Buat penggemar ayam goreng KFC, lebih-lebih lagi yang ‘spicy’ mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup simple saja cara membuatnya. Resipi ini dikongsikan oleh Cahaya Kasih Firdausi.
Rata-rata mereka yang telah mencubanya pasti puas hati. Ini rahsia bahan-bahan di dalam resipi yang mudah dan ringkas sangat!
Nampak gaya, resepi ayam goreng KFC spicy versi CKF ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab dah terbukti memang ‘
simple’, tetapi cukup menggiurkan. Jom buat sekarang!Bahan perapan:
Bahan menggoreng:
Gaul semua bahan ke dalam ayam yang dah dibersihkan. Perap seketika atau semalaman.
Ambil ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan pada tepung. Saya gunakan tepung cap cempaka.
Golek-golekkan hingga tepung melekat di serata ayam.
Panaskan minyak biar betul-betul panas. Masukkan ayam dengan api besar.
Bila ayam sudah dimasukkan, kawal api biar kecil sedikit supaya ayam masak dengan sempurna bahagian dalamnya.
Agak-agak ayam dah garing, terbalikkan permukaan ayam dan balik-balikkan.
Dengar bunyi gorengan bila agak bising maknanya air ayam masih ada. Bila dah agak senyap bunyi gorengan, bolehlah angkat dan toskan. Hasilnya, garing di luar dan berjus di dalam – ‘crispy and spicy’.
Sedia dihidang. Sangat sedap dan lazat!