Cara Buat Aiskrim Durian Homemade. Lebih Sedap & Berkrim, Guna Bahan Mudah Je!

Share

Bila musim durian memang macam-macam resipi berasaskan durian boleh kita hidangkan kepada keluarga. Selain senak dimakan bersama, buah durian juga sedap buat serawa, kuih talam dan sebagainya.

Tidak kurang juga jika anda gemar menikmati aiskrim, anda boleh hasilkan sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Dapatlah kita anak beranak makan aiskrim yang dibuat sendiri. Mesti puas hati.

Sape yang ada kebun durian atau boleh beli durian yang murah-murah tu..boleh la cuba buat aiskrim durian ni..memang sedap giler..lagi sedap dari aiskrim durian musang king RM26 1 bekas tu.


Resepi aiskrim durian
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar ovelet
3-5 ulas durian

Cara buat:

1.Masukkan semua bahan dalam pengadun.

2. Mix 20-30 minit atau hingga gebu


3. Bubuh dalam bekas letak dalam frezer 1 malam.

p/s:Kalau nak color menarik letak sikit pewarna kuning.


Selamat mencuba.

Sumber : Cik Puan Hasnah

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader Ceriakan Hati Dengan Buat Roti Jala Viral secara online, daftar segera! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club