
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat.
Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
kredit: dani
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ilmu Beli Emas Nak Lebih Murah. Wanita Ni Kongsikan Cara Perkiraannya. Sila Takenote Agar Tak Rugi!

Memiliki emas sebagai perhiasan bagi seorang wanita memang menjadi sesuatu yang diingini.
Bukan sahaja kerana wanita terpesona dengan kilauan emas dan rekaannya yang pelbagai. Malah dek kerana emas mempunyai nilai harga yang tinggi walau telah lama dibeli.
Ini sekali gus menjadikan ramai wanita bukan sahaja membeli emas seutas dua, malah sanggup menggumpul emas dengan membelinya dari masa ke semasa.
Pantang dengar jika ada tawaran emas murah mesti teruja untuk membelinya.
Pun begitu, ada baiknya kita baca perkongsian wanita ini tentang kira-kira harga emas agar kita membeli, benar-benar untung dan tidak terpedaya dengan tawaran harga emas murah oleh penjual.
Ok, ni perkongsiannya.
Jujur la sebelum ni aku memang x penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas ni. Sebab tau jenis x berapa mampu.
Siapa yg tau alhamdulillah anda bagus!
Yg kurang pandai sikit mcm aku ni meh la aku ajar free of cassss kali ni.
Tadi aku dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So aku terasa nak main kire kire hari ni. Betul ke murah sgt kedai ni??
Dan balik dari kedai tu aku sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.
Mari kite bermula mengira guyss…
–Kedai A harga Rm225/gm
–Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan.
Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm
Bila staff kira kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi i is belom pandai)
Kemudian aku singgah di kedai B untuk puas kan hati aku dalam sesi perbandingan.
Tanye harga semasa staff jawab je Rm238/gm aku tebeliak. Yelah tadi 225 je kannn… Jauh kan beza. Takpe kite teruskan misi. Maka kat sini aku huraikan ape yg aku dapat hari ni.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. anda rase murah ke mahal?
Meh cek kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga Semasa Rm238/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah Rm230
Lg Mahal ke murah dri kedai A??
Sekarang nampak x??
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
…………………………………………………….
Ape yg aku tekankan kat sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm9++ dan kau sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.
JANGAN TEREDAYAAAAAAAA TIPAHHHH
Amik tau pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lg murah dr kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Dapat ke dapat?? Najib assadokk gitu..
Aku harap mengkome paham lah ye sesi pembelajaran hari ni.
Maaf la kalau belit belit sikit.
Aku cikgu tak berdaftar kat pesbuk ni
Tapi aku cuba share ape yg aku tahu.
Sebab aku tanye mak aku, die x penah amik tau pun pasal upah emas selama ni adehhhh..
Ikutkan harga harga diatas boleh dikurangkan lagi serendahnya2 mengikut kepandaian anda mengayat. Tapi sbb aku belom expert kan….Paham paham je la..
Sumber : SyaQiela Fendy
“Percaya Dengan Rezeki Allah, Saya Memilih Untuk Kerja Dari Rumah.” Wanita Ini Korbankan Kerjaya Demi Keluarga. Salute!

Wanita dan kerjaya…. Bukan perkara baru malah boleh dikatakan wanita masa kini lebih banyak yang bekerja dari duduk di rumah sebagai suri rumah.
Berkorban tenaga dan masa demi membantu suami menambah pendapatan. Tak kurang yang mengejar cita-cita dalam masa yang sama masih berusaha mencuri masa untuk seimbangkan antara cita-cita dan keluarga
Namun ada yang memilih untuk berkorban kerjaya demi keluarga. Itu yang dikongsikan oleh wanita bernama Nurul Butik Mia II.
Beliau yang dulu bekerja sebagai jururawat akhirnya memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan perhatian pada keluarga.
Rezeki Allah itu ade di langit dan di bumi.
Insyallah…
Saya percaya dengan Rezeki Allah.
Setelah bertahun saya mengharungi nya.. orang nampak saya gigih & cekal.
Namun di sebalik gigih&cekal saya ada airmata yang mengiringi perjalanan hidup saya.
Hari ini.. 24/12/2018.. saya tandatangani surat perletakan jawatan saya sebagai Jururawat.
Saya nak jadi suri sepenuhnya untuk suami saya.
Saya nak jadi mama 24jam kepada anak anak saya.
Saya nak jadi fulltime online entrepreneurs.
Insyallah..
Pasti ada yang tanya.. tak sayang ke resign government?
Sayang.. siapa cakap tak sayang..
Tapi saya kena jadi diri saya sendiri.
Saya nak hidup bebas tanpa perlu punch card.
Berlari2 kejar masa untuk Keluarga,kerjaya&bisnes.
Insyallah ada rezeki untuk anak anak saya nanti.
Doakan saya ye..!
Saya,
Saya yang memilih untuk kerja dari rumah…
Mengurus Rumah Tangga, En Suami Jangan Ikut Budaya Melayu Tapi Ikutlah Apa Yang Nabi Ajar. Itu Baru Betul!

Umumnya bila menyentuh bab pembahagian tugas dalam mengurus rumah tangga antara suami dan isteri, seakan orang kita hanya melihat itu adalah tanggungjawab isteri semata-mata. Sedangkan hakikatnya bukan begitu, apatah lagi bila si isteri sama-sama bekerja untuk membantu suami menambahkan pendapatan keluarga.
Memahami apa sebenarnya, diharapkan perkongsian ini dapat membuka minda dan menjentik jiwa en suami untuk tidak lagi meletakkan 100% ke atas bahu isteri malah tanggungjawab itu perlu juga digalas olehnya.
Ikuti perkongsian ini.
JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR.
Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangg TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya…
Katanya,” Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri sy kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama2 kerja.
“Saya nak bagi tahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku..”
Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn,
siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,
Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?
Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt”
USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.
Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.
Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.
Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”
Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.
Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya….
Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama2 membantu…sama2 memuliakan antara satu sama lain.
sumber : Nor Syazrah