenguh tangan memukul telur atau terpaksa tahan panas ketika membakarnya. Dengan menggunakan kaedah moden kuih Baulu ini boleh disediakan dengan mudah.

Jom admin kongsikan resipi daripada Nor Afidah Puan Fida yang pertama kali menggunakan kaedah ini namun berjaya mendapat Baulu Cermain yang cantik kejadiannya dan sedap pula tu. gebu elok je.

#TB tengah hari tadi try  buat bahulu.. 1st time buat.. Alhamdulillah gebu pun..
Bahulu cermai. Saya guna bahan ni je..

Bahan-bahan:
Tepung gandum secawan
Gula stgh cawan
Telor 5biji (gred A, B, atau C)
Sdikit esen vanila.

Cara membuat:
Mix atau blend telur dan gula dulu sampai kembang pekat dalam 5 mnit lepas tu masukkan tepung sikit2 dan mix lagi dalam 2 minit dan masukkan esen vanila. Kacau rata.

Sebelum tu panaskan dulu acuan dalam 10 minit suhu 200 (untuk kali pertama sahaja supaya tak melekat)


Lepas panas sebelum letak adunan dalam acuan, sapu rata semua bahagian dengan minyak masak supaya tak lekat. Tu setiap kali nak letak adunan ye.. Mesti sapu minyak rata dulu..
Bakar suhu 200 selama 12mnit.


Guna bahagian tengah letak acuan atas tray grill guna api atas bawah.

Dapat la dalam 48biji.. Boleh blend dan mixer. Saya guna oven

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club