Cara Buat Apam Balik, Tak Perlu Perap Tetap Gebu, Sedap & Penuh Inti. Wanita Ni Kongsikan Resipi Berniaga Mak Ayah!

Share

Sebenarnya tak susahpun nak sediakannya sendiri di rumah. Jom cuba ni daripada Mizah Ngatiman, anak-anak mesti suka.

Bukan hanya orang dewasa, anak-anak pun suka makanan yang satu ini kerana rasanya yang ditambah dengan jagung dan kacang yang menaikkan rasanya. Jom cuba nanti untuk hidangan hujung minggu.

Resepi Apam Balik Tanpa Perap.

Bila tengok Apam Balik ni kan. Teringat kenangan Lz kecil dahulu, inilah kenangan Mak dan Arwah Abah niaga Apam Balik dan Jagung Rebus di pasar malam.

LZ dan kaklong kecil lagi masa itu. Kami selalu ikut Mak Abah ke pasar naik gerabak (sejenis kenderaan 2 roda yang dipasang/ ditarik di belakang motosikal).

Bayangkan dah lebih 40 tahun. Rasanya kalau hari ini tanya Mak resepi asal Mak dulu mesti Mak pun dah tak ingat agaknya.

Bahan-bahan

(dapat lebih kurang 15 keping)

4 cawan tepung gandum  Belian online  DI SINI

1 cawan gula halus  Belian Online DI SINI

2 biji telur gred B  Belian online  DI SINI

1sk soda bikarbonat Belian online  DI SINI 

2sk baking powder Belian online  DI SINI

2 cawan air masak

Pewarna kuning telur Belian online  DI SINI

Bahan tabur (secukupnya)

Gula pasir   Belian online DI SINI

Kacang tanah hancur

Jagung Manis tin Belian online DI SINI

Marjerin (untuk sapu permukaan Apam) Belian online  DI SINI

Cara membuat:

1. Mixer hingga gebu telur dan gula halus.

2. Gebu macam ni bertukar warna putih.

3. Kemudian masukkan soda bikarbonat, sedikit pewarna kuning dan air.

Mixer rata lagi.

4. Kemudian masukkan tepung dan baking powder. Mixer lagi.

5. Dah siap, adunan tak cair dan tak terlalu pekat. Agak- agak boleh dilenser pada kuali.

6. Panaskan kuali anti lekat. Api kecil.

Kemudian ambil 1 + 1/2 senduk adunan. Lenser pada kuali macam kita buat lempeng tu.

Tebal nipis ikut kita.


7.Biarkan ia berbuih bintik macam ni.

8.Boleh lah tabur gula, jagung manis dan kacang tadi. Ikut suka banyak mana kita suka

9. Kemudian dah berhenti buih buih tadi nampak kering permukaan Apam bolehlah dilipat. Tadaaaa dah siap. Boleh sapu marjerin permukaannya.

10. Susun dalam pinggan.

11. Isinya lebih jagung dan kacang. Sedap .Selamat Mencuba!

Mudah-mudahan resepi ini bermanfaat pada sesiapa yang ingin mencubanya. Lz niatkan sedekah semua pahala kebaikan yang datang pada resepi ini pada Al- Marhum Abah Lz,

Hj Ngatiman Bin Hj Sarmidin.

#airtanganLz

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club