
Pernah tak ibu-ibu cuba buat sendiri aiskrim? Mudah je sebenarnya nak buat, bahan pun tak banyak. Anak-anak yang paling teruja kan.
Apa kata hari ini, ibu-ibu cuba buat, ajak anak-anak untuk bantu. Pasti mereka suka pengalaman buat aiskrim sendiri. Jom cuba buat resipi yang dikongsikan oleh puan Ummu Hani ni.
Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak
Resepi aiskrim milo :
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe
Cara membuat:
Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mengidam Makanan Masam? Wajib Cuba Resipi Jeruk Betik Paling Mudah Ni!

Jeruk sememangnya makanan yang terkenal di Malaysia. Jeruk selalunya menggunakan buah atau sayur yang diperam untuk tahan lebih lama.
Bagi penggemar jeruk, jangan bimbang kerana Malindawati Mohd Fadzil ada berkongsi resipi paling mudah. Katanya resipi ini juga selamat dimakan kerana tiada bahan-bahan pengawet yang tidak bagus.
Selain itu, jeruk betik ini juga sangat sedap kerana kombinasi rasanya yang rangup, masam, masin, manis dan pedas. Memang tak rugi kalau anda cuba.
Jeruk Betik
Bahan-Bahan:
- Betik muda sebiji dibuang kulit, dihiris-hiris
- Cili padi 3 batang (boleh tambah jika nak pedas)
- Asam boi dihiris beberapa ketul
- Cuka
- Garam
- Gula
Baca juga:
- Tak Perlu Pening, Guna Roti Je Buat Pizza Boleh Jadi Bekal Untuk Anak Sekolah
- Ni Resipi Masak Cencaru Sumbat & Ada Rahsia Rupanya Nak Bersihkan Minyak Gorengan!
- Luar Crispy, Dalam Lembut Penuh Jejari Ketam, Ni Resipi Nak Buat Jemput-jemput Sedap!
Cara-Cara:
– Campur je semua. Rase sedap, siap.
– Letak dalam bekas, simpan dalam peti ais.
– Lepas beberapa minit/jam, bukak balik peti ais, boleh makan.
Sumber: Malindawati Mohd Fadzil
Guru Bahasa Inggeris Ini Jelaskan Cara Nak Anak Mahir BI Sejak Kecil, Nampak Biasa Rupanya Memang Berkesan!

