Cara Buat Aiskrim Milo Homemade Guna 5 Bahan. Kisar Semua Bahan, Sejukkan & Sedia Dimakan. Gebu & Sedap!

Share

Pernah tak ibu-ibu cuba buat sendiri aiskrim? Mudah je sebenarnya nak buat, bahan pun tak banyak. Anak-anak yang paling teruja kan.

Apa kata hari ini, ibu-ibu cuba buat, ajak anak-anak untuk bantu. Pasti mereka suka pengalaman buat aiskrim sendiri.  Jom cuba buat resipi yang dikongsikan oleh puan Ummu Hani

ni.

Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak

Resepi aiskrim milo :
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe

Cara membuat:
Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club