Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.
Apa kata untuk menu berbuka petang nanti, ibu-ibu cuba buat asam pedas untuk hidangan seisi keluarga.
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..
Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu.
5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi.
7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut.
8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak.
9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta.
Cacat Penglihatan Bukan Halangan, Remaja Ini Bukti Cemerlang SPM!
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 telah diumumkan hari ini. Sudah tentu ibu ayah teruja untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak.
Namun untuk mencapai kejayaan sudah tentu bukan jalan yang mudah. Ada banyak pengorbanan yang harus ditempuhi.
Nekad untuk berjaya dalam bidang akademik, bagi remaja yang dilahirkan cacat penglihatan, Che Ku Nur Ain Husna Che Ku Azri telah membuktikan kekurangan diri bukan halangan untuknya cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Memetik laporan Harian Metro, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak di sini memperoleh 10A dalam peperiksaan itu sekali gus antara pelajar terbaik peringkat negeri.
HILANG PENGLIHATAN SEPENUHNYA SEBELUM SPM – CABARAN BESAR DALAM HIDUP
Dugaan buat remaja ini bukan calang-calang apabila diduga apabila hilang penglihatan sepenuhnya beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan.
Che Ku Nur Ain Husna yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu mengakui, fokusnya terganggu seketika apabila perlu menjalani pembedahan pada tahun lalu selain, belajar dalam suasana baharu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagaimanapun, saya berusaha juga lakukan yang terbaik dan bersyukur kerana dapat keputusan cemerlang.”
Dia meluahkan cabaran itu ketika ditemui selepas sidang media pengumuman rasmi keputusan SPM 2021 dan penyerahan sijil kepada pelajar cemerlang di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Majlis disempurnakan Pengarah Pendidikan JPWP Kuala Lumpur, Norhayati Ab Wahab. Che Ku Nur Ain Husna hadir ditemani ibu, Roshaila A Rahman, 46, dan bapanya Che Ku Azri Che Ku Ahmad, 46.
MASALAH PENGLIHATAN TERUK SEJAK SEKOLAH RENDAH
Bercerita kisahnya, remaja itu memberitahu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Binjai, Kemaman, Terengganu sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai (Tepces) dan SMK Pendidikan Khas Setapak.
Katanya, dia tiada masalah untuk belajar kerana menggunakan alat bantu penglihatan iaitu ‘magnifier’ sejak berumur sembilan tahun selain telefon pintar.
“Saya anak sulung daripada tiga beradik dan dalam keluarga hanya saya seorang yang ada masalah penglihatan teruk, berpunca daripada genetik kerana keluarga sebelah ayah juga ada sejarah masalah penglihatan.
“Orang luar mungkin nampak susah, namun tidak sangat sebenarnya kerana saya sudah terbiasa dengan kehidupan sebegini (tidak dapat melihat).
“Tipu jika saya katakan tidak pernah berasa rendah diri langsung, namun cuba yakin dan terima ketentuan dengan reda,” katanya.
Berkongsi hala tujunya, Che Ku Nur Ain Husna berhasrat menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Asasi Sains Sosial dan program psikologi.
Katanya, dia mahu memastikan impiannya tercapai dan menjadi contoh kepada adiknya dan OKU yang lain.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Kami Berbeza Agama, Tapi Saya Pastikan Dia Terjaga Sebagai Muslim.” 22 Tahun Dibesarkan ‘Laoshi, Kisah Gadis Ini Undang Sebak!
Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.
Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.
Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.
Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).
Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.
“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.
“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila,” katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim.
Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan ‘anaknya’ itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.”
Berkongsi luahan hati, akui Rohana, ada ketika dia mengalami ‘anxiety’ yang teruk dan cuba membunuh diri sebagai jalan keluar kepada masalahnya.
Namun dia terfikir bagaimana nasib ibu angkatnya selepas ketiadaannya nanti.
“Bila saya fikirkan, dunia ini tidak adil. Bukan salah saya. Bila emak ayah buat salah, kenapa saya kena tanggung.
“Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tidak ada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tidak ada dokumen.
“Saya hanya mengharapkan diberikan status yang membolehkannya menjalani hidup seperti orang lain.
“Ia termasuklah berkahwin, membuka akaun dan perkara lain yang tidak dapat dilakukannya sebelum ini,” katanya lagi yang bercakap Dalam bahasa Mandarin.
Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa kasih sayangnya kepada ibu angkatnya itu dan berterima kasih kerana menjaganya selama ini.
Rohana yang kelihatan sebak sepanjang perbualan berkata, dia akan terus menyayangi emak angkat yang mesra dipanggil laoshi (cikgu dalam bahasa Mandarin) itu walaupun selepas dia membawa haluan sendiri.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Legend Sungguh Resipi Sherped Pie Ni. Patutlah Ramai Suka.
Apabila anak-anak jenis suka makan,tentu mak-mak sentiasa mencari resipi untuk membuat hidangan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah sherped pie. Jika beli di kedai, tentu mahal harganya.
Apa kata cuba resipi Sherped Pie ni. Bolehlah dihidangkan kepada ahli keluarga.
Sherped Pie
BAHAN
-5 biji Kentang rebus
-daging cincang
-sos spegetti bolognese
-bawang bombay dadu
-mix herb
-gram & kiub pati ayam
-keju mozarela
-4 sudu butter
CARA BUAT KENTANG DAN INTI
-Rebus kentang,lenyek jadikan mcm mash potato n gaul dgn butter
-tumiskan bawang bombay dadu,masukkan daging cincang & mix herb
-bila daging dh agak kecut masukkan sos spegeti n garam & kiub pati ayam.
-masak sampai agak kering
CARA MEMBUAT
-letakkan inti daging dalam caserol
-lapiskan dgn kentang
-ulang proses sampai habis
-last skali baru tabur mozarela cheese
-bakar sekejap cukup utk cairkan cheese sahaja.
# x perlu bakar lama sebab bahan semua dah masak
Siap!
# selamat mencuba
Kredit: Puan Shira