Semakin ramai ibu bapa cakna mengenai kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Namun ramai yang risau apabila anak tidak fasih berbahasa Inggeris. Sudah tentu ada sebabnya.
Siapa tak gembira apabila anak boleh berrcakap dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Namun untuk mempunyai kemahiran sebegitu sebenarnya ada cara. Sebagaimana perkongsian guru bahasa Inggeris ini, Cikgu Nurzuhaili Shamsudin menujukkan bahawa untuk belajar tidak perlu tunggu sehingga anak besar sebaliknya ketika anak pra sekolah. Malah menggunakan pendekatan kelas tambahan salah satu cara untuk melatih anaknya boleh berbahasa Inggeris.
Nak anak mahir bahasa Inggeris ini caranya.
Harini saya nak menjawab soalan ini:
“Cikgu Nurzuhaili Shamsudin, nk tnya.kenapa budak2 ssh nk boleh utk bi? Adakah sbb minat? Atau dorg letak mental blocking xnk blaja bi?”
Jawapan:
Saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, guru Bahasa Inggeris dan ibu. Saya cuba tulis dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami. Semoga bermanfaat.
1. Persekitaran.
Semasa saya di tadika di Perak, saya bersyukur sebab Teacher Mary (guru India) mengajar saya dengan penuh semangat. Saya tak faham sepatah pun perkataan yang teacher Mary cakap sebab saya tak pernah bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Semasa di tadika, saya tak tahu apa itu English grammar, tapi saya ‘pick up the language’ melalui apa yang saya dengar, dan saya terpaksa cakap Bahasa Inggeris di tadika walaupun ambil masa.
Kemudian apabila saya berpindah ke sekolah rendah di Terengganu, di mana hampir semua pelajar Melayu, saya tak dengar orang bercakap Bahasa Inggeris. Saya jadi malu untuk bercakap Bahasa Inggeris sebab takut ‘tak geng’ dengan kawan-kawan lain 😅
Apabila ke sekolah menengah pula (SMKA), kawan-kawan saya terdiri daripada pelajar-pelajar pandai. Mereka sentiasa dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris walaupun tak pernah saya dengar mereka bercakap Bahasa Inggeris.
Tapi penulisan mereka sangat bagus kerana mereka rajin membaca buku Bahasa Inggeris. Budaya dan persekitaran di sekolah menengah yang sentiasa berlumba-lumba untuk belajar membuatkan saya terikut-ikut dengan kawan-kawan supaya belajar dengan baik.
2. Cikgu yang baik dan kreatif.
Saya suka Teacher Mary, sebab dia baik, pandai ambil hati dan selalu buat aktiviti bersama-sama. Kalaulah pada waktu itu saya dapat seorang cikgu yang garang dan suka membebel, saya rasa minat saya terhadap Bahasa Inggeris terus mati.
Datang ke tadika setiap hari sangat menyeronokkan, sebab akan buat banyak aktiviti hands-on, nyanyi nursery rhymes sama-sama dan ada story telling session. Saya lihat Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang seronok, bukan sesuatu yang susah. Minat terhadap Bahasa Inggeris mula timbul dan sejak itu, saya suka belajar Bahasa Inggeris.
3. Peranan ibubapa
Ibubapa saya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya lihat, kawan-kawan saya yang bercakap Bahasa Inggeris di rumah dengan ibu bapa mereka, lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris berbanding saya yang hanya belajar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Mereka mempunyai sokongan, dan persekitaran belajar yang baik di rumah. Sentiasa menonton movie Inggeris dan menyanyi lagu dan membaca buku Inggeris.
Saya telah melakukan eksperimen terhadap 2 orang anak saya, Safiyya dan Adam.
1. Saya hantar Safiyya ke tadika Cina (ada pelajar Melayu, Cina dan India) sejak berusia 4 tahun. Di rumah, saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun pertama dia di tadika, cikgunya cakap dia langsung tak bercakap di tadika.
Sewaktu umur 5 tahun, dia mula faham arahan mudah, tapi masih belum boleh bercakap dalam Bahasa Cina. Dia mula bercakap Bahasa Cina semasa berumur 6 tahun. Kemudian, saya menghantarnya ke SJKC. Pada sebelah petang, saya hantar dia ke tusyen Bahasa Cina. Safiyya cemerlang di sekolah, mampu belajar dengan baik.
Walaupun saya tak dapat mengajarnya di rumah, tapi saya membantu menyediakan persekitaran yang baik untuknya. Mendapatkan guru yang baik, supaya dia mempunyai lebih masa untuk belajar dan terdedah dengan Bahasa Cina.
Saya yakin, begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Kini, Safiyya mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan baik.
Kelas belajar bahasa Inggeris
2. Adam pula, dari kecil lagi saya telah bercadang untuk dia belajar di sekolah biasa, sebab saya mahu dia ke sekolah agama apabila masuk sekolah rendah nanti. Dia belajar di Tadika SMG (Melayu) sejak berumur 4 tahun.
Alhamdulillah, banyak dia belajar terutama tentang Al-Quran, berbanding kakaknya yang bersekolah Cina. Di tadika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Di rumah juga bercakap Bahasa Melayu.
Adam boleh membaca buku Bahasa Inggeris, tapi tak faham apa yang dibaca. Apabila dia masuk umur 6 tahun, saya buat langkah drastik untuk bantu dia belajar Bahasa Inggeris. Saya daftarkan dia ke kelas perbualan Bahasa Inggeris (online) sepanjang PKP baru-baru ni. Setiap malam saya buat sesi story telling dalam Bahasa Inggeris.
Pada awal kelas online, Adam sangat pendiam, sentiasa perlukan bantuan saya untuk faham arahan cikgu. Alhamdulillah, cikgunya pandai tarik minat dia dan buat banyak aktiviti menarik berbentuk game. Adam suka mencuba, walaupun dia bercakap tunggang langgang pada awalnya, saya terus betulkan. Saya sentiasa cakap “It’s ok to make mistakes”. Saya dapati Bahasa Inggeris dia semakin bertambah baik.
Ok, cukuplah rasanya setakat ni perkongsian saya. Banyak juga faktor lain yang mempengaruhi. Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi. Pupuk minat anak belajar Bahasa Inggeris sejak kecil, kalau kita mempunyai kepakaran, alhamdulillah, teruskan membantu.
Tapi kalau kita tak mempunyai kepakaran, bantulah anak dari segi sokongan (iaitu mendapatkan persekitaran dan guru yang baik) untuk anak.
Saya suka nak tahu pengalaman orang lain juga. Boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen. Semoga kita sama-sama belajar.
Sumber: Nurzuhaili Shamsudin
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.

Jika Mahu Pokok Bunga Kertas Berbunga Lebat Dan Cantik, Sila Ikut Tip Ini.
Setiap kali memandang rimbunan pokoknya yang lebat berbunga dengan warna yang cukup menarik membuatkan hati cukup teruja dan tak jemu mata memandang.
Warna kuning cair, merah jambu, ungu, merah manggis dan putih serta beberapa jenis pokok bunga kertas lain sentiasa buat kita rasa segar mata memandang. Cantik kan! Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja.
Jika anda sendiri teringin memiliki rimbunan bunga kertas yang lebat dan cantik, kena tahu bagaimana caranya.
Ini ada 8 tip yang patut anda tahu jika mahu pastikan bunga kertas kita subur dan mengeluarkan bunga yang banyak.
1. Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu. Ini kerana keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
2. Sebolehnya pindahkan pada kawasan tanah jenis sedikit berpasir. Jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.
3. Tapi harus diingat, pokok bunga kertas tidak gemarkan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Jika jaga dua perkara ini, pokok bunga kertas kita lebih panjang jangka hayatnya disertakan dengan bunga yang lebat.
4. Untuk hasil yang terbaik dedahkan ia sentiasa pada sinaran matahari terik secara langsung sepanjang hari.
5. Jangan letakkan baja organik kerana ia akan menarik perhatian semut membina sarang, sebaliknya gunakan baja kimia.
6. Jangan lupa untuk melakukan pemangkasan untuk percambahan lebih lebat, cepat dan kekal segar. Bunga pun banyak.
7. Siram dua hari sekali. Sebelum menyiramnya, pastikan permukaan tanah, baik di atas tanah atau di dalam pasu itu kering. Kalau musim hujan, tak payahlah disiram lagi.
8. Akhir sekali, cantas ranting-ranting sepanjang kira-kira 50 cm ke 60 cm dari batang pokok. Ini akan menggalakkan pertumbuhan ranting baru yang juga akan menghasilkan bunga yang lebat.
Sumber: One Utara Enterprise